TERIMA SMS DARI MYSALAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TERIMA SMS DARI MYSALAM Bagi yang mendapat mesej dari mySalam dan bertanyakan tentang hal ini, ada sedikit perkongsian tentang mySalam yang korang boleh kongsi bersama keluarga dan rakan - rakan. Mesti ramai yang dapat msg MySalam ni kan. Ni nak share sikit kat sini .


MYSALAM, APA ITU MYSALAM,CARA DAFTAR MYSALAM, KELEBIHAN MYSALAM , SKIM PERLINDUNGAN B40 MY SALAM


Apa itu MY SALAM?  

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam.


Siapa yang layak menyertai skim MY SALAM?  

Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam.


Perlukah berdaftar untuk sertai MY SALAM?  

Tidak perlu mendaftar.  Sekiranya anda adalah penerima BSH dan berumur di antara 18 - 55 tahun, anda akan didaftarkan secara automatik.

Sekiranya anda penerima BSH dan berumur di antara 18-55tahun, tetapi tidak tersenarai di dalam skim ini, apa yang perlu anda buat?  Dan, jika anda mahu menyemak samada anda tersenarai di dalam skim ini, di mana perlu anda rujuk?

Anda boleh hantar e-mel ke -->  info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.  Berikan nama penuh dan No Kad Pengenalan anda dan pasangan.


Apa kelebihan skim MY SALAM ini?

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.  (Senarai 36 penyakit kritikal itu anda boleh rujuk di mana-mana Hospital kerajaan atau di laman web http://www.mysalam.com.my )  

Pendapatan gentian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.


Bagaimanakah caranya untuk menuntut faedah dari skim ini?

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

i. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Sekiranya anda berumur lebih dari 55 tahun, apakah faedah lain yang anda perolehi?

Korang boleh mendapat bantuan kesihatan daripada skim Peka B40 yang merangkumi penerima BSH berumur 50 tahun ke atas.  Sila rujuk laman web http://www.pekab40.com.my

Terlalu banyak dasar kerajaan kini yang memberi fokus kepada kebajikan rakyat tidak diketahui umum.  Justeru itu, sebarkan seluas mungkin.  Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pemimpin-pemimpin tempatan untuk menyebarkan maklumat ini.  Media perdana juga harus lebih aktif di dalam menyampaikan info-info sebegini.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Saya juga ada terima tempohari Hari Dan Saya Tak buat apa apa la pulak

    BalasPadam
  2. tak tahu pun pasal mySalam ni, btw nice sharing :)

    BalasPadam
  3. bapa sy pun ada dapat sms juga tp kalau xda penyakit kritikal rasanya x bole kan buat apa2 tuntutan..

    BalasPadam
  4. perkongsian yg bagus, terima kasih kerana berkongsi

    BalasPadam
  5. ayah shu terima juga sms ni..

    BalasPadam
  6. Dapat juga sms mysalam ni. bagus juga kan program ni

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan