TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWING


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWING Kalau pasal tudung, jangan main-main dengan perempuan. Satu hari mood boleh spoil gara-gara tak puas hati. lagi sedih bila lelaki yang akan kena tempiasnya. Tak semena-mena muncung panjang sedepa. Kadang, pelik juga orang lelaki dengan mood perempuan ni.


Tapi, jangan risau. CCL nak share kan dekat korang tentang masalah-masalah tudung yang selalunya boleh buat mood perempuan swing.

TUDUNG, TUDUNG PEREMPUAN,TIPS PEMAKAIAN TUDUNG,TIPS PEMILIHAN TUDUNG



1. Tudung konyok

Dah iron cantik-cantik, tapi bila nak pakai tiba-tiba dah kedut seribu. Siapa tak hangin kan?
Tudung akan jadi lebih susah nak dibentuk dan yang pastinya dah tak cun la kalau tudung berkedut.Lepas tu mula cakap perempuan ni siap,berjam-jam . Heheh .


2. Susah nak bentuk

Masalah ni untuk perempuan yang pakai tudung bawal biasanya. Bila awning tudung tak terletak cantik dan berkedut-kedut. Arghhhh stresnya rasa macam nak marah semua orang!.Korang pernah alami tak ? Semestinya pernah bukan termasuklah CCL juga. Tapi sekarang rata-rata ada jual "spray pengeras tudung" function dia untuk awning terbentuk dengan elok . 


3. Tudung comot

Paling pantang bila makan makanan yang berkuah dan terkena pulak dekat tudung. Lagi-lagi makanan yang berminyak. Eee.. comotnya tak sukaaaaaa! . Kalau warna tudung tu sedikit gelap CCL tak kisahlah . Sebab takde nak nampak sangat kesan tepercik kuah laksa,mee kari bagai tue . Yang kisahnya kalau pakai tudung warna-warna nude . Alahaiiii ... 


4. Tudung bau asap

Keluar je dari pasar malam, mula la tudung tu ada bau ayam bakar, roti john atau cempedak goreng. Pernah rasa macam ni? Sakit hatikan..So CCL  nak tanya ada tak yang jual tudung anti asap .hahaha . 


5. Kain tudung licin

Material licin seperti satin bukan semua orang boleh ‘carry’ tau. Tapi sebab nak nampak cantik, CCL tetap cuba.tapi koleksi tusung jenis sarin ni tak berapa banyak CCL ada . Tak sampai 5 helai pun .Cuma tu la, bila pakai tudung satin ni sikit-sikit nak jatuh, susah nak bentuk, time suap makan ke mulut tudung mula kedepan . Alahaiii stresss uols . hmm boleh bikin mood swing jugak tu.


So, lepas ni kalau tiba-tiba gf/bini korang buat ‘muka’ tu, faham-faham je la mungkin ini puncanya .
TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWING TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWING Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 5:45:00 PTG Rating: 5

9 ulasan:

  1. Kalau Sis tudung bau asap tu...adeiiii paling anti!!!
    Lain-lain masih boleh tahan, tapi kalau kuar dr kedai makan, tiberr tudung bau asap...mood terus sasauuuuuuu

    BalasPadam
  2. Ok2..xsentuh2..hahaha
    Kindly pleasure to follow my blog.tq
    http://banban8.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. memang pantang kalau renyuk. nanti tudung xjadi. stress!

    BalasPadam
  4. sy rasa shawl lagi senang bentuk kan tak macam bawal payah sikit nak adjust tapi sy tak reti pakai shawl, macam pelik ja muka sy kalau pakai shawl...tengok org lain ok ja

    BalasPadam
  5. Tudung satin tak sesuai untuk majlis makan-makanlh kalau macam tu. Nanti nk bagitau orang rumah..

    BalasPadam
  6. huahuaa kite pulak salu pakai tudung yg mmg toksah gosok.yg ironless tu. boleh kire dlm setahun bape kali pakai shawl.. hihi

    BalasPadam
  7. saya suka pakai tudung bawal tapi kalau malas nak iron pakai shawl je la..hehe

    BalasPadam
  8. Bab tudung ni lah stress . Kalau dah renyuk tudung tu memang marah lah dekat suami nnti.

    BalasPadam
  9. ha ha ha ha ha :)
    sgt faham entri CCL ni.
    sendiri gitu. "jgn usik tudung ibu!"
    now, anak dara aida berdua tu pun dah dirasuk hantu tudung ni tau :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.