Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 | 1445 Hijrah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 | 1445 Hijrah Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Aidiladha 2024, selamat hari raya aidiladha, ibadah korban, aidiladha 1445H

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa pengertian dan pengorbanan yang amat bermakna untuk kita semua. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan Allah SWT.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Selamat hari raya aidiladha kak ✨

    BalasPadam
  2. Salam Aidiladha CCL ❤️

    BalasPadam
  3. selamat hari raya cik kopi.. :D

    BalasPadam
  4. Aaamiiiin. Semoga juga dengan perayaan idul adha ini bisa mengajarkan kepada manusia semua ttg hakikat kepemilikan. Bahwa tidak ada sesuatu pun di dunia yg benar2 menjadi milik kita. Sehingga kita bisa lebih ikhlas dalam melepas sesuatu.

    BalasPadam
  5. salam eidul adha to and ur family

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya Aidiladha CCL..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan