RESEPI : KEK COKLAT CHEESE VERSI KUKUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera



RESEPI, RESEPI KEK COKLAT CHEESE, KEK COKLAT CHEESE,KEK COKLAT CHEESEE VERSI KUKUS, KEK COKLAT CHEESE YANG SIMPLE, RESEPI KEK ,BLOG RESEPI


RESEPI : KEK COKLAT CHEESE VERSI KUKUS  Sebut je Kek coklat cheese,terus terbayang dalam minda kelazatan rasa kek coklat dengan lapisan cheese di tengah-tengah yang dikukus sempurna, perrrhhhh. sangat menyelera kan.

Hari weekend nie tak tahu nak masak apa untuk minum petang ke ?,boleh lah cuba resepi Kek coklat cheese versi kukus nie,senang dan mudah



RESEPI, RESEPI KEK COKLAT CHEESE, KEK COKLAT CHEESE,KEK COKLAT CHEESEE VERSI KUKUS, KEK COKLAT CHEESE YANG SIMPLE, RESEPI KEK ,BLOG RESEPI


BAHAN-BAHAN
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak(nak lagi sedap guna minyak jagung)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanila


CHEESE LAYER
250gm cream cheese
2 sudu makan gula halus
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan air
** Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati. Masukkan telur diikuti dgn air dan tepung. teruskan pukul dgn kelajuan sederhana sehingga semuanya sebati..


 CARA-CARA MEMBUATNYA:

✔Masukkan koko, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak masak ke dalam periuk,kemudian Masakkan di atas api yang Pelahan sehingga larut dan ketepikan.

✔Dalam bekas lain, ayakkan tepung gandunm, soda bikarbonat dan baking powder.

✔ blend je semua telur sehingga kembang dengan menggunakan blender. Biar dia nampak berbuih-buih keputihan.

✔masukkan telur yang di blend dan esen vanila kedalam bahan yg dimasak tadi kacau sampai sebati,Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder yang diayak tadi.Kacau sehingga sebati dan jangan biarkan ianya berketul-ketul.

✔Panaskan pengukus dan biarkan air mendidih dahulu baru masuk adunan kak ke dalam bekas,intan guna bekas plastik  je senang,
kukus separuh adunan kek coklat selama 20minit,kemudian masuk kan adunan cheese kukus selama 10-15minit kemudian masuk kan separuh adunan kek tadi kukus lagi selama 20-30minit,sejuk kan dah boleh makan

P/s :- nak kek tahan lama simpan dalam peti sejuk,kek boleh jd lebih Moist lagi sedap bila makan sejuk - sejuk
RESEPI : KEK COKLAT CHEESE VERSI KUKUS RESEPI : KEK COKLAT CHEESE VERSI KUKUS Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 9:59:00 PTG Rating: 5

14 ulasan:

  1. Nampak sedap je kek coklat cheese tu. Tak tahu lah bila boleh cuba. Saya ni tak berapa pandai sangat dalam penyediaan dessert ni😅

    BalasPadam
  2. gebu gebu coooomel menjadi keknyaa. simpan sikit yee esok cheq mai ketuk pintu rumah =P

    BalasPadam
  3. Nampak sedap jea kek coklat awak CCL.. hihi nak tempah dengan awak jea la..

    BalasPadam
  4. sedapnya CCL.. comel pulak tu..

    BalasPadam
  5. Perghhhhh menggodanyaaaa rupa kek tuuuu..nak sikit!! Ade lagi tak? 😂

    BalasPadam
  6. wah, sedapnyer. jemput singgah https://duniataipmenaip.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Nampak sedap dan menarik . kena try ni

    BalasPadam
  8. Auch~ rupanya menggoda ni.. *mencece air liur.. *

    BalasPadam
  9. Sedapnya.. Nampak macam mudah je..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.