Certot : Bunga

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Bunga

Certot, cerita pendek, cerita Kontot


“Aunty, saya nak buat aduan!” 

Lucy yang sedang menggunting tangkai pokok bonsai memandang ke arah Maimunah dengan rasa hairan. Awal-awal pagi lagi dia sudah datang ke kedai dengan muka mencuka.

“Ada apa ni, adik cantik? Pagi-pagi datang marah-marah,” tanya Lucy.

“Aunty tipu sama saya. Aunty cakap pokok-pokok bunga yang saya beli dua minggu lepas tu senang hidup. Tapi kenapa pagi ni saya tengok semua dah mati?” Terkejut besar Maimunah apabila melihat semua pokok-pokok bunga kesayangannya telah layu dan kering sebaik sahaja dia pulang daripada bercuti.

“Haiya! Macam mana boleh mati? You tak siram ke?” tanya Lucy hairan. Takkan pokok bunga yang baru dibeli boleh mati begitu sahaja.

“Saya beli pokok bunga dekat kedai Sally Blossom, setahun tak pernah siram. Elok saja sampai hari ni. Aunty yang tipu saya!” tuduh Maimunah tanpa belas kasihan. Dia turut merakam perbuatannya itu secara live. Biar tidak ada lagi pembeli yang akan tertipu. Lucy meletakkan gunting yang dipegang secara perlahan-lahan.

“Adik cantik… pokok bunga dekat Sally Blossom memang tak akan pernah layu punya. Sebab itu bunga plastik!” Penyapu lidi yang kebetulan ada di sebelahnya segera dicapai. 

Maka, lintang-pukanglah Maimunah berlari dikejar oleh Lucy, si aunty tua. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Kisah benar ke atau cerpen ni?. Sedap pulak susunan kata.

    BalasPadam
  2. Memang minta dislepet sapu lidi si Maimunah 🤣🤣🤣. Udah lah salah, pakai merekam pula 😅🤣

    BalasPadam
  3. Hahaa..Aduhai..Memang kena la Maimunahhh..

    BalasPadam
  4. Tampo dak Maimunah tu kang...sabar jer la...

    BalasPadam
  5. hahahaha...itu bukan setahun xyah siram..sampai dia kerepot pun tak yah siram adoi la

    BalasPadam
  6. bunga plastic tak pyh siram! cuma tak best laaa tak mcm fresh flowers ;) the feel is different!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan