Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa itu Bungkusit !
Bungkusit is malaysian fastest on-demand services food and parcel within 1 Hour . Yang mana rider-rider Bungkusit boleh membeli makanan, hantar parcel , hantar sebarang dokumen, boleh tolong membeli barangan di pasar, hantar barang dan lain-lain lagi .
Apa yang best tentang Bungkusit ini
Bestnya adalah Bungkusit ini beroperasi selama 24 jam.roperasi . So kalau korang lapar pagi-pagi buta. Bungkusit boleh belikan!
And its more flexible app. Hurry up!.
Macam mana dengan harga yang Bungkusit tetapkan ?
Harga mengikut jarak dari pickup ke tempat korang (drop off) memang berbaloi kalau korang gunakan bungkusit ni . Dan juga ada discount tau. Hanya perlu muat turun app bungkusIt!
Cara untuk order makanan anda di IKEA secara “take away” menggunakan bungkusit
1. Muat-turun aplikasi bungkusit
2. Pilih “What do you need to deliver > Food”
3. Pilih “Click here to order now”
4. Di bahagian Food Store Location/Pick Up Location, masukkan alamat “IKEA”
5. Tekan “ADD”
6. Drop Off Location, masukkan nama anda & alamat lengkap rumah anda
7. Masukkan setiap satu “Food Name” & “Quantity” makanan anda.
8. Submit!
Takeaway di IKEA Restaurants bermula dari 10am sehingga 5pm setiap hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI ONDE-ONDE BUAH MELAKA
Sejak- sejak bulan puasa dan musim PKP ni , ada masa spend time kat rumah so kita try resepi-resepi . Satu hari satu kuih .Bila semangat nak membuat itu ada dan akhirnya semua resepi yang di cuba menjadi , rasa wahh seronok sangat-sangat.
Hari ni try satu resepi kuih "onde-onde buah melaka" . Kuih ni cair di dalam mulut sebab apa ? Hahh sebabnyaa kuih ini kalau time mengunyah memang isinya gula merah akan melimpah cair ke dalam mulut.time makan tak boleh gigit cikit-cikit, memang campak je seketul dalam mulut
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT ONDE-ONDE BUAH MELAKA
- 1 cawan tepung pulut
- 2sb tepung beras
- Daun pandan (dikisar untuk ambil pati pandan )
- Pewarna pandan (kalau nak warna nampak cun)
- Gula melaka
- Air
- Garam
- Kelapa parut
1. Kukus kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam untuk tambah rasa lemaknya.
2. Kisarkan beberapa helai daun pandan , tambahkan sedikit air dan,pewarna pandan .tapiskan untuk ambil pati pandan sahaja.
3. Campurkan tepung pulut dan tepung beras dalam satu bekas untuk diuli.
4.masukkan pati pandan yang siap dikisar dan ditapis tadi ke dalam tepung.masukkan sikit demi sedikit dan teruskan uli tepung tersebut sehingga tepung menjadi doh yang tidak terlalu lembik.
5. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih untuk proses merebus buah melaka.
6. Potongkan gula melaka kecil-kecil untuk dijadikkan inti dalam buah melaka.
7. Tarik sedikit doh tadi dan uli bulat-bulat dan leperkan atas tapak tangan .Letakan gula melaka yang sudah dipotong dadu ditengah-tengah lalu uli semula sehingga membentuk membulat.
8. Onde-onde buah melaka yang sudah siap dimasukkan gula melaka boleh ditebus ke dalam air yang siap mendidih, rebus onde-onde buah melaka sehingga masak dan terapung ke atas .
9. Boleh angkat onde-onde buah melaka yang terapung, masukkan ke dalam kelapa parut dan salutkan semua bahagian .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI KEK COKLAT KUKUS YANG SANGAT-SANGAT MOIST Ini kali kedua percubaan membuat kek menjadi dengan jayanya. Dulu pernah sekali buat kek tapi tak terlalu berjaya . Frust dan rasa rugi bahan walaupun sudah ikut resepi yang ditetapkan sebijik-sebijik .
But percubaan kali kedua setelah lama tak buat kek akhirnya menjadi jugak . Alhamdulillah . Dapat makan sebijik kek moist yang memang begitu moist .
Sapa yang suka kek coklat moist boleh follow resepi di bawah
Bahan A
Blend semua Bahan A dalam 3 minit makesure semua sebati
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Gula
1 Cawan Minyak
3 Biji Telur
1 ¼ Cawan Tepung Gandum ( Ayak )
1/2 Sudu Besar Baking Powder
1/2 Sudu Besar Soda Bikarbonat
Cara- cara membuat kek coklat kukus
1.Gaul Bahan A & Bahan B sehingga sebati
2.Gaul adunan sehingga sebati, tapiskan adunan tersebut sebelum masukkan ke dalam loyang agar tidak ada ketulan tepung yang tersesat.
3Masukkan dalam loyang ( Boleh letak marjerin/Planta keliling loyang supaya tak melekat ) dan Kukus 45 Minit dengan Api yang Sederhana
Bahan untuk membuat Topping Coklat
4 Sudu Besar Marjerin/Planta/Minyak
7 Sudu Besar Susu Pekat
8 Sudu Besar Susu Cair
Cara-cara membuat topping coklat
1. Satukan semua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati.
2. Didihkan bahan tadi di atas dapur dengan api yang perlahan sehingga semua bahan larut
Kek yang telah siap dikukus selama 45minit, disejukkan sebentar dan dicurahkan topping coklat di atas kek .Taburkan sedikit badam hancur dan siap untuk di makan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
FORMULASI HEBAT "LUMINOUS LUSH MOIST " LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC Lipstik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ia merupakan salah satu kosmetik yang paling banyak disukai oleh wanita termasuk juga CCL. korang jugak mesti tahu lipstik ni tersedia dalam pelbagai jenis warna yang boleh disesuaikan dengan warna bibir , harganya pun lebih murah jika dibandingkan dengan produk kosmetik yang lain.
Sekarang ni banyak lambakan pilihan lipstik yang ditawarkan oleh brand-brand kosmetik lokal atau pun antarabangsa. Tapi yang sering menjadi masalah ketika pakai lipstik adalah tak tahan lama. lipstik jenis ini mudah hilang, apalagi setelah makan, perkara tersebut turut menjadi masalah pada CCL sebagai pemakai lipstik .
So hari ni CCL nak memperkenalkan satu lipstik yang membuatkan CCL jatuh hati pada lipstik tersebut
LIPMATTE TAHAN LAMA DARI HAUS COSMETIC
Tampil bergaya dengan lip matte keluaran Haus Cosmetic dengan 12 pilihan warna moden .Disebabkan peka dengan kehendak ramai gegadis manis yang sukakan lipmatte, Haus Cosmetic pun tidak ketinggalan jugak untuk ikut trend ini.So Muncul la lipmatte yang teksturnya creamy yang dlmenghasilkan formulasi "Luminous Lush Moist "
FUNGSI UTAMA "LUMINOUS LUSH MOIST LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC
KELEBIHAN UTAMA LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC
- Mempunyai testur yang ringan dan lembut
- Anti rekahan pada bibir
- Anti gelap pada kawasan bibir
- Tak mengeringkan kawasan bibir
- Bebas comot dan senang dioleskan pada bibir
- Selamat digunakan tanpa mengandungi bahan kimia
- Mempunyai tekstur warna yang lebih pekat yang dapat menutupi bahagian bibir dengan satu sapuan ke bibir sahaja
5 BAHAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM LIPMATTE HAUS COSMETIC
12 WARNA YANG MENAWAN DARI LIPSTIK HAUS COSMETIC
Lipmatte dari Haus Cosmetic ini didatangkan dalam 12 warna yang menarik. Warna-warni ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan tidak kira sama ada anda berkulit cerah mahupun gelap.. Kebiasaannya mereka yang berkulit gelap memang susah untuk memilih warna lipstik. Tapi jangan bimbang, dengan 12 warna menawan ini, semua tona kulit sesuai dipadankan.
Nak tahu kehebatan Lipmatte creamy dari Haus Cosmetic ni kenalah cuba sendiri. Korang pasti tak menyesal !
Untuk pembelian terus hubungi mereka.
Website : HAUS COSMETIC
Asalamualaikum dan salam sejahtera
SEGMEN PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE
Klik banner untuk join
Syarat-syarat segmen ini adalah seperti berikut:
1. Buat satu entri/blog post bertajuk 'Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie'.
2. Follow blog Abam Kie. Jika dah lama follow atau add, abaikan saja.
3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja.
4. Letakkan URL blog Abam Kie i.e. www.zukidin.com di dalam blog list
5. Siap semua, publish entri anda.
TEMPOH PENYERTAAN: 17 APRIL hingga 10 MEI 2020
Assalamualaikum
RESEPI : KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN Ada tak kat sini pengemar karipap ? Sini CCL nak share satu resepi mudah untuk pengemar-pengemar karipap. Actually CCL tak da pandai masak sangat, pernah satu ketika dulu try buat karipap ni. Dah try uli-uli doh karipap. Cantik kejadian karipap bila siap goreng alahai keras macam batu . Mungkin portion tepung tak kena gaya so tak menjadi lah karipap .
And now hari ni CCL tunjuk kat korang semua resepi yang paling-paling mudah.tak perlu main dengan tepung. Kali ni buat karipap pakai roti gardenia . Lagi senang sangat takda ambil masa yang la . Jangan tak percaya dengan hanya roti gardenia ni pun korang dah dapat makan karipap
BAHAN-BAHAN
- sardin
- Minyak
- Bawang
- Cili padi
- Roti gardenia
- Kepingan cheese
CARA-CARA
1. Panaskan minyak, masukkan,bawang merah yang dicincang halus, masukkan sardin dan masukkan cili padi. Didihkan seketika dan boleh masukkan dalam bekas dan hancurkan sardin tersebut seperti dalam gambar korang boleh menggunakan sudu ataupun garpu.
2. Roti gardenia tersebut korang wajib giling sehingga nipis macam dalam gambar yer . Takutnya nanti bila korang goreng dalam minyak yang panas takda la dia serap minyak . Make sure giling roti sehingga nipis .
3. Untuk kepilkan karipap korang boleh cuba tekapkan dengan cawan tak pun guna kepil acuan karipap . CCL hanya gunakan acuan karipap untuk kepilkan.
Letakkan roti gardenia yang siap digiling, letak cheese dan sedikit inti sardin.
4. Karipap yang sudah disiap kepilkan. Make sure korang jangan letak inti melebihi had , takut-takut nanti terbuka yer .
5. Panaskan minyak dalam kualli dan masukkan karipap,goreng karipap tidak perlu lama cuma alih-alih biar garing dah boleh angkat. Jangan sampai hangit yer
6.karipap yang dah siap digoreng .tak da serap minyak kalau korang betul-betul nipiskan roti gardenia tersebut.
Selamat mencuba.