Isnin, 19 Jun 2017

SOLOK LADA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Blog resepi ,solok lada,resepi solok lada,solok lada mudah,gambar solok lada


SOLOK LADA Hari ini CCL  kongsikan Resepi membuat Solok Lado 

Bahan-bahan

7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu besar kelapa parut yang telah di sangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau


Cara membuat 


Blog resepi ,solok lada,resepi solok lada,solok lada mudah,gambar solok lada

Cili hijau kita belah tengah dan buang bijinya
Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa.

Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung. Tumbukkan juga kelapa yang telah di sangai tadi.Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasaJika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam

Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya
Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh. Susun dalam periuk.Tuangkan santan.Rebus hingga masak. Boleh juga di kukus.

6 ulasan:

  1. Sedapnya makan dengan nasi kerabu

    BalasPadam
  2. Siqah tak makan solok lada. Hee. Kawan siqah mesti nak makan solok lada kalau makan nasi kerabu.

    BalasPadam
  3. nyum nyum nyum.. favourite Nurul makan dengan nasi kerabu :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    BalasPadam
  4. Sedapp ni buat makan dengan nasi kerabuu ❤❤

    BalasPadam
  5. Tak pernah rasa solok lada nie sebab tak makan nasi kerabu. Skang baru tau ingredients da

    BalasPadam
  6. Terliur dibuatnya dengan resepi ni Cik CL..
    LZ suka masakan berasaskan isi ikan contoh laksa..
    Memang memenuhi citarasa..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...