Assalamualaikum dan hai semua
Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai | Khairul Aming Disebabkan ramai dah mula burn out sampai nak drop out, baiklah hari ni Khairul Aming share resepi simple sikit iaitu Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai. Boleh makan ni kalau stress, krup krap krup krap tu sedappp bila kunyah
Bahan-bahan
- Ayam (bahagian mana-mana pun boleh, KA guna tongkeng)
- 2 sudu besar sos ikan
- Black pepper secukupnya
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar tepung Bestari
- 2 sudu besar tepung beras
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- Air secukupnya
- Bijan
- Cili kering
- Daun limau purut
- Bawang putih
Cara membuat ayam goreng crispy
1.Gaulkan ayam dengan sos ikan, black pepper dan gula. Perap lebih kurang 30 minit.
2.Tanpa tukar mangkuk, masukkan terus tepung Bestari, tepung beras, garam dan serbuk perasa ke dalam ayam perapan tadi.
3.Masukkan air sikit-sikit sampai adunan jadi sederhana pekat (tak cair, tak pekat).
4.Masukkan bijan, gaul rata sampai semua ayam bersalut cantik.
5.Panaskan minyak betul-betul panas..masukkan ketulan ayam satu per satu, jangan masukkan serentak.
6.Bila ayam hampir masak, masukkan cili kering, daun limau purut dan bawang putih. Goreng sekejap sampai naik aroma wangi. Angkat ayam bersama bahan aromatik, toskan minyak.
7. Siap dihidangkan bersama sos thai sebagai pencicah
Selamat mencuba



0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan