Assalamualaikum dan salam sejahtera .
TIPS RAWATAN SEJURUS KAKI TERSELIUH! | Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan okrang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, keadaan kaki boleh jadi semakin teruk.
1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut
sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh
menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam
kecederaan berlaku.
2. JANGAN TUAM HABA
Tuamkan haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas
mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba
hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu
minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan
jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan
terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu
tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya
jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin
open fracture).
5. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang
cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah
tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi
roda untuk berambulasi.
6. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais
selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan
bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72
selepas kecederaan.
7. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan
pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi.
Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
8. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu
duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di
bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi
daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.

