debaran yana samsudin 7 april ini







Pelakon Dua Kalimah, Yana Samsudin, kini berdebar menantikan tarikh 7 April yang berbaki empat hari saja lagi. Debaran menantikan tarikh itu bukanlah kerana dirinya bakal dilamar jejaka yang hangat digosipkan dengannya, iaitu Fadzil Zahari. 





Sebaliknya dia berperasaan begitu menantikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Bukan saja namanya berada dalam senarai finalis Pelakon Filem Wanita Popular, tahun ini Yana juga buat kali pertama bakal menyanyi dan menari di atas pentas berprestij itu. 


Menambah kebimbangan pelakon berasal dari Yong Peng, Johor ini, apabila memikirkan masa singkat yang diperuntukkan untuk menghafal gerak tari. 

“Saya bersama-sama Kilafairy, Nabila Huda, Adira dan Asmidar akan membawakan imej Wonder Girls pada malam itu. Saya tiada masalah untuk menyanyi, malah lirik lagu pun sudah dihafal. Cuma yang membimbangkan adalah untuk mengingati gerak tari. Apabila memikirkan masa yang semakin suntuk, saya jadi tidak tentu arah. 

“Bayangkan kami cuma ada dua hari saja untuk berlatih dengan pereka tari kerana masing-masing sibuk. Lagipun, saya bukannya pandai menari. Walaupun pernah menari dalam filem Aku Ada Kau Ada, tetapi perasaannya tidak sama. 

“Dalam filem kita boleh perbaiki langkah tarian jika berlaku kesilapan, tetapi persembahan pada ABPBH disiarkan secara langsung. Bila diingatkan kembali, memang kecut perut dibuatnya. Selama ini manalah saya pernah menyanyi dan menari serentak di dalam sebuah majlis besar seperti ini?” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Pesta Berlian Habib 2013 di Mid Valley, Kuala Lumpur. 





Fadzil sering menemani 

Pada pertemuan dengannya kelmarin, HIP turut mengorek gosip cinta Yana bersama adik pelakon dan pengarah, Farid Kamil, yang kembali diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Pada siri jelajah ABPBH di Johor Bahru, baru-baru ini, Fadzil dilihat setia menemani Yana sehingga majlis berakhir. Malah dia turut berada di samping sekumpulan peminat wanita ini. 

Saat nama Fadzil terpacul dari mulut, Yana memberikan reaksi longlai. Menjawab pertanyaan dengan hilai tawa, ujarnya, kalau boleh dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungannya dengan Fadzil kerana ia bukan lagi isu baru. 

“Saya enggan komen lagi kerana tidak mahu memainkan perasaan orang, mahupun ahli keluarga mereka. Pada siri jelajah tempoh hari, kami bukannya pergi berdua, tetapi turut disertai dua rakan lain. Tetapi yang peliknya orang tak perasan pula rakan saya yang lain. 

“Lagipun, bukan baru kini Fadzil menemani saya. Sejak dulu lagi dia sudah mengikut saya seandainya ada waktu terluang. Kami rapat kerana abangnya.

“Sejak di universiti lagi saya lebih selesa berkawan dengan lelaki dan perangai itu terbawa-bawa hingga kini. Saya tidak selesa keluar sendirian, sebab itu jika ke mana-mana saya akan mengajak rakan menemani. 

“Saya tidak kisah dengan cerita khabar angin. Bagi saya itulah lumrah dunia seni. Jika saya takut digosip, tentunya saya tidak akan meminta Fadzil menghantar saya ke mana-mana. Lagipun saya melihat gosip ini sebagai peluang untuk mengetengahkan namanya yang kini mula berjinak-jinak dalam penulisan skrip serta lakonan,” katanya yang menggayakan set berlian bernilai lebih RM900,000 pada majlis terbabit.

Fezrul Khan Dapat Anak Lelaki



Pelakon yang dikenali menerusi drama 'Bini Bini Ku Perkasa', Fezrul Khan kini bergelar bapa apabila isterinya, Noorhafizah selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Bayi seberat 3.47kg itu dilahirkan pada jam 7.35 petang semalam, 19 Mac 2013 di Prince Court, Kuala Lumpur.
Berita gembira itu disampaikan sendiri Fezrul di laman Twitter miliknya.
Untuk rekod, Fezrul dan Hafizah telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Mei 2012.









janji dazrin kepada hairul



Dazrin berjanji ingin menghadiahkan telefon bimbit kepada Hairul sekiranya mereka memenangi pertandingan tersebut.

"Hadiah ini merupakan janji saya kepada Hairul jika kami berjaya membawa pulang hadiah utama.

"Alhamdulillah kami berjaya. Saat ini kami masih tidak percaya bahawa kami adalah juara Fear Factor musim pertama," kata Dazrin.





Setelah berjaya mengharungi segala rintangan dalam pertandingan itu, Dazrin mendedahkan mereka tiada mempunyai sebarang strategi.

"Kami main rempuh sahaja tanpa memikirkan apa cabaran yang perlu dilakukan.

"Selalunya saya lebih fokus pada tugasan lebih ringan berbanding Hairul, bukan kerana memilih tetapi dia lebih sesuai dengan cabaran lasak," kata Dazrin yang mengakui dia fobia terhadap ular.





Gandingan mantap dua pelakon kacak, Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin ternyata membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama.

Setelah berhadapan dengan 26 cabaran lasak yang berbeza dan perubahan cuaca di Cape Town, Africa selama 13 minggu, mereka akhirnya berjaya membawa wang tunai RM220,000 dengan menewaskan 14 pasangan selebriti lain.

Dalam episod terakhir, tiga pasangan selebriti lain yang turut mara ke peringkat akhir iaitu Hafizul dan Hefny, Dafi Ismail dan Zoey Rahman serta Elfira Loy dan Ajak Shiro.

Taja MUH Timang Cahaya Mata Perempuan



tahniah diucapkan buat Taja Mustapha, gitaris kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) selepas isterinya, Kimmy yang juga merupakan pengurus kumpulan ini telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 8 pagi tadi. 
Khabar gembira itu dikongsi oleh Kimmy sendiri menerusi akaun Facebook miliknya. Tahniah sekali lagi buat Taja dan Kimmy. 




Ryzal Jaafar bakal tampil single pertama



MUNGKIN ramai yang tidak tahu, pelakon Ryzal Jaafar sebenarnya memiliki bakat dalam bidang nyanyian dan berhasrat untuk bergerak serius sebagai penyanyi.


Menurut Ryzal, minat sebenarnya bukanlah terletak pada bidang lakonan tetapi bidang nyanyian, namun tidak menyangka rezeki sebagai seorang pelakon lebih menyebelahi dirinya.



"Bagaimanapun, saya masih menyimpan hasrat untuk bergelar seorang penyanyi dan sekarang saya dalam perancangan untuk ke arah itu dengan menghasilkan sebuah single.







"Mungkin single itu menampilkan muzik pop balada dan diselitkan sedikit elemen k-pop," katanya yang kini sedang membintangi drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan dalam slot Samarinda di saluran TV3.







Menyentuh mengenai perjalanan kehidupannya, pelakon yang kini mencecah usia 31 tahun ini memberitahu dirinya masih belum memiliki teman istimewa.

"Secara jujurnya, sekarang saya memang ada keinginan untuk memiliki cahaya mata. Tapi jodoh masih belum ada dan sekarang saya masih mencari pasangan yang sesuai.


"Saya sedar usia semakin meningkat dan ada kalanya agak cemburu melihat pasangan suami isteri lain," katanya.

Bertanyakan ciri-ciri wanita pilihannya, Ryzal memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.


"Saya sendiri tidak meletakkan ciri-ciri tertentu terhadap wanita yang akan saya pilih. Bab itu saya tidak kisah, yang penting dia seorang yang memahami," katanya.


AL-FATIHAH FAUZIAH MUHAMAD GEE MENINGGAL DUNIA

Pesakit saraf otak, Fauziah Muhamad, 39 atau Gee, yang kisahnya pernah dibawa Sinar Harian Online tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumahnya, Taman Seri Putih, Seremban. Berita itu disahkan sendiri suaminya, Abil Fikri Ahmad, 44. “Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.



“Dia pergi dengan tenang. Wajahnya tenang,” kata Abil .Menurut Abil, jenazah akan dikebumikan jam 4 petang ini. Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.
Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. Orang ramai yang ingin menziarah boleh terus ke rumah Abil yang terletak di No 36, Taman Seri Putih, Seremban atau di Makam Tuan Haji Syed.

Perkembangan Lahad Datu: Bukti pengganas kebal



Baju pengganas Kiram ini tiada kesan darah walaupun ditembusi puluhan peluru

DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.

Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.



“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.

Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.

Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.

Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.

Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.

Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.

Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.

“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.

Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.

“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.

Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas  pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.

Adnan Sempit naikkan nama Sam

Nama Shaheizy Sam, 31, mula dikenali ketika usia belasan tahun apabila menjayakan drama Pa’e hingga menerima dua pencalonan di Anugerah Skrin 1998.
Selepas Pa’e, Sam terus menyepi dan menumpukan perhatian pada pelajaran dan turut menubuh­kan kumpulan vokal, MOB bersama Sein Ruffedge, Shear Khan dan Haziman Ramli dan sempat merakam dua lagu, Foo dan Don't Cha Worry. 
Sam kembali ke pentas lakonan melalui projek filem indie arahan Woo Min Jing, The Son pada 2003 dan sejak 2006, Sam semakin aktif berlakon menerusi drama seperti Bisikan Hati, Elly, Noda Semalam dan Kasanova XXL.

Filem Adnan Sempit pada 2010 berjaya menaikkan nama Sam apabila filem arahan Ahmad Idham itu mendapat sambutan di panggung hingga dirinya dipilih peminat untuk Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010).

Kejayaan demi kejayaan diraih selepas itu apabila menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) kerana lakonan dalam Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof, kemudian pada 2011 diangkat Pelakon Lelaki Terbaik di FFM24 melalui filem Kongsi arahan Farid Kamil.

Anak bongsu dramatis Khaty Fudziah Musa dan bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman itu diakui antara pelakon hebat tanah air. Nyata darah seni yang mengalir dalam diri ibu­nya serta kakak dan abangnya membuatkan Sam turut memilih bidang seni.

Abangnya, Jeff atau Ahmad Shah Al-Jeffry popular bersama kumpulan pop 1990-an, A to Z manakala kakaknya, Zizie Ezette juga pelakon terkenal. Seorang lagi abangnya, Samzy Fuzette turut mencuba nasib dalam seni manakala seorang lagi kakaknya, Jozieta Ronalie, tidak terbabit dalam bidang seni.

Sam kini mempertaruhkan lakonan terbarunya melalui Dua Kalimah berganding dengan Nora Danish yang ditayangkan di pawagam mulai Khamis lalu, manakala drama Kisah Cinta yang menggandingkannya dengan Fazura bakal disiarkan menerusi TV3 tidak lama lagi. 

3 juta pengikut Twitter Donghae





Ahli Super Junior popular, Lee Donghae berjaya mencapai 3 juta pengikut dalam laman sosial Twitter, baru lalu. Donghae ialah ahli Suju dan selebriti Korea yang paling ramai pengikut dalam laman sosial sejak mula tertubuhnya kumpulan itu.





banyaknya peminat donghae nieyh

Jumlah keseluruhan pengikutnya ialah 3.3 juta manakala Yesung mempunyai 2 juta pengikut. Dengan jumlah itu, Donghae menjadi ahli Suju kedua yang berjaya mencapai 3 juta pengikut. Kebanyakan ahli mereka turut memiliki lebih 1 juta pengikut, satu jumlah yang sangat besar untuk bintang K-pop dalam laman sosial, Twitter.


laman sosial twitter donghae. . 

peminat beliau boleyh-boleyh lha follow donghae

Anak Eira Syazira Dan Azad





Amarra Sofea Rose puteri sulung Eira Syazira dan Azad Jazmin kini berusia 2 bulan.

Pasangan suami isteri ini, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mengadakan majlis cukur jambul serta aqiqah untuk puteri sulung mereka ahad 31.3.2013.

Sebelum ini Eira memberikan gambar muka baby Amarra tidak nampak berapa jelas,hari ini lihatlah gambar comel Amarra, bulat dan yang paling mahal rambutnya tu...lebat sangat....
 majlis cukur jambul serta aqiqah anak Eira Syazira & Azad

Gambar terbaru Anak Eira Syazira & Azad- Amarra Sofea Rose

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah anak Eira Syazira & Azad

Gambar terbaru Eira Syazira selepas habis pantang



topup free



alhamdulillah, , bertuah lgi untuk menang. . 
baru aje petang tdi topup rm3 baru masuk dlm tpon. . 
hasil menang GA. . . 

so bru je tdi . . yana tgh2 blogwalking. . 
jumpa pulak. . 
entri pemenang easy GA. . 

so try check..



6be bertuah yana 46. . 
alhamdulillah menang topup rm5. . 
bersyukur sangat2. . . 




so korang yg terlepas pandang
yg korang join easy GA nieyh. . 
boleyh lha check di sini