3 TIPS BALIK KAMPUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


tips balik kampung , tips mudah sebelum balik kampung , tips seblum memulakan perjalanan jauh , tips perjalanan

3 TIPS BALIK KAMPUNG  Semua orang sudah tahu, yang raya tahun ini jatuh pada hari Ahad bersamaan dengan 1 Syawal (Semua orang tahu 1 Syawal. Ala bergurau sikit pun tak boleh?). Justeru, sudah tentu masing-masing tidak sabar hendak balik kampung sambil nyanyi lagu balik kampung, ho ho ho balik kampung.Seronoknya dapat balik kampung berjumpa ibunda ayahanda tercinta. Adik beradik dan sanak-saudara. Ketupat lemang jangan dilupa.Yang tidak dapat balik kampung, sabarlah ya!Berikut 3 Tip balik kampung sebagai ingatan bersama.Asalnya 10 Tip. Tapi malas pula hendak menaip panjang - panjang 



1. KERETA

Perkara paling penting sebelum balik kampung ialah memeriksa keadaan kereta. Semak meter sama ada suda servis atau belum. Hendak berjalan jauh bukan boleh dibuat main, kan?memang, sekarang bukanlah masa terbaik untuk servis  di pusat servis Honda, BMW, Toyota, Mercedes, Audi dan sebagainya. Sudah pasti mereka tidak menerima lagi kalau mahu servis. Kereta penuh. Sebagai alternatif, hantarlah ke kedai biasa untuk memeriksa keadaan enjin, minyak hitam, bateri, air dan sebagainya.Kalau pandai, boleh buat sendiri. Tapi kalau pandai pun, sibuk pula kan.

Tayar pun jangan lupa tengok. Ada bunga atau tidak. Ada angin atau tidak. Kita mahu memandu jauh. Sudah pasti tayar perlu berada dalam kondisi yang selamat supaya perjalanan lancar dan bertenaga.

Paling penting, isi minyak biar penuh. Mana tahu tidak jumpa stesen minyak di tengah jalan. Atau stesen minyak sesak orang berpusu-pusu. Atau stesen minyak kehabisan minyak. Dan ya, kad TnG pun perlu ditambah nilai dengan segera sebelum masuk ke lebuhraya.

Kalau balik naik motosikal pun sama. Periksa keadaan motosikal awak. Bagi yang naik kapal terbang, bas, keretapi atau mana-mana pengangkutan awam, semak tarikh, hari dan masa perjalanan. Tersilap tengok tarikh buruk padahnya.



2. RUMAH

Pastikan kita meninggalkan rumah dalam keadaan yang berkunci. Pastikan CCTV di rumah dalam keadaan yang baik.(Amboi, rumah awak ada CCTV ke? Orang kaya ni.)Jangan lupa isi borang balik kampung dan serahkan kepada pihak yang sepatutnya. Ini penting supaya peronda yang memantau tahu kawasan rumah anda.

Banyak perkara yang berkaitan rumah perlu diselesaikan sebelum balik kampung. Antaranya ialah:

i. Pastikan tong sampah dikosongkan. Jangan biarkan ada sampah terutama sampah basah kerana ia pasti akan berulat kalau tinggal lama.

ii. Nasi dalam periuk elektrik pun perlu dibuang segera kalau tidak habis. Segera basuh selepas memasak sebelum meninggalkan rumah. Jangan sampai ia berlumut hijau.

iii. Pastikan semua suis lampu, kipas, pendingin hawa, pemanas air, plug, pili air ditutup. Kalau boleh tutup meter pili air di luar rumah, mana tahu ada kebocoran. Oh ya, jangan lupa tutup gas memasak di dapur.

Oh ya, jangan lupa simpan barang berharga di tempat tersembunyi yang paling selamat. Pencuri sekarang sudah bijak pandai. Sembunyi macam mana pun mereka boleh cari. Ikhtiarkanlah, sembunyikan di tempat yang paling strategik.

Jangan lupa baca doa tinggalkan rumah. Buat 'pagar' sendiri dengan bacaan-bacaan tertentu. Boleh cari dalam internet ayat pagar rumah supaya pencuri tidak dapat masuk. Kalau dapat masuk pun, tidak jumpa jalan keluar. Padan muka. Pernah baca kan kisah pencuri yang terperangkap dalam rumah selama seminggu tidak jumpa jalan keluar.

Sekali lagi ya, diulangi, paling penting, jangan lupa kunci pintu dan pagar. Mana tahu tengah kalut-kalut, lupa pula hendak kunci pagar. Atau ada juga kes tertinggal kunci pada tombol. Seminggulah tergantung di situ kalau tidak ada sesiapa tahu.Kalau perlu, ambil gambar keadaan sebelum meninggalkan rumah. Boleh dijadikan bahan bukti kalau ada apa-apa berlaku di kemudian hari. Tapi begitulah, mohon dijauhkan.



3. BEG & BARANG-BARANG

Seronok sebenarnya isi barang dalam beg. Tidak sabar hendak masukkan dalam bonet kereta. Seronok-seronok juga. Tapi jangan lupa semak semula. Takut ada yang tertinggal.Pastikan bekalan baju mencukupi. Barang-barang kelengkapan diri jangan lupa. Sabun, berus gigi, ubat gigi, syampoo, sabun, bedak, minyak wangi. Betul, tertinggal ubat gigi boleh beli di kampung. Tapi kalau ubat gigi masih ada, baik bawa balik sahaja yang mana ada. Jimat.Sekarang tidak macam dulu. Isi baju seluar dalam beg, balik kampung. Kini macam-macam kena bawa balik. Charger telefon, charger iPad, Charger tablet dan sebagainya.

Paling penting, jangan lupa bawa balik baju raya. Termasuklah songkok, butang baju Melayu, tudung Naelofar, sampin dan sebagainya.Kalau tertinggal, menangislah di RnR.Satu lagi. Ada beli biskut raya kan? Jangan lupa bawa balik. Duit raya pun jangan lupa tau.


Semoga selamat dalam perjalanan. Saya akhiri dengan serangkap pantun.


Di jalan raya jangan berlumba
pandu cermat jangan tergesa
Hari raya menjelang tiba
semoga selamat balik ke desa.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Mama baru baca checklist ni sebab harini baru nak balik kampung hihii

    BalasPadam
  2. Betul... ketiga-tiganya amat penting... thanks ingatkan..

    BalasPadam
  3. aida cukup lemah tang beg & brg2 tu, ccl.
    aida la tukang packing beg satu keluarga.
    until hari ni, ccl, beg raya ari tu lom unboxing lagi :) hi hi
    make sure rumah selamat dan bersih ditinggalkan...
    kereta asben punyer task la :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan