Assalamualaikum dan salam sejahtera
POPIA PISANG COKLAT RANGUP SEMUDAH 3 BAHAN Hari ni CCL nak share dengan korang satu resepi yang sememangnya mudah dan sangat sedap . Boleh dijadikan juadah untuk berbuka, menu sarapan pagi mahupun menu petang hari .
Pernah makan popia dalamnya berintikan pisang dan coklat ? Hah jarangkan orang jual digerai-gerai . Kalau teringin nak makan , bahan serta cara penyediaannya cukup ringkas .
BAHAN-BAHAN POPIA PISANG COKLAT RANGUP
- Kulit popia
- Pisang
- Nuttela / coklat bar cadbury
- Minyak
CARA PENYEDIAAN POPIA PISANG COKLAT RANGUP
1. Sediakan beberapa keping kulit popia.CCL gunakan dua keping kulit popia dalam setiap gulungan .
2. Sapukan nutella atas permukaan kulit popia dan letakkan pisang yang telah dipotong .
3. Nak lagi sedap korang boleh letakkan coklat bar cadbury, nanti bila dh siap goreng coklat bar tersebut akan cair dalam mulut timr korang makan .
4. Gulungkan popia dan gamkan hujungnya bersama bancuhan tepung jagung supaya kulit popia betul-betul melekat .
5. Biarkan sebentar dalam beberapa minit, barulah digoreng dalam minyak yang penuh dan api yang sederhana . Goreng balik-balikkan dan siap dihidang .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
" PROGRAM MAGGI® BUBUR LAMBUK " LANGKAH SETERUSNYA DALAM " PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19 " Pihak MAGGI dan Nestle Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik . Berbekalkan semangat Ramadan, MAGGI® menyediakan makanan untuk lebih 120,000 rakyat Malaysia sepanjang bulan puasa. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM15 juta Nestlé Malaysia dalam usaha membantu memerangi wabak Covid-19 di bawah inisiatif Nestlé Cares selaras dengan komitmen Syarikat untuk menyokong rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.



Sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan MAGGI® sejak bertahun-tahun lamanya untuk mengagihkan makanan tradisional MAGGI® bubur lambuk kepada orang ramai untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Tahun ini, lebih 120,000 mangkuk MAGGI® bubur lambuk diagihkan bersama 20,000 Pek Makanan dan Minuman Nestlé kepada keluarga B40 dan para pelajar, masyarakat kurang bernasib baik yang meliputi rumah-rumah kebajikan dan rumah anak yatim, petugas penjagaan kesihatan serta petugas barisan hadapan yang lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera yang memainkan peranan penting dalam perjuangan negara kita menentang pandemik.

Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Kami bertuah kerana dapat meneruskan usaha kami untuk mengagihkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia. Walaupun ini adalah inisiatif tahunan MAGGI® yang diadakan sepanjang bulan puasa, tetapi tahun ini dilihat lebih penting bagi kami untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan, dan juga menunjukkan penghargaan kami kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras pada masa sukar sekarang.”

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad Encik Juan Aranols menambah, “Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong masyarakat yang memerlukan sebagai sebahagian daripada program bantuan Nestlé Cares Covid-19 kami.Sesungguhnya ini sangat bermakna bagi kami. Ramadan merupakan masa untuk menunjukkan belas kasihan dan bersedekah. Kami berharap usaha dari MAGGI ini akan memberi perbezaan positif bagi banyak pihak, begitu juga inisiatif lain dalam persiapan di bawah jenama kami yang berbeza. Semuanya akan terus mencerminkan matlamat Nestle untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, serta komitmen khusus kami untuk menyokong keluarga Malaysia di saat-saat memerlukan ini.”
Bagi mencerminkan matlamat Kumpulan untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, Nestlé terus komited dalam memainkan peranannya untuk membantu rakyat Malaysia menempuhi masa-masa yang sukar ini melalui inisiatifnya yang pelbagai.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS MUDAH KETIKA MENGORENG MASALODEH / KUIH VADEY AGAR TIDAK HANCUR Masalodeh atau dikenali sebagai kuih vadey ni merupakan salah satu makanan tradisi india . Dah lama teri2ndin nak makan . So ada masa lapang kat umah, memandangkan bahan pun ada so better buat sendiri . Percubaan pertama buat masalodeh ni alhamdulillah menjadi walaupun diawalnya takut jugak . Takut adunan hancur lebur time mengoreng , tapi alhanmdulillah CCL berjaya buat tanpa hancur lebur .
Tips agar masalodeh / kuih vadey tidak hancur lebur
- Adunan kacang dhal harus dimesin halus.
- Adunan yang telah dikisar tidak boleh terlalu kering
- Goreng dalam minyak yang penuh dan betul - betul panas .
Bahan - bahan untuk membuat masalodeh rangup dan sedap
- Kacang dhal
- Jintan manis
- Bawang merah
- Daun kari
- Garam
- Cili kering
- Minyak
Cara membuat masalodeh / kuih vadey
1. Rendam kacang dhal semalaman
2. Cili kering, bawang merah dan daun kari dimayang harus ikut kuantiti kacang dhal.
3. Kacang dhal yang sudah disejat air lalu dimesin halus dan dicampurkan ke dalam ramuan yang sudah disediakan.
4. Gaul rata, dan tambahkan sedikit garam .pastikan purata kacang dhal yang dimesin halus haruslah banyak dari kacang dhal yang dikisar kasar.
5. Bulatkan dan leperkan doh.jangan terlalu nipis agar tidak keras semasa goreng.
6. Panaskan minyak , dan masukan perlahan-lahan masalodeh ke dalam kuali dengan api yang sederhana . Alih-alihkan masalodeh dan siap untuk dimakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS MUDAH MEMBUAT ROTI JALA MENGGUNAKAN BOTOL MINERAL SEBAGAI ACUAN tengok bahan-bahan nak buat roti jala ni mudah, teringin pulak nak try buat tapi masalahnya acuan untuk roti jala tak ada pulak di dapur ni . Tapi korang jangan risau , tanpa acuan roti jala pun korang boleh juga membuat roti jala ni . Macam mana ? Hah meh nak kongsi ..
Diy botol mineral water sebagai acuan roti jala
Sediakan satu botol mineral dan tebukkan 2 lubang pada penutup botol air .
Bahan-bahan membuat roti jala
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1sb minyak
- 1 biji telur
- Pewarna kuning
Cara mudah membuat roti jala .
1. Blendkan semua bahan- bahan tersebut .
2. Panaskan kuali dan sapukan sedikit sahaja minyak pada kuali.
3 . Kiraikan roti jala atas kuali yang panas .
4. Biarkan dalam kuali selama 1minit or 2 minit dah boleh diangkat dan boleh lipat gulungkan .
5. Siap ! Boleh dicicah bersama kari ayam ataupun sardin .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RM800 DUIT RAYA UNTUK DIMENANGI 10 PEMENANG DALAM CONTEST "MASAK APA TU ? " Memandangkan musim PKP ni ada sesetengah orang yang pendapatannya sedikit berkurangan tidak seperti sedia kala . Alangkah gembiranya kalau dapat duit raya bukan RM50 , bukan RM100 tapi RM800 .wahh banyak bukan , kalau dapat boleh buat belanja dapur dan belanja family kan .
So korang para suri rumah, isteri-isteri dan wanita serta tidak ketinggalan jugak sesiapa sahaja yang gemarkan memasak dan mencuba sesuatu resepi yang kreatif dia luar jangkaan . Hahh CCL, nak bawa korang join satu contest ni. Mana tahu rezeki korang untuk menang RM800 kan .Alangkah gembiranya dihati ..
Contest kali ni dibawa khas dari Yakult Malaysia yang diberi nama "Masak Apa Tu "
Syarat - syarat untuk join contest "Masak Apa Tu"
- Tangkap gambar / video hasil masakan korang ( kalau korang gunakan produk Yakult dalam masakan lagi bagus, peluang tinggi untuk menang )
- Muat naik gambar / video masakan korang ke laman sosial media di Instagram / Facebook dengan penggunaan hashtag #YakultMasakApaTu
- Pastikan akaun laman sosial media korang public
Mudah bukan syarat-syaratnya . Peluang besar untuk korang menang RM800 jika korang gunakan produk Yakult dalam menu masakan tersebut.
Yakult mencari 10 pemenang untuk memenangi RM800 Duit raya . Ayuh join .
Dah ada idea ke nak masak apa tu ?
Oh lupa nak bagi tahu . Tarikh akhir contest ini akan berakhir pada 30 Mei 2020 .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
CARA MUDAH AKTIF DEBIT CARD CIMB UNTUK ONLINE PURCHASE Zaman sekarang ini semuanya dihujung jari , nak beli barang , nak bayar bill, dan macam-macam lagi segalanya dihujung jari . Mudah bukan ? Tapi mak sure debit card korang ada duit yang mencukupi , aktif tanpa sebarang masalah barulah semua urusan berjalan dengan lancar sekaligus menjimatlan masa korang .
Tetapi kalau debit card korang buat hal itu satu masalah jugak, semua kerja terpaksa ditangguhkan . So hari ni CCL nak tanya korang pernah tak debit card korang jadi deactive ? walhal debit card tue sentiasa korng guna untuk sebarang transaksi pembayaran mahupun pembelian online
Dua hari lepas, debit card CCL problem untuk pembelian online . Pada hari yang sama jugak CCL guna debit card cimb bank untuk transaksi pembayaran, settle semua bayaran bill yang ada , barulah jari-jari CCL godek-godek apps shopee untuk membuat transaksi pembelian online menggunalan debit card yang sama .
Eh tiba-tiba shopee cakap "ops bayaran gagal " . Eh tiba-tiba gagal . Oklah try buka akaun CIMB Click untuk check baki yang ada dalam akaun mana tahu tidak mencukupi dari jumlah yang nak di online purchase tu . .ok dah betul-betul confirm amaun yang ada dalm akaun lebih dari mencukupi . Oklah CCL try submit payment untuk barang tu sekali lagi. Lagi sekali "ops bayaran gagal " halamak dah kenapa ni !!
Dan tiba-tiba terima SMS dari CIMB macam yang tertera kat bawah ni .
Ok CCL ikut je arahan seperti yang diarahkan dalam SMS tu . Banyak kali jugak try tapi no respone dari pihal CIMB . Ok husnudzon mungkin ambil sedikit masa untuk solvekan . Hari berikutnya try submit payment tapi gagal jugal then sekali lagi terima SMS yang sama . Geram jugak padahal dah ikut step yang disampaikan berulang kali tapi no respone .
So macam mana CCL settlekan masalah debit card CIMB untuk online purchase ni ?
Cara paling mudah dan korang tak payah tertunggu- tunggu .Call CIMB +60362047788 dan bercakap dengan pegawai perbankan, cakap je korang ada masalah Debit Card untuk pembelian online tidak aktif . So nak minta aktifkan . Tapi korang kena siap sedia dengan soalan-soalan yang pegawai perbankan akan tanya .
Antara soalan-soalan yang pegawai perbankan tanya kepada CCL adalah
- Bagitahu number ic
- Adakah akaun ini akaun persendirian ataupun kongsi dengan sesiapa
- Baki jumlah yang ada dalam akaun bank korang
- Tarikh transaksi terakhir serta jumlah transaksi terakhif yang korang buat .
Hahh ! Dengan menjawap 4 soalan ni. korang just tunggu dalam 10 ke 15 minit . Ok done .pegawai perbankan dah settle masalah tersebut , dan debit card dah terus aktif untuk pembelian online tanpa tunggu lama-lama .
So korang diluar sana yang ada problem yang sama macam CCL just terus call +60362047788 . Mudah dan cepat .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa itu Bungkusit !
Bungkusit is malaysian fastest on-demand services food and parcel within 1 Hour . Yang mana rider-rider Bungkusit boleh membeli makanan, hantar parcel , hantar sebarang dokumen, boleh tolong membeli barangan di pasar, hantar barang dan lain-lain lagi .
Apa yang best tentang Bungkusit ini
Bestnya adalah Bungkusit ini beroperasi selama 24 jam.roperasi . So kalau korang lapar pagi-pagi buta. Bungkusit boleh belikan!
And its more flexible app. Hurry up!.
Macam mana dengan harga yang Bungkusit tetapkan ?
Harga mengikut jarak dari pickup ke tempat korang (drop off) memang berbaloi kalau korang gunakan bungkusit ni . Dan juga ada discount tau. Hanya perlu muat turun app bungkusIt!
Cara untuk order makanan anda di IKEA secara “take away” menggunakan bungkusit
1. Muat-turun aplikasi bungkusit
2. Pilih “What do you need to deliver > Food”
3. Pilih “Click here to order now”
4. Di bahagian Food Store Location/Pick Up Location, masukkan alamat “IKEA”
5. Tekan “ADD”
6. Drop Off Location, masukkan nama anda & alamat lengkap rumah anda
7. Masukkan setiap satu “Food Name” & “Quantity” makanan anda.
8. Submit!
Takeaway di IKEA Restaurants bermula dari 10am sehingga 5pm setiap hari