Ahad, 8 Oktober 2017

NASI GORENG UDANG KERING



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Nasi goreng udang kering,nasi goreng udang kering pedas,nasi goreng simple,resepi nasi goreng,blog resepi,menu sarapan pagi


RESEPI NASI GORENG UDANG KERING  |  Selamat pagi dan salam hujung minggu bersama keluarga tercinta. Hujung-hujung minggu macam ni la semua orang berpeluang bersarapan bersama - sama family tercinta. So apa menu sarapan pagi korang hari ni ? Tak payah serabutkan kepala fikir menu apa yang sesuai untuk sarapan pagi hari ni . CCL akan kongsi satu resepi untuk korang semua yang mampu tambat selera ahli keluarga .

Nasi goreng udang kering.



Bahan-bahan 


Nasi goreng udang kering,nasi goreng udang kering pedas,nasi goreng simple,resepi nasi goreng,blog resepi,menu sarapan pagi

  • Udang kering
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Daun kucai
  • Minyak masak
  • Nasi putih
  • Garam / gula 

Cara membuat


Nasi goreng udang kering,nasi goreng udang kering pedas,nasi goreng simple,resepi nasi goreng,blog resepi,menu sarapan pagi


1.Rebuskan udang kering bersama cili kering. Itupun kalau korang rajin. Kalau tak rajin tak perlu rebus.

2.Gunakan lesung batu untuk tumbuk bawang merah, cili kering dan juga udang kering . Sebab itu CCL melakukan proses perebusan dulu, bila rebus Cili kering bersama udang kering senang untuk dihancurkan . Guna lesung batu itu satu kepuasan untuk memasak. Kalau malas boleh pakai blander

3.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus ke dalam kuali. Kacau sama rata. 

4.Setelah bahan yang ditumbuk dimasak garing,tapi jangan sampai hangit yer. Korang boleh masukkan nasi putih . Gaul nasi putih dan bahan-bahan tadi biar sama rata .

5.Masukkan daun kucai. Kalau nak masukkan sayur lain pun itu ikut citarasa korang . Gaul sama rata, jangan lupa masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Dah siap untuk dihidangkan .

Selamat mencuba .




18 ulasan:

  1. Knock ..knock..blog walking!! Hehehe...sedaaapnyaa nasi goreng tu..macam pedas berapi je ya?kena cuba ni..tq ya CikCappuccinoLatte sharing resepi ni...

    BalasPadam
  2. mudahnya! nanti nak try buatlah hehe ccl, sha masukkan ccl dalam bloglist sha eh :)

    BalasPadam
  3. Sedap ..tp xpernah msak letak udang kering.. Nnti nk try... Mcm ngam

    BalasPadam
  4. Wah.. sedap nie.. Boleh cuba nanti 😊

    BalasPadam
  5. lapar pula tgk nasi goreng ni..

    BalasPadam
  6. amboii terliur kita taw. Nanti kita nak try masak nasi goreng udang le

    BalasPadam
  7. wow... mcm sedap ni, akk tak pernah buat nasi goreng udang kering... leh blh try... thanks sharing... hehe

    BalasPadam
  8. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    BalasPadam
  9. Allahu mantapnya... Terliur terus. Thank u share

    BalasPadam
  10. Tak pernah try lagi. Takpe nanti kita cuba

    BalasPadam
  11. dulu waktu kecik suka masak nasi goreng pakai udang kering... tak tau kenapa sekarang dah xmasak dah hahahah

    BalasPadam
  12. nice recipe, bisa kita cuba di akhir

    BalasPadam
  13. fuhyooo..sedap gila. nanti kalau ada kem nak try buat dengan kawan2 lah

    BalasPadam
  14. Yumm,nampak sedap. Senang lagi tu nak buat. Ngam untuk kita yang perut naga tapi tak reti sangat nak masak

    BalasPadam
  15. Selalu buat ikan bilis je,ikan kering belum pernah lagi..nanti akak nak try buat la

    BalasPadam
  16. goreng kailan dgn udang kering pun sedap nih. hehe. belum cuba buat nasi goreng

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !