Memaparkan catatan dengan label SENARAI BISKUT RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SENARAI BISKUT RAYA. Papar semua catatan

PACKING BISKUT RAYA UNTUK KELUARGA MERTUA

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


PACKING BISKUT RAYA UNTUK KELUARGA MERTUA Tahun ni tahun pertama CCL sambut raya bersama suami dan keluarga mertua , walaupun tak dapat nak balik rumah mertua akibat pandemik Covid-19 , so CCL tak lupa untuk kirimkan sedikit sebanyak biskut raya sebagai tanda ingatan dan slaam syawal . walaupun raya berjauhan , tidak bermakna tak boleh raya bersama . zaman teknologi yang canggih sekarang ni serba mudah . 


disebabkan tahun ini CCL tak sempat nak oder biskut raya , so berpakat dengan mak untuk sama-sama buat sahaja biskut raya . alhamdulillah walaupun terkejar-kejar beli barang untuk buat biskut raya , dengan CCL kerja yang tak menentu shift tetapi alhamdulillah berjaya siapkan beberapa jenis biskut raya , hasil bantuan mak , adik-adik CCL . alhamdulillah sedikit sebanyak meringankan beban . 


biskut raya,SENARAI BISKUT RAYA,CERITA SYAWAL,resepi biskut raya,


Antara biskut raya yang CCL sempat buat 

- biskut aiskrim 

- biskut almond london 

- biskut mazola

- tart nenas 

- tart cadbury

- biskut makmur 

- kuih siput 


alhamdulillah ini antara biskut-biskut yang sempat sediakan sebagai juadah hari raya . adunan biskut raya semua mak CCL yang tolong adunkan  ,CCL hanya tolong proses yang seterusnya , proses uli , tekap dan sebagainya . syukur boleh la bagi kelaurga mertua merasa sedikit biskut raya . yang bestnya biskut raya tahun ni tak der yang tak menjadi , semua adunan sama rata . tak ada yang hangit semasa bakar .