Assalamualaikum dan salam Sejahtera .
SALAM RAMADHAN 1442H Alhamdulillah tahun ini Allah masih pinjamkan nyawa untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan .Syukur yang tak terhingga . Seperti biasa sambutan ramadhan kali ini masih lagi dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang terutamanya keluarga sendiri , dan lagi bertambah tahun ini sambut ramadhan bersama suami . Memandang CCL masih lagi bekerja shift, seperti biasa tahun ini juga Ramadhan pertama berbuka puasa bersama rakan-rakan sekerja di tempat kerja . Begitu juga, lepas kahwin memandangkan CCL dan suami masih lagi PJJ tak berpeluang juga berbuka puasa Ramadhan 1 bersama-sama . InsyaAllah akan ada hari yang boleh berbuka bersama-sama keluarga dan suami .
Ramadhan 1442H norma baru, kalau tahun lepas tiada sebarang bazar Ramadhan yang beroperasi , tapi pada tahun ini alhamdulillah rata-rata negeri sudah dibenarkan pengoperasian bazar Ramadhan mengikut SOP yang ditetapkan kecuali negeri Kelantan kerana kes Covid-19 masih naik . Rindu tak rindu nak pergi bazar Ramadhan ? Sememangnya mesti rindu, rindu nak melihat pelbagai juadah berbuka . Semoga kita samacsama dapat patuhi SOP di mana-mana sahaja .
Di kesempatan Ramadhan pertama untuk tahun ini , CCL ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, terkomen yang tak kena . Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun yang lepas . Semoga tahun ini kita sama-sama dapat tingkatkan amal ibadat . Aamiin..aamiin .
Selamat berpuasa my followers .

