Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hadiah Birthday 2024 | Tudung Bawal LeeyanaRahman Hadiah yang paling awal CCL terima sebelum beberapa hari menjelang hari lahir CCL . Masa CCL pergi Pesta Konvokesyen (PESKON) UNIMAP haritu terjumpa kawan CCL, alang-alang dah terjumpa tu apa lagi borak-borak la kejap sambil cari- cari makanan di kawasan PESKON tersebut . Selesai semua dia cakap tunggu kejap ada dia nak bagi souviner dah alang-alang terjumpa sini kan ..
Kawan CCL hadiahkan sehelai tudung bawal LeeyanaRahman . Auchhh dia macam tahu-tahu saja CCL memang sukakan tudung bawal LeeyanaRahman lagi-lagi ada corak monogram LR . Memang fall in love sangat tau ..
Cantik corak monogram ni . Gabungan warna hitam bersama warna olive ni cantik . Design pun cantik . CCL suka !! . Paling best bila CCL keluarkan tudung ni dari parcel bau wangi tudung LeeyanaRahman ni memang rasa macam tak nak pakai ja ..
Lepas tu dapat sekali mini perfume LeeyanaRahman . Bau of course la wangi . Bau- bau orang kaya gitu haa ..
Terima kasih Kak Syam atas ingatan dan pemberian hadiah ni . Memang setiap tahun tak pernah lupa yerr . Memang selalu Kak Syam yang terawal bagi hadiah . Terima kasih semoga murah rezeki kak Syam .
0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan