Beli Pokok Bromeliad Dalam Shopee

Assalamualaikum dan hai semua 

Beli Pokok Bromeliad Dalam Shopee Mood nak berkebun, tanam-tanam pokok ni sebenarnya dah datang balik… cuma sebelum ni tergendala sebab CCL kecewa dengan pokok rose jepun..Hidup tak mahu mati tak segan, tapi tak nak merimbun walaupun dah letak baja. Dah buat macam-macam cara, tapi hasilnya tetap sama. Jadi CCL ambil keputusan untuk move on dan tak nak tanam pokok rose jepun lagi.

Sebagai penukaran untuk merawat hati yang kecewa tu, CCL pun buat keputusan beli pokok bromeliad..Pokok ni memang lama dah minat, CCL beli pokok bromeliad ni dalam Shopee. Dua hari lepas saja-saja tengok, lepas tu terus checkout. Tak payah tunggu lama-lama, nanti makin banyak fikir makin tak jadi beli ..Sekarang ni CCL tunggu abang courier datang hantar kotak berisi anak-anak pokok bromeliad.

beli pokok bromeliad, pokok bromeliad, bromeliad shopee, beli pokok online, pokok hiasan rumah, anak pokok bromeliad, beli pokok bromeliad di shopee,

CCL beli tiga item bromeliad yang berbeza. Memang kena pandai cari harga..Kalau saiz bromeliad besar, harga dia pun sedikit tinggi. Tapi untuk anak pokok, ada yang bawah RM5 & RM10 saja. Jadi CCL pilih untuk beli anak pokok dulu ..biar kecil, asalkan boleh hidup dan membesar depan mata sendiri.

Harap-harap kali ni menjadi..Moga bromeliad ni jadi peneman baru CCL dalam dunia berkebun, dan semoga rasa seronok menanam pokok tu datang balik ..Kalau hidup subur nanti, bolehlah tambah koleksi lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan