TOP 15 TANAMAN HIASAN GANTUNG YANG SESUAI UNTUK OUTDOOR DAN INDOOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera

TOP 15 TANAMAN HIASAN GANTUNG YANG SESUAI UNTUK OUTDOOR DAN INDOOR  Ramai yang berminat nak hias-hias kediaman dengan tumbuhan hiasan, malangnya kadang-kadang hasrat korang terbantut disebabkan kawasan tanah yang terhad atau tiada langsung especially bagi korang tinggal di rumah pangsa dan kondominium . Sangat susah nak deko-deko kan . 

TANAMAN HIASAN GANTUNG, TANAMAM HIASAN DI OUTDOOR, TANAMAN HIASAN DI INDOOR, POKOK HIASAN GANTUNG, TIPS, TIPS DEKO-DEKO


Selalunya pilihan yang boleh dibuat ialah tanam pokok kecil dalam pasu kemudiannya susun tepi-tepi dinding koridor rumah . Tapi ada juga cara lain yang korang boleh lakukan dengan menanam pokok dalam pasu gantung .Pasu kecil boleh di gantung dan boleh diletakkan di ruang persekitaran yang sesuai

Antara 15 tanaman hiasan gantung yang sesuai untuk korang untuk korang letakkan di outdoor mahupun di indoor . 


Pokok tapak angsa


 Pokok labah-labah

 Pokok tanduk rusa


 String of nickels


 Pokok ekor kucing


 String of pearls


Pokok paku sarang burung


Trailing jade


 Pokok sirih gading


Ripple peperomia


Pokok udara/angin


Pokok periuk kera


Pokok air mata ibu


Pokok paku suplir


Pokok paku boston

INISIATIF PIHAK AYAM BRAND MALAYSIA MENUBUHKAN PANTRI MAKANAN UNTUK MEMBANTU PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL RUMAH TEDUH DI KANGAR, PERLIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kolaborasi, event campaign , ayam brand malaysia, pantri makanan komuniti, ayam brand with you, inisatif piham ayam brand dalam membantu komuniti perlis, program amal, komuniti perlis, rumah amal teduhan kangar perlis, senarai rumah kebajikan di perlis


INISIATIF PIHAK AYAM BRAND MALAYSIA MENUBUHKAN PANTRI MAKANAN UNTUK MEMBANTU PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL RUMAH TEDUH DI KANGAR, PERLIS  Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.



Kolaborasi, event campaign , ayam brand malaysia, pantri makanan komuniti, ayam brand with you, inisatif piham ayam brand dalam membantu komuniti perlis, program amal, komuniti perlis, rumah amal teduhan kangar perlis, senarai rumah kebajikan di perlis

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.Sebagai contoh, di Perlis, Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis di Jalan Sekolah Derma usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis, Puan Shahida.


Kolaborasi, event campaign , ayam brand malaysia, pantri makanan komuniti, ayam brand with you, inisatif piham ayam brand dalam membantu komuniti perlis, program amal, komuniti perlis, rumah amal teduhan kangar perlis, senarai rumah kebajikan di perlis


Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang
mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Shahida.





Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.





“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.




“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.

Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.





Pantri makanan Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis,  #AyamWithYou terletak di No 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.

POPIA PISANG COKLAT RANGUP SEMUDAH 3 BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

POPIA PISANG COKLAT RANGUP SEMUDAH 3 BAHAN  Hari ni CCL nak share dengan korang satu resepi yang sememangnya mudah dan sangat sedap . Boleh dijadikan juadah untuk berbuka, menu sarapan pagi mahupun menu petang hari . 

Pernah makan popia dalamnya berintikan pisang dan coklat ? Hah jarangkan orang jual digerai-gerai . Kalau teringin nak makan , bahan serta cara penyediaannya cukup ringkas . 


RESEPI , RESEPI MUDAH, POPIA, POPIA PISANG, POPIA PISANG COKLAT, POPIA PISANG C9KLAT RANGUP, POPIA PISANG SALUT COKLAT, POPIA PISANG NUTELLA,


BAHAN-BAHAN POPIA PISANG COKLAT RANGUP 

  1. Kulit popia
  2. Pisang
  3. Nuttela / coklat bar cadbury
  4. Minyak


CARA PENYEDIAAN POPIA PISANG COKLAT RANGUP 

RESEPI , RESEPI MUDAH, POPIA, POPIA PISANG, POPIA PISANG COKLAT, POPIA PISANG C9KLAT RANGUP, POPIA PISANG SALUT COKLAT, POPIA PISANG NUTELLA,


1. Sediakan beberapa keping kulit popia.CCL  gunakan dua keping kulit popia dalam setiap gulungan . 

2. Sapukan nutella atas permukaan kulit popia dan letakkan pisang yang telah dipotong .

3. Nak lagi sedap korang boleh letakkan coklat bar cadbury, nanti bila dh siap goreng  coklat bar tersebut akan cair dalam mulut timr korang makan . 

4. Gulungkan popia dan gamkan hujungnya bersama bancuhan tepung jagung supaya kulit popia betul-betul melekat . 

5. Biarkan sebentar dalam beberapa minit, barulah digoreng dalam minyak yang penuh dan api yang sederhana . Goreng balik-balikkan dan siap dihidang .


" PROGRAM MAGGI® BUBUR LAMBUK " LANGKAH SETERUSNYA DALAM " PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19 "


Assalamualaikum dan salam sejahtera


INFO , KOLABORASI,PROGRM MAGGIE, PROGRAM NESTLE, PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19


" PROGRAM MAGGI® BUBUR LAMBUK " LANGKAH SETERUSNYA DALAM " PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19 " Pihak MAGGI dan Nestle Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik . Berbekalkan semangat Ramadan, MAGGI® menyediakan makanan untuk lebih 120,000 rakyat Malaysia sepanjang bulan puasa. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM15 juta Nestlé Malaysia dalam usaha membantu memerangi wabak Covid-19 di bawah inisiatif Nestlé Cares selaras dengan komitmen Syarikat untuk menyokong rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.


 INFO , KOLABORASI,PROGRM MAGGIE, PROGRAM NESTLE, PROGRAM BANTUAN NESTLE CARES COVID-19



Sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan MAGGI® sejak bertahun-tahun lamanya untuk mengagihkan makanan tradisional MAGGI® bubur lambuk kepada orang ramai untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Tahun ini, lebih 120,000 mangkuk MAGGI® bubur lambuk diagihkan bersama 20,000 Pek Makanan dan Minuman Nestlé kepada keluarga B40 dan para pelajar, masyarakat kurang bernasib baik yang meliputi rumah-rumah kebajikan dan rumah anak yatim, petugas penjagaan kesihatan serta petugas barisan hadapan yang lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera yang memainkan peranan penting dalam perjuangan negara kita menentang pandemik.


Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Kami bertuah kerana dapat meneruskan usaha kami untuk mengagihkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia. Walaupun ini adalah inisiatif tahunan MAGGI® yang diadakan sepanjang bulan puasa, tetapi tahun ini dilihat lebih penting bagi kami untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan, dan juga menunjukkan penghargaan kami kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras pada masa sukar sekarang.”




Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad Encik Juan Aranols menambah, “Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong masyarakat yang memerlukan sebagai sebahagian daripada program bantuan Nestlé Cares Covid-19 kami.Sesungguhnya ini sangat bermakna bagi kami. Ramadan merupakan masa untuk menunjukkan belas kasihan dan bersedekah. Kami berharap usaha dari MAGGI ini akan memberi perbezaan positif bagi banyak pihak, begitu juga inisiatif lain dalam persiapan di bawah jenama kami yang berbeza. Semuanya akan terus mencerminkan matlamat Nestle untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, serta komitmen khusus kami untuk menyokong keluarga Malaysia di saat-saat memerlukan ini.”

Bagi mencerminkan matlamat Kumpulan untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, Nestlé terus komited dalam memainkan peranannya untuk membantu rakyat Malaysia menempuhi masa-masa yang sukar ini melalui inisiatifnya yang pelbagai.

TIPS MUDAH KETIKA MENGORENG MASALODEH / KUIH VADEY AGAR TIDAK HANCUR


Assalamualaikum dan salam sejahtera

TIPS MUDAH KETIKA MENGORENG MASALODEH / KUIH VADEY AGAR TIDAK HANCUR Masalodeh atau dikenali sebagai kuih vadey ni merupakan salah satu makanan tradisi india . Dah lama teri2ndin nak makan . So ada masa lapang kat umah, memandangkan bahan pun ada so better buat sendiri . Percubaan pertama buat masalodeh ni alhamdulillah menjadi walaupun diawalnya takut jugak . Takut adunan hancur lebur time mengoreng , tapi alhanmdulillah CCL berjaya buat tanpa hancur lebur .



RESEPI, TIPS MEMASAK, TIPS MENGORENG MASALODEH AGAR TIDAK HANCUR, TIPS MENGORENG MASALODEH, TIPS MENGORENG KUIH VADEY, MASALODEH RANGUP, KUIH VADEY RANGUP, RESEPI MUDAH MASALODEH, RESEPI MUDAH KUIH VADEY


Tips agar masalodeh / kuih vadey tidak hancur lebur


  • Adunan kacang dhal harus dimesin halus.
  • Adunan yang telah dikisar tidak boleh terlalu kering
  • Goreng dalam minyak yang penuh dan  betul - betul panas .

Bahan - bahan untuk membuat masalodeh rangup dan sedap 



  • Kacang dhal
  • Jintan manis
  • Bawang merah
  • Daun kari
  • Garam
  • Cili kering 
  • Minyak

Cara membuat masalodeh / kuih vadey



1. Rendam kacang dhal semalaman




2. Cili kering, bawang merah dan daun kari dimayang harus ikut kuantiti kacang dhal.




3. Kacang dhal yang sudah disejat air lalu dimesin halus dan dicampurkan ke dalam ramuan yang sudah disediakan.




4. Gaul rata, dan tambahkan sedikit garam .pastikan purata kacang dhal yang dimesin halus haruslah banyak dari kacang dhal yang dikisar kasar.




5. Bulatkan dan leperkan doh.jangan terlalu nipis agar tidak keras semasa goreng.




6. Panaskan minyak , dan masukan perlahan-lahan masalodeh ke dalam kuali dengan api yang sederhana . Alih-alihkan masalodeh dan siap untuk dimakan.



TIPS MUDAH MEMBUAT ROTI JALA MENGGUNAKAN BOTOL MINERAL SEBAGAI ACUAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera



RESEPI , TIPS MASAKKAN, TIPS MEMBUAT ROTI JALA TANPA ACUAN, DIY BOTOL MINERAL SEBAGAI ACUAN ROTI JALA, CARA MEMBUAT ROTI JALA, CARA LIPAT ROTI JALA, RESEPI ROTI JALA


TIPS MUDAH MEMBUAT ROTI JALA MENGGUNAKAN BOTOL MINERAL SEBAGAI ACUAN tengok bahan-bahan nak buat roti jala ni mudah, teringin pulak nak try buat tapi masalahnya acuan untuk roti jala tak ada pulak di dapur ni . Tapi korang jangan risau , tanpa acuan roti jala pun korang boleh juga membuat roti jala ni . Macam mana ? Hah meh nak kongsi ..


Diy botol mineral water sebagai acuan roti jala


RESEPI , TIPS MASAKKAN, TIPS MEMBUAT ROTI JALA TANPA ACUAN, DIY BOTOL MINERAL SEBAGAI ACUAN ROTI JALA, CARA MEMBUAT ROTI JALA, CARA LIPAT ROTI JALA, RESEPI ROTI JALA

Sediakan satu botol mineral dan tebukkan 2 lubang pada penutup botol air .


Bahan-bahan membuat roti jala

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1sb minyak
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning

Cara mudah membuat roti jala .

1. Blendkan semua bahan- bahan tersebut .
2. Panaskan kuali dan sapukan sedikit sahaja minyak pada kuali.
3 . Kiraikan roti jala atas kuali yang panas .


4. Biarkan dalam kuali selama 1minit or 2 minit dah boleh diangkat dan boleh lipat gulungkan . 

5. Siap !  Boleh dicicah bersama kari ayam ataupun sardin .







RM800 DUIT RAYA UNTUK DIMENANGI 10 PEMENANG DALAM CONTEST "MASAK APA TU ? "


Assalamualaikum dan salam sejahtera


RM800 DUIT RAYA UNTUK DIMENANGI 10 PEMENANG DALAM CONTEST "MASAK APA TU ? " Memandangkan musim PKP ni ada sesetengah orang yang pendapatannya sedikit berkurangan tidak seperti sedia kala . Alangkah gembiranya kalau dapat duit raya bukan RM50 , bukan RM100 tapi RM800  .wahh banyak bukan , kalau dapat boleh buat belanja dapur dan belanja family kan . 

So korang para suri rumah, isteri-isteri dan wanita serta tidak ketinggalan jugak sesiapa sahaja yang gemarkan memasak dan mencuba sesuatu resepi yang kreatif dia luar jangkaan . Hahh CCL, nak bawa korang join satu contest ni. Mana tahu rezeki korang untuk menang RM800 kan .Alangkah gembiranya dihati ..

Contest kali ni dibawa khas dari Yakult Malaysia yang diberi nama "Masak Apa Tu "


Syarat - syarat untuk join contest "Masak Apa Tu"


CONTEST, CONTEST MENANG DUIT RAYA, MENANG DUIT RAYA DARI YAKULT MALAYSIA, RESEPI DARI PRODUK YAKULT, MENU BERASASKAN PRODUK YAKULT, YAKULT MALAYSIA, CONTEST MASAK APA TU, MASAK APA TU,


  • Tangkap gambar / video hasil masakan korang ( kalau korang gunakan produk Yakult dalam masakan lagi bagus, peluang tinggi untuk menang )
  • Muat naik gambar / video masakan korang ke laman sosial media di Instagram / Facebook dengan penggunaan hashtag #YakultMasakApaTu
  • Pastikan akaun laman sosial media korang public 

Mudah bukan syarat-syaratnya . Peluang besar untuk korang menang RM800 jika korang gunakan produk Yakult dalam menu masakan tersebut.

Yakult mencari 10 pemenang untuk memenangi RM800 Duit raya . Ayuh join .
Dah ada idea ke nak masak apa tu ? 

Oh lupa nak bagi tahu . Tarikh akhir contest ini akan berakhir pada 30 Mei 2020 . 

Maklumat lanjut : KLIK SINI

CARA MUDAH AKTIF DEBIT CARD CIMB UNTUK ONLINE PURCHASE


Assalamualaikum dan salam sejahtera



INFO, CIMB , CMB CLICKS, MASALAH CIMB CLICKS, DEBIT CARD CIMB CLICKS,CARA AKTIF DEBIT CARD CIMB CLICKS, CARA AKTIF DEBIT CARD UNTUK PEMBELIAN ONLINE, DEBIT CARD DISABLE FOR ONLINE PURCHASE, DEBIT CARD CIMB CLICKS ENABLE FOR ONLINE PURCHASE, CARA PEMBELIAN ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT CARD



CARA MUDAH AKTIF DEBIT CARD CIMB UNTUK ONLINE PURCHASE  Zaman sekarang ini semuanya dihujung jari , nak beli barang , nak bayar bill, dan macam-macam lagi segalanya dihujung jari . Mudah bukan ? Tapi mak sure debit card korang ada duit yang mencukupi , aktif tanpa sebarang masalah barulah semua urusan berjalan dengan lancar sekaligus menjimatlan masa korang . 


Tetapi kalau debit card korang buat hal itu satu masalah jugak, semua kerja terpaksa ditangguhkan . So hari ni CCL nak tanya korang pernah tak debit card korang jadi deactive ? walhal debit card tue sentiasa korng guna untuk sebarang transaksi pembayaran mahupun pembelian online


Dua hari lepas, debit card CCL problem untuk pembelian online . Pada hari yang sama jugak CCL guna debit card cimb bank untuk transaksi pembayaran, settle semua bayaran bill yang ada , barulah jari-jari CCL godek-godek apps shopee untuk membuat transaksi pembelian online menggunalan debit card yang sama . 


Eh tiba-tiba shopee cakap "ops bayaran gagal " . Eh tiba-tiba gagal . Oklah try buka akaun CIMB Click untuk check baki yang ada dalam akaun mana tahu tidak mencukupi dari jumlah yang nak di online purchase tu . .ok dah betul-betul confirm amaun yang ada dalm akaun lebih dari mencukupi . Oklah CCL try submit payment untuk barang tu sekali lagi. Lagi sekali "ops bayaran gagal " halamak dah kenapa ni !!
Dan tiba-tiba terima SMS dari CIMB macam yang tertera kat bawah ni .


INFO, CIMB , CMB CLICKS, MASALAH CIMB CLICKS, DEBIT CARD CIMB CLICKS,CARA AKTIF DEBIT CARD CIMB CLICKS, CARA AKTIF DEBIT CARD UNTUK PEMBELIAN ONLINE, DEBIT CARD DISABLE FOR ONLINE PURCHASE, DEBIT CARD CIMB CLICKS ENABLE FOR ONLINE PURCHASE, CARA PEMBELIAN ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT CARD


Ok CCL ikut je arahan seperti yang diarahkan dalam SMS tu . Banyak kali jugak try tapi no respone dari pihal CIMB . Ok husnudzon mungkin ambil sedikit masa untuk solvekan . Hari berikutnya try submit payment tapi gagal jugal then sekali lagi terima SMS yang sama . Geram jugak padahal dah ikut step yang disampaikan berulang kali tapi no respone .




So macam mana CCL settlekan masalah debit card CIMB untuk online purchase ni ?
Cara paling mudah dan korang tak payah tertunggu- tunggu .Call CIMB +60362047788 dan bercakap dengan pegawai perbankan, cakap je korang ada masalah Debit Card untuk pembelian online tidak aktif . So nak minta aktifkan . Tapi korang kena siap sedia dengan soalan-soalan yang pegawai perbankan akan tanya . 


Antara soalan-soalan yang pegawai perbankan tanya kepada CCL adalah 

  • Bagitahu number ic
  • Adakah akaun ini akaun persendirian ataupun kongsi dengan sesiapa
  • Baki jumlah yang ada dalam akaun bank korang
  • Tarikh transaksi terakhir serta jumlah transaksi terakhif yang korang buat .

Hahh ! Dengan menjawap 4 soalan ni.  korang just tunggu dalam 10 ke 15 minit . Ok done .pegawai perbankan dah settle masalah tersebut , dan debit card dah terus aktif untuk pembelian online  tanpa tunggu lama-lama . 


So korang diluar sana yang ada problem yang sama macam CCL just terus call +60362047788 . Mudah dan cepat . 


APA YANG MENARIK JUADAH BERBUKA PUASA DI IKEA SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI SEHINGGA 23 MEI 2020 ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera



BUNGKUSUIT, APP BUNGKUSUIT, CARA ORDER MAKANAN MELALUI APPS BUNGKUSIT, JOM BERBUKA PUASA BERSAMA IKEA, MENU RAMADHAN DI IKEA, JUADAH ISTIMEWA DI IKEA SEMPENA BULAN RAMADHAN

APA YANG MENARIK JUADAH BERBUKA PUASA DI IKEA SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI SEHINGGA 23 MEI 2020 ? Berbuka puasa dengan IKEA pada bulan Ramadan ini Menu baru merangkumi rasa kegemaran Malaysia yang menenangkan. Sudah tiba masanya untuk korang menikmati makanan kegemaran tempatan sambil memuaskan keinginan bakso kerana IKEA Malaysia telah melancarkan menu Ramadan barunya.

APP BUNGKUSUIT, BELI BELAH DI IKEA, BUNGKUSUIT, CARA ORDER MAKANAN MELALUI APPS BUNGKUSIT, IKEA, JOM BERBUKA PUASA BERSAMA IKEA, JUADAH ISTIMEWA DI IKEA SEMPENA BULAN RAMADHAN, MENU RAMADHAN DI IKEA,

APP BUNGKUSUIT, BELI BELAH DI IKEA, BUNGKUSUIT, CARA ORDER MAKANAN MELALUI APPS BUNGKUSIT, IKEA, JOM BERBUKA PUASA BERSAMA IKEA, JUADAH ISTIMEWA DI IKEA SEMPENA BULAN RAMADHAN, MENU RAMADHAN DI IKEA,




Korang nak tahu apa menu yang IKEA tampilkan dalam Ramadhan kali ni .. Hah korang boleh menikmati juadah Murtabak, Satay Ayam dan Kuah Kacang, Roti Jala, Pulut Panggang, pelbagai kuih dan biskut yang menyedapkan. 


menu Ramadan IKEA baru tersedia dari sekarang hingga 23 Mei 2020. Diatur untuk mendekatkan keluarga dan rakan-rakan, pelanggan boleh memilih untuk makan di kedai IKEA, makanan atau makanan dihantar ke depan pintu mereka melalui Bungkusit. Untuk mengetahui cara- cara order makanan melalui app Bungkusit boleh terjah Entri ini

Untuk terus mengetahui mengenai tawaran makanan yang lazat dan penambahan baru pada menu IKEA, kunjungi Restoran IKEA. Semua Restoran IKEA tetap dibuka untuk dibawa pulang dan penghantaran sementara sajian di kedai boleh didapati di IKEA Cheras dan IKEA Tebrau.

Korang boleh kunjungi kedai IKEA.my untuk maklumat terkini mengenai waktu operasi dan ketersediaan tempat makan di kedai untuk semua kedai IKEA. Walaupun ramai yang terus tinggal di rumah dan selamat, pelanggan boleh terus membeli-belah dalam talian di IKEA.my untuk semua keperluan mereka untuk perayaan Hari Raya yang akan datang. Perkhidmatan penghantaran dan pemasangan tanpa sentuhan kini tersedia dari keselesaan kediaman anda.