Assalamualaikum dan hai semua
Viu | Drama Aku Pilih Pelangi Satu lagi drama tempatan yang bakal mencuri perhatian penonton! Aku Pilih Pelangi akan mula ditayangkan di platform Viu bermula 16 April 2026. Drama ini merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan gandingan mantap Zahiril Adzim, Mira Filzah dan Noki K-Clique sebagai pelakon utama,
Apa yang buat cerita ni menarik? Ia bukan sekadar love story manis, tapi lebih kepada “apa jadi bila hidup tiba-tiba berubah 180 darjah?”
Info Drama Aku Pilih Pelangi
Tarikh Tayangan: 16 April 2026
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12 tengah hari
Platform: Viu
Idea Asal: Eenaz Mokhtar
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar & Suzana Ahmad
Pengarah: Riza Baharudin
Barisan Pelakon Drama Aku Pilih Pelangi
Zahiril Adzim sebagai Firdaus
Mira Filzah sebagai Nayla
Noki K-Clique sebagai Iskandar
Qaiszerr Eshan sebagai Wafi
Auni Yusri sebagai Aina
Shah Rezza sebagai Pak Deris
Adam Malek sebagai Jad
Nik Rifaie sebagai Jamal
Manan Sulaiman sebagai Mustafa
Rosnah Johari sebagai Rosnah
Adib Hazmata sebagai Adib
Adam Omar sebagai Daud
Lagu Tema (OST) Drama Aku Pilih Pelangi
Tajuk: 1000 Kali Sakit
Artis: Mohsein Kush & Mimpi
Komposer & Lirik: Mohsein Kush, Ezra Kong
Sinopsis Drama Aku Pilih Pelangi
Cerita ini mengikuti kehidupan Firdaus, seorang arkitek berjaya yang tiba-tiba hilang penglihatan akibat penyakit jarang berlaku. Perubahan drastik ini bukan saja menggoncang hidup dia, tapi juga isterinya, Nayla. Dari seorang pasangan biasa, Nayla terpaksa ambil alih peranan sebagai ketua keluarga sesuatu yang bukan mudah, walaupun nampak kuat di luar.
Dalam usaha membantu suaminya, Nayla pasang sistem tali panduan merah dalam rumah. Simbolik, praktikal… tapi dalam masa sama, ia juga jadi metafora kepada hubungan mereka masih “terhubung”, tapi makin tegang.
Bila emosi mula tak stabil, masuk pula watak Iskandar, kawan lama Nayla yang muncul kembali dalam hidup mereka. Pada awalnya sekadar tempat bergantung, tapi lama-kelamaan hubungan ini mula melangkaui batas.Di sinilah konflik sebenar bermula. Boleh ke cinta kekal setia bila hati dah penat?
Menariknya, Aku Pilih Pelangi bukan cerita yang cuba jadi sempurna. Ia lebih kepada refleksi realiti, tentang tanggungjawab, keletihan emosi, dan pilihan yang kadang-kadang tak hitam putih.
Gandingan Mira Filzah dan Zahiril Adzim memang nampak “hidup”, dengan emosi yang terasa dekat. Noki K-Clique pula bawa warna berbeza sebagai watak yang jadi “gangguan” dalam hubungan ini dalam cara yang subtle tapi impactful.
Aku Pilih Pelangi” bukan sekadar cerita cinta, tapi tentang pilihan dan harga yang perlu dibayar untuk setiap keputusan.



0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan