cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



tips kecantikan, tips kecantikan mata , hilangkan dark circles secara semulajadi , tips hilangkan dark circles , tips mata cantik


11 CARA UNTUK HILANGKAN DARK CIRCLES SECARA NATURALLY  Kebanyakan antara kita akan mengalami dark circles pada sekitar kawasan mata , ni disebabkan faktor-faktor seperti , kurang tidur , stress, keletihan, iritasi kulit akibat penggunaan produk yang tidak sesuai, penuaan, dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.

So today CCL akan kongsikan 11 Cara Untuk Hilangkan Dark Circles Secara Naturally.



Antaranya :

1) Tomato 

 Apply jus tomato pada dark circles area.


2) Minyak Almond 

Sapukan sedikit minyak almond pada dark circle.


3) Jus Oren 

 Campurkan dengan glycerin dan apply campuran ini pada dark circles anda.


4) Kentang 

Lenyekkan dan ratakan pada kawasan lingkaran gelap pada mata anda.


5) Tea Bag 

 Celupkan teh bag dan letakkan di atas mata.


6) Timun 

 Potong timun kepada beberapa slice dan letakkan di atas mata.


7) Daun Mint 

 Dengan mencampurkan daun ini bersama beberapa titis air, anda akan dapat paste yang lembut. Sapukan pada dark circles korang.


8. Susu Sejuk 

Ambil bebola kapas, celupkan dalam susu sejuk kemudian letakkan di atas mata.


9) Air Rose

Ambil dua bebola kapas dan rendamkan dalam air ros. Kemudian letakkan di bawah mata.


10) Almond & Susu 

 Campurkan satu sudu almond yang dah dihancur lumat bersama susu segar. Kemudian sapukan pada kawasan mata.


11) Amalkan tidur dan rehat yang mencukupi setiap hari




Assalamualaikum dan salam sejahtera


KLIK BANNER UNTUK JOIN 

Pencarian bloglist tuk August & September 2018
di zzzyy.blogspot.com bermula 21 july dan berakhir
31 july.


Syarat2 simple je.


1.  Follow blog zzzyy.blogspot.com
2.  Buat entry bertajuk Segmen bloglist Aug & Sept by
     zzzyy.blogspot.com
3.  Tinggalkan link kat ruang komen. Semua penyertaan
     akan tersenarai dalam bloglist blog ini 




Assalamualaikum dan salam sejahtera .

SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN BIG PORTION DI HANNAH COOKIES PERLIS  | Berita baik bagi korang penggemar western food terutama peminat pasta yang berkunjung ke Semenanjung Utara, Negeri Perlis Indera Kayangan mencari western food yang sedap-sedap  CCL nak recomended satu tempat yang menarik perhatian tekak korang , iaitu Hannah's Cookies yang terletak di Lot 526 Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar Perlis

Antara satu menu yang CCL nak kongsi dengan korang semua tentang kelazatan tersebut ialah ' Spaghetti Carbonara Chicken Big Portion '


Food review, review makanan, spaghetti carbonara chicken, western food di hannah cookies perlis, spaghetti carbonara sedap,


Apa yang menariknya tentang spaghetti ni rasanya memang marvelous dan memang sesedap tekak CCL terimanya.Spaghetti Carbonara ni ada dua pilihan sama ada korang nak spaghetti carbonara chicken ataupun spaghetti carbonara seafood .Ikut citarasa masing-masing .

Hari ni , CCL memilih untuk makan spaghetti carbonara chicken .Selesai oder makanan, tak perĺu ambil masa yang lama untuk menunggu. Dalam 5 minit hingga 10 minit dah tersedia  hidangan yang CCL oder . Bila waiter dah serve makanan atas meja ni , CCL terkejut dengan food presentation . Spaghetti Carbonara Chicken yang dihidangkan dalam portion yang besar. Mula fikir ' alamak banyaknyer , boleh ke habiskan semua ni'  ternyata CCL berjaya juga habiskan spaghetti carbonara chicken big portion ni. Alhamdulillah kenyang . Sedap dan lazat . 



KEISTIMEWAAN SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN DI HANNAH'S COOKIES PERLIS 

♢ Dihidangkan dalam bentuk portion yang banyak.Memang kenyang untuk sorang makan .

♢Sos carbonara yang banjir sehingga tidak menampakkan spaghetti . 

♢ Rasa sos carbonara yang creamy dan secukup rasa .

♢ Gabungan mantap sos carbonara bersama herbs , oregano dan cheese. 

♢ Condiments cendawan dan ayam yang dipotong sederhana besar.

♢ Spaghetti yang lembut 

♢ Harga berpatutan 



Info Hannah's Cookies 

Alamat : Lot 526 Jalan Kaki Bukit 01000 Kangar Perlis 
Facebook : Hannah's cookies
Instagram : @hannahcookiescafe
Waktu beroperasi 
• isnin ( tutup )
• selasa - jumaat ( 12.00 pm - 10.30pm )
• sabtu - ahad ( 4pm - 10.30pm ) 





Assalamualaikum dan salam sejahtera 




NOVEL, NOVEL TERBARU 2018 , NOVEL RINDU YANG TERLARANG . SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG , RINDU YANG TERLARANG ,KOLEKSI NOVEL


SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG  Cinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . 
"Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!" - Puan Rohana 
Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura . Jangankan hendak berbesan , selisih jalanpun mereka tidak sudi . Masing -masing istiharkan permusuhan tujuh keturunan .
"Kita tetap akan nikah Ain!" Putus Faith , masih yakin .

"Tapi...macam mana ?" Ainnura buntu. Perkahwinan tanpa restu , bukan pilihan terbaik .
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia , tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara diam -diam . Yeah ... nikmat berumahtangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma . Bila rahsia terbongkar , Faith diberi kata dua , cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar ...perpisahan tanpa rela buatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji , namun harapan hanya tinggal harapan .

Beberapa tahun berlalu , walaupun sangat berjaya dalam kerjaya , perasaan Faith tetap kosong dan beku . Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat si jandanya ...
"Orang rindu Ain sangat...."- Faith
"Rindu kita ...rindu terlarang !" -Ainnura
Bersatu semula , sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan , bukanlah satu rancangan yang bijak untuk cari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah , Reza Dato' Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk raih semula cinta Ainnura.

Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka ? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith ? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing -masing?

Brand: KARYA SENI 
Penerbit: KARYA SENI
Penulis: UMIE NADZIMAH




Assalamualaikum & Salam sejahtera


 KHASIAT TERUNG PIPIT, menu berbuka puasa, MENU MASAKAN KAMPUNG, MENU TENGAHARI, resepi, RESEPI SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT, SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT,


RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

Bahan-bahan:
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inch halia
½ inch belacan
5 sb cili kisar
1 mangkuk ikan bilis
Terung pipit


Cara-cara:

1.Goreng ikan bilis sehingga garing.

2.Blend bawang besar, merah, putih, halia dan belacan

3.Guna minyak goreng ikan bilis tadi, tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

4.Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa  dan masukkan terung pipit .Biarkan hingga masak dalam 5 minit.

5.Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi. Tutup api dan gaul rata. Siap dihidangkan.





Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Resepi, resepi coleslaw, coleslaw , cara mudah membuat coleslaw , coleslaw homemade ,coleslaw berkhasiat ,


RESEPI COLESLAW HOMEMADE

Bahan-bahan:
1 biji kubis potong dadu
1 btg carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (dutch lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sudu besar perahan lemon
1 ½ sudu besar cuka
½ sudu kecil garam
⅛ sudu kecil serbuk lada hitam


Cara-cara:
1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.

2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Gaul rata.

3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan- bahan yang telah digaul sama rata

4. Gaul sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ►  2026 (49)
    • ►  Februari (31)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ▼  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ▼  Julai (6)
      • 11 CARA UNTUK HILANGKAN DARK CIRCLES SECARA NATURALLY
      • SEGMEN BLOGLIST AUG & SEPT BY ZZZYY.BLOGSPOT.MY
      • SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN BIG PORTION DI HANNAH ...
      • SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG
      • SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
      • CARA MUDAH MEMBUAT COLESLAW
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (474)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (62)
    • ►  Jun (65)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

SUBSCRIBE & FOLLOW

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • cikcappuccinolatte
    Doughnuts Ball | Khairul Aming
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Berbuka 8 Ramadan 1447H
  • Blog Begins At Forty
    February 26, 2026
  • SURIA AMANDA
    Menu Iftar Day 7
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: TAHNIAH ABANG MUEEZ :.
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 7
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Menu berbuka 7 Ramadan
  • KakmimDotCom
    Aktiviti Cuti Tahun Baru Cina
  • Coffee Break With Me
    Breakfast Date dengan Ex-Colleagues di Bintulu @ Flint
  • Bola Katok
    Sampul duit raya Ejen Ali 2026.
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Baju belang
  • Sii Nurul
    Jangan Tinggal 10 Amalan Sunat Ini di Bulan Ramadan
  • Hidup Itu Indah
    Menu Berbuka Puasa - Hari Ke 3
  • Drawing the Words
    Dapat Hadiah Dari Blogger Kak Notie
  • Ciktom
    Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next-Gen Camera Capabilities and Iconic Style
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

MOST VIEWED POST

  • Ayam Pop | Khairul Aming
  • Mantou Buttermilk Sauce | Khairul Aming
  • Cantonese Yee Mee| Khairul Aming
  • Puding Karamel | Khairul Aming
  • Sambal Tempe | Khairul Aming
  • Nasi Kukus Ayam Berempah | Khairul Aming
  • Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai | Khairul Aming
  • Ayam Peri-Peri | Khairul Aming
  • Dessert S'mores Dip | Khairul Aming
  • Nasi Goreng Cili Kering | Khairul Aming

JANUARY 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte