Assalamualaikum dan hai semua
Dessert Peach Cobbler | Khairul Aming
KA pesan jangan give up mari cuba resepi peach cobbler dia ni ..
Bahan-bahan buah Peach
- 1 tin buah peach (ambil buah sahaja)
- ¼ cawan gula
- Serbuk kayu manis secukupnya
➡️ Cara: Gaulkan semua bahan hingga sebati. Ketepikan.
Bahan-bahan adunan tepung
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 2 sudu kecil baking powder
- Secubit garam
- ⅔ cawan susu segar
- 1 biji telur
- 1 penutup kecil esen vanilla
➡️ Cara: Kacau semua bahan hingga sebati dan licin. Ketepikan.
Cara membuat dessert peach cobbler by Khairul Aming
- Sediakan sudu besar mentega (butter), cairkan sekejap sahaja
- Panaskan oven pada suhu 175°C.
- Tuang butter cair ke dalam loyang (layer pertama). Tuang adunan tepung (layer kedua).
- Susun buah peach di atas adunan (layer terakhir). Tips selepas susun buah peach atas adunan jangan kacau, jangan gaul dan jangan terbalikkan . Biarkan berlapis macam tu sahaja.
- Bakar dalam oven selama 40 minit hingga masak dan keperangan.. Hasilnya bahagian atas rangup keemasan, dalam lembut berjus,
Sedia untuk dihidangkan . Nak lagi sedap boleh makan bersama aiskrim vanilla ..




0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan