Taja MUH Timang Cahaya Mata Perempuan



tahniah diucapkan buat Taja Mustapha, gitaris kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) selepas isterinya, Kimmy yang juga merupakan pengurus kumpulan ini telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 8 pagi tadi. 
Khabar gembira itu dikongsi oleh Kimmy sendiri menerusi akaun Facebook miliknya. Tahniah sekali lagi buat Taja dan Kimmy. 




Ryzal Jaafar bakal tampil single pertama



MUNGKIN ramai yang tidak tahu, pelakon Ryzal Jaafar sebenarnya memiliki bakat dalam bidang nyanyian dan berhasrat untuk bergerak serius sebagai penyanyi.


Menurut Ryzal, minat sebenarnya bukanlah terletak pada bidang lakonan tetapi bidang nyanyian, namun tidak menyangka rezeki sebagai seorang pelakon lebih menyebelahi dirinya.



"Bagaimanapun, saya masih menyimpan hasrat untuk bergelar seorang penyanyi dan sekarang saya dalam perancangan untuk ke arah itu dengan menghasilkan sebuah single.







"Mungkin single itu menampilkan muzik pop balada dan diselitkan sedikit elemen k-pop," katanya yang kini sedang membintangi drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan dalam slot Samarinda di saluran TV3.







Menyentuh mengenai perjalanan kehidupannya, pelakon yang kini mencecah usia 31 tahun ini memberitahu dirinya masih belum memiliki teman istimewa.

"Secara jujurnya, sekarang saya memang ada keinginan untuk memiliki cahaya mata. Tapi jodoh masih belum ada dan sekarang saya masih mencari pasangan yang sesuai.


"Saya sedar usia semakin meningkat dan ada kalanya agak cemburu melihat pasangan suami isteri lain," katanya.

Bertanyakan ciri-ciri wanita pilihannya, Ryzal memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.


"Saya sendiri tidak meletakkan ciri-ciri tertentu terhadap wanita yang akan saya pilih. Bab itu saya tidak kisah, yang penting dia seorang yang memahami," katanya.


AL-FATIHAH FAUZIAH MUHAMAD GEE MENINGGAL DUNIA

Pesakit saraf otak, Fauziah Muhamad, 39 atau Gee, yang kisahnya pernah dibawa Sinar Harian Online tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumahnya, Taman Seri Putih, Seremban. Berita itu disahkan sendiri suaminya, Abil Fikri Ahmad, 44. “Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.



“Dia pergi dengan tenang. Wajahnya tenang,” kata Abil .Menurut Abil, jenazah akan dikebumikan jam 4 petang ini. Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.
Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. Orang ramai yang ingin menziarah boleh terus ke rumah Abil yang terletak di No 36, Taman Seri Putih, Seremban atau di Makam Tuan Haji Syed.

Perkembangan Lahad Datu: Bukti pengganas kebal



Baju pengganas Kiram ini tiada kesan darah walaupun ditembusi puluhan peluru

DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.

Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.



“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.

Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.

Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.

Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.

Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.

Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.

Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.

“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.

Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.

“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.

Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas  pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.

Adnan Sempit naikkan nama Sam

Nama Shaheizy Sam, 31, mula dikenali ketika usia belasan tahun apabila menjayakan drama Pa’e hingga menerima dua pencalonan di Anugerah Skrin 1998.
Selepas Pa’e, Sam terus menyepi dan menumpukan perhatian pada pelajaran dan turut menubuh­kan kumpulan vokal, MOB bersama Sein Ruffedge, Shear Khan dan Haziman Ramli dan sempat merakam dua lagu, Foo dan Don't Cha Worry. 
Sam kembali ke pentas lakonan melalui projek filem indie arahan Woo Min Jing, The Son pada 2003 dan sejak 2006, Sam semakin aktif berlakon menerusi drama seperti Bisikan Hati, Elly, Noda Semalam dan Kasanova XXL.

Filem Adnan Sempit pada 2010 berjaya menaikkan nama Sam apabila filem arahan Ahmad Idham itu mendapat sambutan di panggung hingga dirinya dipilih peminat untuk Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010).

Kejayaan demi kejayaan diraih selepas itu apabila menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) kerana lakonan dalam Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof, kemudian pada 2011 diangkat Pelakon Lelaki Terbaik di FFM24 melalui filem Kongsi arahan Farid Kamil.

Anak bongsu dramatis Khaty Fudziah Musa dan bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman itu diakui antara pelakon hebat tanah air. Nyata darah seni yang mengalir dalam diri ibu­nya serta kakak dan abangnya membuatkan Sam turut memilih bidang seni.

Abangnya, Jeff atau Ahmad Shah Al-Jeffry popular bersama kumpulan pop 1990-an, A to Z manakala kakaknya, Zizie Ezette juga pelakon terkenal. Seorang lagi abangnya, Samzy Fuzette turut mencuba nasib dalam seni manakala seorang lagi kakaknya, Jozieta Ronalie, tidak terbabit dalam bidang seni.

Sam kini mempertaruhkan lakonan terbarunya melalui Dua Kalimah berganding dengan Nora Danish yang ditayangkan di pawagam mulai Khamis lalu, manakala drama Kisah Cinta yang menggandingkannya dengan Fazura bakal disiarkan menerusi TV3 tidak lama lagi. 

3 juta pengikut Twitter Donghae





Ahli Super Junior popular, Lee Donghae berjaya mencapai 3 juta pengikut dalam laman sosial Twitter, baru lalu. Donghae ialah ahli Suju dan selebriti Korea yang paling ramai pengikut dalam laman sosial sejak mula tertubuhnya kumpulan itu.





banyaknya peminat donghae nieyh

Jumlah keseluruhan pengikutnya ialah 3.3 juta manakala Yesung mempunyai 2 juta pengikut. Dengan jumlah itu, Donghae menjadi ahli Suju kedua yang berjaya mencapai 3 juta pengikut. Kebanyakan ahli mereka turut memiliki lebih 1 juta pengikut, satu jumlah yang sangat besar untuk bintang K-pop dalam laman sosial, Twitter.


laman sosial twitter donghae. . 

peminat beliau boleyh-boleyh lha follow donghae

Anak Eira Syazira Dan Azad





Amarra Sofea Rose puteri sulung Eira Syazira dan Azad Jazmin kini berusia 2 bulan.

Pasangan suami isteri ini, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mengadakan majlis cukur jambul serta aqiqah untuk puteri sulung mereka ahad 31.3.2013.

Sebelum ini Eira memberikan gambar muka baby Amarra tidak nampak berapa jelas,hari ini lihatlah gambar comel Amarra, bulat dan yang paling mahal rambutnya tu...lebat sangat....
 majlis cukur jambul serta aqiqah anak Eira Syazira & Azad

Gambar terbaru Anak Eira Syazira & Azad- Amarra Sofea Rose

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah anak Eira Syazira & Azad

Gambar terbaru Eira Syazira selepas habis pantang



topup free



alhamdulillah, , bertuah lgi untuk menang. . 
baru aje petang tdi topup rm3 baru masuk dlm tpon. . 
hasil menang GA. . . 

so bru je tdi . . yana tgh2 blogwalking. . 
jumpa pulak. . 
entri pemenang easy GA. . 

so try check..



6be bertuah yana 46. . 
alhamdulillah menang topup rm5. . 
bersyukur sangat2. . . 




so korang yg terlepas pandang
yg korang join easy GA nieyh. . 
boleyh lha check di sini


Nurul Wahab Hamil 3 Bulan






sape yg tidak kenal lgi, , 
gambar kt ats tue. . 
nurul wahab. . isteri kepada eric. . 
kini di sah kan hamil 3 bulan..


tahniah buat nurul dan suami. . 
xlama lagi bakal menimang cahaya mata..

nurul telah mengkongsi
cerita yg belau telah pown hamil di blognya..
nak baca? tekan sini



ezad exist sudah bergelar suami






Semalam, 30 Mac 2013 telah berlangsung majlis pernikahan bekas penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim dengan seorang wanita yang dipilih oleh ibunya, Nor Azeana Haji Ramli. Kelihatan sayu pada wajah Ezad setelah dijabkabulkan.



Majlis pernikahan mereka berlangsung jam 10.40 pagi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Haji Ramli Talib dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan. 









MENANG TOPUP DARI SEGMEN AFIQAH ADZAN

hello. . . selamat petang semua. . 
alhamdulillah, , tgh2 blogwaking . . 
terjumpa pulak . .

http://afiqahadzan.blogspot.com/2013/03/pemenang-segmen-topup-by-afiqah-adzan.html
hah. . nampak kn. . . 
so bila check- check tgk..




alhamdulillah. . blog yana tersenarai
sebagai pemenang dlm segmen nieyh. . 

dapat lha topup rm3. . 
kira ok jgk lha kn. . rezeki bulan mac, , dpt topup. . 
so nk inbox detail kt sponser. . 

tgh2 nk inbox detail . . 
keluar pulak mcm nieyh...



fb pown dh kena berbayar bebagai lgi. . 
eish geram btul lha. . 

sebenarnya, , yana dh thu perkara nieyh. . 
dari blogger lain, , yg setiap
mcg dikenakan rm0.47 . . 

so hari nieyh, , yana pulak yg terkena. . ..
so , ,berdasarkan blogger-blogger yg post entri pasal chat berbayar nieyh. . diorang suruh clik other. . 

alhamdulillah, , mesej dh pown brjaya dihantar. . 
kepada sponser. . hope dye terima inbox yana. . . 

terima kasih jgk en , random, , yg bagi
peluang utk yana dptkan topup dari segmen nieyh. . 
tQ jgk kpda pnganjur segmen. . 
dan juga sponser2.. . . 


isteri zaquan adha dah selamat bersalin






kalau tdi semua org dh thu kan. . 
pasangan irma hasmie dan suaminya. . 
selamat menerima kehadiran putera sulungnya
hari nieyh. . . 

tidak terkecuali jgk. . 
pasangan ayu raudah & zaquan adha
juga telah menyambut putera sulung mereka tepat
jam 2.17 ptg tdi. . 

dan, , zaquan adha telah update di laman twitternya. . 
mengatakan ayu raudah telah pown selamat bersalin. . 





wah. . kedua2 pasangan nieyh, , 
mendapat ank lelaki. . msti comel2 kn. . 

apa-apa pown thniah buat mereka. . 



Izreen Azminda Rahsiakan Jantina Anak






Ketika usia kandungannya mencecah enam bulan, pelakon Izreen Azminda melahirkan rasa terujanya untuk bergelar ibu. Malah, isteri kepada Muhammad Riza Baharudin ini juga mendedahkan sudah mengetahui jantina bayi sulungnya itu. 
 
"Hasil ujian imbasan yang dibuat baru-baru ini, doktor sudah mengesahkan jantina bayi saya. Namun, saya rasa, biarlah ia dirahsiakan terlebih dahulu.
 
"Lagipun, saya tidak mahu terlalu terburu-buru kerana banyak kes yang terjadi di mana ujian imbasan bukanlah keputusan tepat.
 
"Apa jua jantina, saya dan suami tidak kisah. Yang penting, dia sihat dan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja,"  
 
Izreen juga masih aktif di lokasi penggambaran untuk telemovie 'Barakah'.
 
"Buat masa ini, saya masih lagi bekerja. Namun, jadual saya tidak sepadat dulu lagi. Selepas telemovie ini, saya akan berehat panjang menunggu tarikh bersalin.
 
"Doktor juga menyarankan agar saya berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Lagipun, walaupun usia kandungan baru enam bulan, tapi saya rasa macam dah sembilan bulan," ujar Izreen yang akan berpantang di Kuala Lumpur sahaja.




Irma Hasmie Dah bersalin






Pelakon Irma Hasmie telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 8.51 pagi tadi. Berita gembira ini telah dikongsi oleh suaminya, Redza Syah, menerusi akaun Twitternya sebentar tadi. 




Menurut Redza, Irma melahirkan bayi seberat 3.93 kg dan Irma dikatakan berada di dalam keadaan stabil. Dalam masa yang sama, Redza juga meluahkan rasa sayu apabila menyaksikan proses kelahiran bayinya itu. Redza juga berharap dapat menjadi seorang ayah yang baik. 






tahniah buat irma hasmie dah suaminya. . . 




TAJUK FOKUS SASTERA KERTAS 1 (TRADISIONAL) STPM 2012



hello everyone, , hey budax sastera, , spe cni budax sastera,,yg prnh ambik sastera, , and yg dah ambik course sastera, , jom2, , yana nk story utk korang ckit hary nieh ..

okeyh korang, , rmai yg dh tahu kn, , subjek sastera nieh kena byk kn mmbaca,,so korang semua jgn lupa baca teks buku sastera tue,,hahahaa,,byk kn,,,yana thu korang semua ulat buku,,rajin mmbaca kn,...

okeyh2, , utk entry hari niey, , tajok dyer yana lebih fokus kpd budax2 stpm 2012 yg ambik subjek sastera, , utk pngetahuan korang,,yana asa semua dh thu kn,,trial dh dekat, , so kt cni yana nk share utk korang tjok fokus sastera kertas 1,, ,utk memudahkan korang buat persediaan ,,ok korang tlong fokus tw,,,

KESUSASTERAAN MELAYU KERTAS 1 STPM 2012

BAHAGIAN A
  1. sastera tulisan -konsep,ciri,perkembangan
  2. konsep cerita-jenaka,lagenda,lipur lara
  3. sastera agama.
  4. sastera ketatanegaraa
  5. ciri2 dan proses penyebaran & kesan cerita di alam melayu.
  6. penekanan maksud , ciri2 , bentuk , sifat , tujuan , peranan,contoh
  7. tokoh-nurudin al raniri, tun sri lanang ,hamzah fansuri
BAHAGIAN B
  1. watak tun mutakhir (bendahara seri maharaja)
  2. watak raja duran , iskandar zulkarnain , seri teri buana 
  3. unsur pergembaraan
  4. asal usul sebuah negeri
  5. ketatanegaraan
  6. adat istiadat / undang2
  7. unsur kebijaksanaan
BAHAGIAN C
  1. sastera kitab (hadiqat al azhar)
  2. sastera agama ( cerita nabi muhammad)
  3. sastera hikayat ( pendawa 5 )
  4. sastera panji (tanah jaya kesuma)
BAHAGIAN D
  1. tumpukan kpd definisi, ciri,bentuk , teknik penulisan ,fungsi , isi (rejang , dikir , nazam , ghazal , oitah,teromba,peribahasa berangkap,syair)


okeyh dh pown selesai,,,beri tumpuan dkt tjok2 nieh,,,semoga brjaya..