Assalamualaikum dan salam sejahtera
SOP PKP MKN YANG DIBENARKAN BERMULA 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021
SENARAI PERKHIDMATAN PERLU YANG DIBENARKAN BEROPERASI
- Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet ,
- Penjagaan haiwan , klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
- Air
- Tenaga
- Keselamatan (security and safety) , pertahanan , kecemasan , kebajikan dan bantuan kemanusiaan
- Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembentungan
- Pengangkutan melalui darat , air atau udara
- Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang termasuk penunggahan , pengangkutan laiter , pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
- Komunikasi termasuk media , telekomunikasi dan internet,perkhidmatan pos dan kurier serta penyiaran
- Perbankan , insurans, takaful dan pasaran modal
- Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
- E-dagang dan teknologi maklumat
- Pengeluaran , penyulingan , penyimpanan ,pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
- Hotel dan penginapan (bagi tujuan kuarintin sahaja)
- Pembinaan , penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Perkhidmatan perhutanan dan hidupan liar
- Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu
SENARAI PERKHIDMATAN PERLU MINGIKUT SEKTOR
A- Pembuatan (Kapasiti 60% pekerja)
1) Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul - MRO)
2) Makanan dan minuman
3) Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
4) Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci
5) Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
6) Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan
peralatan keselamatan kebakaran
7) Komponen bagi peranti perubatan
8) Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
9) Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
10) Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
11) Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
12) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
B- Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi (Kapasiti Optima)
1) Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya
2) Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
C- Pembinaan
1) Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
2) Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
3) Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak
bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ )
D- Perdagangan Pengedaran
1) Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan
departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai
farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan
penghantaran ke rumah.
2) Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart serta
departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas
sahaja,
3) Restoran
4) Dobi (termasuk layan diri)
5) Other Specialty Retail Stores (stesen minyak)
6) Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan
7) Kedai cermin mata dan barang optik
8) Kedai hardware
9) Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
10) E-dagang (semua kategori produk)
11) Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)
E- Lain- Lain
1) Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan
selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan
perniagaan itu.
KAWALAN PERGERAKAN
1. Mendapatkan barang keperluan harian
Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman
2. Mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan
atau perubatan, ujian saringan, keselamatan
atau kecemasan
Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke
tempat yang paling hampir dengan kediaman
3. Urusan kes kematian dan bencana alam
Dibenarkan dengan kebenaran PDRM
4.Urusan berkaitan vaksinasi
Dibenarkan dengan bukti tarikh vaksin
5.Penjawat Awam
Tidak dibenarkan hadir ke pejabat kecuali untuk pekhidmatan
perlu dengan disertai dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.
6.Bantuan bencana atau kemanusiaan
Dibenarkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
KENDERAAN DAN PENGANGKUTAN
1.Dua orang termasuk pemandu dalam kenderaan persendirian bagi mendapatkan
barang keperluan harian.
Dibenarkan dalam radius 10
kilometer dari kediaman atau
ke tempat yang paling hampir
dengan kediaman
2. Tiga orang termasuk pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan,
perubatan, keselamatan atau kecemasan
Dibenarkan dalam radius 10
kilometer dari kediaman atau
ke tempat yang paling hampir
dengan kediaman
3. Dua orang termasuk pemandu teksi dan e-hailing dibenarkan
4. Pelabuhan dan lapangan terbang dibenarkan
5. Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat
Dibenarkan terhad 50%
kapasiti kenderaan
6. Kenderaan membawa pekerja seperti bas pekerja dan van pekerja
Dibenarkan terhad 50%
kapasiti kenderaan
7. Kenderaan perdagangan dan kenderaan yang membawa barangan perlu
(essential)
Dibenarkan tertakluk kepada
lesen pendaftaran kenderaan
8. Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan
Dibenarkan berdasarkan
kapasiti kenderaan
PENDIDIKAN
1. Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di IPT di bawah kawal selia KPT
dilaksanakan secara dalam talian
2. Menghadiri peperiksaan sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang telah
ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa
3. Pelajar yang menduduki peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta
aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di (IPT)
4. Pelajar yang berada di asrama selain di bawah KPM, universiti atau institusi
pendidikan agensi lain.
PENIAGAAN DAN PERKHIDMATAN
1. Dibenarkan beroperasi antara
8.00 pagi hingga 8.00 malam
• Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja
tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi
jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah
• Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau
penghantaran
• Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai hardware
• Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya/ pasar
raya besar, departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan
minuman/ keperluan asas, kedai farmasi/ penjagaan diri dan kedai
serbaneka/ mini mart untuk take away dan penghantaran ke rumah
• Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan
• Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata
• Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
2. E-Dagang (semua kategori produk) dibenarkan
3. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu
sahaja) dibenarkan
4.Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan
Dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi
5. Kedai farmasi
Dibenarkan beroperasi dari
jam 8.00 pagi hingga 8.00
malam
6. Pasar harian dan pasar awam
Dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 2.00 petang
7. Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet ( MFO),
Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 4.00 petang
8. Pasar Segar Terkawal (PST)
Dibenarkan beroperasi dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah
hari
9.Pasar borong
Dibenarkan beroperasi dari jam 12.01 tengah malam
sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang
10.Stesen minyak
Dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam
11. Stesen minyak di lebuh raya bertol
Dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam
OPERASI PERKHIDMATAN AWAM
• HANYA perkhidmatan frontliners,
keselamatan, pertahanan dan
penguatkuasaan
• HANYA untuk perkhidmatan perlu
dengan kehadiran tidak melebihi 20%
pada satu-satu masa
OPERASI PERKHIDMATAN SWASTA
Dibenarkan beroperasi dengan
keberadaan 60% untuk perkhidmatan
perlu termasuk operasi dan
pengurusan
MESYUARAT
Mesyuarat secara sidang video dibenarkan
SEKTOR PERTANIAN , PERIKANAN , PENTERNAKAN , PERLADANGAN DAN KOMODITI
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan
komoditi (kelapa sawit, getah, lada dan koko) dibenarkan
AKTIVITI AGAMA ISLAM
1.Aktiviti solat di masjid dan surau
Dibenarkan HANYA untuk 12 orang AJK
masjid dan surau dengan ketetapan Pihak
Berkuasa Agama Negeri
2. Upacara pernikahan (akad nikah) orang Islam
Dibenarkan HANYA di Jabatan/ Pejabat
Agama Islam dengan ketetapan Pihak
Berkuasa Agama Negeri
3.Pengurusan pengebumian jenazah orang Islam
Dibenarkan mengikut ketetapan Pihak
Berkuasa Agama Negeri
AKTIVITI IBADAT SELAIN ISLAM
1. Aktiviti rumah ibadat selain orang Islam
Dibenarkan HANYA untuk 12 orang AJK
rumah ibadat dengan mengikut ketetapan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN)
2. Pengurusan pengebumian selain orang Islam
Dibenarkan mengikut ketetapan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN)
3. Pendaftaran perkahwinan bagi selain orang Islam di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat dan persatuan
agama
Dibenarkan mengikut ketetapan pihak JPN
PUSAT JAGAAN BERKEDIAMAN
1. Pusat jagaan berkediaman atau pusat rehabilitasi bagi kanak-kanak,
Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan
pelbagai
Dibenarkan beroperasi mengikut
SOP yang ditetapkan di bawah
Kementerian, Jabatan atau Agensi
berkaitan
SUKAN DAN RIADAH
1. Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan
terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging dan senaman
sahaja
Dibenarkan dengan mematuhi
penjarakan fizikal sekurangkurangnya 2 - 3 meter dan
dilakukan di kawasan kejiranan
sahaja bermula 7.00 pagi
sehingga 8.00 malam
SEMINAR , BENGKEL , KURSUS , LATIHAN DAN CERAMAH
1.Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah secara dalam talian dibenarkan
8 Ulasan
Smg SOP yang dibuat diberkatiNya
BalasPadamSemoga usaha lockdown ni berhasil turunkan kes..
BalasPadamnice info! selamat berpkp. stay safe :)
BalasPadamSemoga kali ini kes Covid-19 turun dengan mendadak..in sya Allah..aaminn
BalasPadamselamat bersop
BalasPadamAda juga sektor yang masih dibenarkan buka. Maksudnya bukan Sekatan Pergerakan Penuh.
BalasPadamHarap dpt mengurangkan kes nanti. Aaminnn.
BalasPadamSektor saya, macam biasa je .
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan