video dan gambar kemalangan maut di federal highway


VIDEO DAN GAMBAR KEMALANGAN NGERI DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN 21 ARPIL 2013 | Tragedi 21 april 2013 / 4.50 a.m / Lebuhraya perseketuan batu 3 / shah alam

Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal dibina di Malaysia. Lebih kurang jam 4 pagi tadi (21 April 2013), telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan lebih daripada 12 orang. Menurut maklumat yang diterima, 7 maut dan selebihnya cedera (maklumat tidak rasmi).

Kemalangan ini melibatkan 5 motosikal dan 2 biji kereta. Kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan ngeri kerana mayat kelihatan bergelimpangan di atas jalan dan ada antaranya yang putus tangan, putus kaki dan terputus dua. Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi highway ini secara berkumpulan.

TONTON VIDEO KEMALANGAN MAUT PADA 21 APRIL DI FEDERAL HAGHWAY DI BAWAH.















Kredit gambar : Que Yahya II

Cara Mohon Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia


Cara Mohon Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) | Berita baik buat semua kakitangan awam di Malaysia dimana anda kini mampu memiliki rumah di kawasan bandar dengaa program PPA1M.

Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) | www.ppj.gov.my ini adalah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan sedia ada bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Pemilihan pembeli adalah melalui kaedah cabutan secara undian bagi mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan sebagaimana yang dilakukan melalui PR1MA. Pembeli juga dikenakan moratorium yakni tidak dibenarkan untuk memindah milik atau menjual rumah yang dibeli dalam tempoh sepuluh tahun tanpa kebenaran kerajaan.

Baca Juga : Cara Memohon Skim Rumah Pertama

PPA1M diletakkan di bawah Perbadanan Putrajaya yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan 5,097 unit rumah manakala 5,239 lagi di bawah tanggungjawab Putrajaya Holdings. Bagi urusan merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara rumah, ia akan diselaraskan oleh Perbadanan Putrajaya.

Syarat Kelayakan Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000
  • Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan
  • Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya
  • Tidak diisytiharkan muflis 

Ciri-ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Cara mohon Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Borang online Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), PPA1M, syarat kelayakan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), duit pendahuluan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M),ciri rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)



Bagi mereka yang layak memohon boleh lah klik pautan borang PPA1M  seperti dibawah.


&


Tarikh tutup adalah pada 9 Mei 2013 bagi Fasa Pertama. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Perbadanan Putrajaya atau melalui talian 1MOCC di 03-8000-8000



Sumber -

Herman Tino Bertanding Calon Bebas Di Parlimen Tanjung Karang




Penyanyi 80-an, Herman Tino bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tanjung Karang, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.


Calon BN pada parlimen itu ialah Datuk Seri Noh Omar.

Yang pasti anak jati Tanjung Karang yang terkenal dengan lagu dangdut dan lagu jawa Ojo Kesandung itu, menambahkan lagi ‘koleksi’ penyanyi yang masuk bertanding dalam PRU-13 selepas Aishah dan Dayangku Intan.

Pada November 1989, Herman pernah mencetuskan kontroversi apabila dia mengambil keputusan berjalan kaki dari Rawang ke Ipoh, Perak untuk majlis pelancaran albumnya, Apa Dosaku sebagai suatu protes peribadinya terhadap keadaan semasa yang berlaku ketika itu.

Satu fakta yang mungkin juga satu kebetulan, Herman dan Aishah pernah bersama-sama berduet dalam sebuah album.

“Saya rasa ada roh yang baik di sebalik nama Herman Tino. Saya yakin Tuhan restu saya menggunakan nama itu biarpun nama sebenar saya ialah Masrun Tamsi.

“H itu ialah Hasiah iaitu nama emak saya, ER (Erham adik emak saya), MAN (nama cikgu nyanyian saya, AJ Ajman). T ialah Tamsi nama bapa saya, NO (Yusno iaitu anak sulung saya),” katanya dalam satu temubual tidak lama dulu.

-Mynewshub

Keputusan terkini T-Team vs Perak Liga Super 20 April 2013


Keputusan terkini T-Team vs Perak Liga Super 20 April 2013 - Perlawanan lain yang turut membabitkan pusingan kedua saingan Liga Super ialah pertemuan antara T-Team menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Perlawanan ini sedang berlangsung sekarang dengan belum ada jaringan dihasilkan. Berikut ialah keputusan terkini T-Team vs Perak Liga Super 20 April 2013. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.

T-Team (2) - (0) Perak (HT)

Keputusan terkini Felda United vs Terengganu Liga Super 20 April 2013


Keputusan terkini Felda United vs Terengganu Liga Super 20 April 2013 - Perlawanan Felda United menentang Terengganu bagi saingan Liga Super pusingan kedua sedang berlangsung ketika ini di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya. Jangan lupa saksikannya di saluran yang berkaitan. Berikut ialah keputusan terkini Felda United vs Terengganu Liga Super 20 April 2013. Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah.

Felda United (0) - (1) Terengganu (HT)

Pelajar Wanita Persenda Solat Di Buang Sekolah




ada lagi pelajar kena buang sekolah. . 
alahai,,apa yang berlaku sekarang nieyh. . 
baru aje digemparkan dengan kes kejadian buli..yang berlaku. . 
sekarang dengar lagi kes pelajar kena buang sekolah. . 
kali nieyh bukan di malaysia taw. . 
tapi di indonesia. . 

nak tahu kenapa pelajar tersebut kena buang sekolah..
sebabnya mereka mempersendakan solat..
solat pown boleyh dibuat main-main ke?
ishh-ishh apa nak jadi kepada pelajar serang nieyh...

semoga kes nieyh dapat memberi pengajaran
kepada pelajar-pelajar lain



Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night.

Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit.




Diharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia 

APA ITU TABALOI ? ?



tabaloi , , eh apa tue ?
korang tahu x tabaloi tue apa ?
yana first time dengar taw. . 

ok yang mana tinggal kt sarawak tue memang confirm diorang 
tahu apa itu tabaloi ?
makan ker ? mainan ker ?



ok..sebenarnya tabaloi nieyh sejenis makanan.
gambar kat atas tue lha tabaloi. . 

hari tue kakak yana pergi sarawak
dye ada beli 2 kotak tabaloi..
satu perisa coklat dan satu lagi perisa stawberi..

yana first time makan tabaloi nieyh..
tabaloi nieyh macam snek sagu. . 
rangup mudah patah taw,,sebab dya nipis.

yana ada godek-godek google untuk
tahu pasal tabaloi nieyh..
rupanya tabaloi nieyh
snek sagu makanan tradisi kaum melanau 
masyarakat sarawak..

nak tahu cara-cara nak buat tabaloi
jom klik sini


resepi tabaloi







Bahan-bahan:
2biji telur
700 gm tepung sagu
1 kilo kelapa parut (yg dibuang kulit ari)
500 gm gula
40 gm tepung kunyit (pewarna)

Pukul telur dan gula hingga kembang dan hancur. Masukkan nyiur, tepung sagu, tepung kunyit dan gaul rata dan sebati. Canai adunan diatas daun pisang nipis.

Bakar kali pertama:
bakar selama 4 - 5 minit dengan suhu 350 celcius (separuh masak) 

keluarkan dan potong ikut saiz yg digemari.
Bakar kali kedua:
bakar selama 15 minit dengan suhu 180 celcius (kalau belum 15 min dah masak, keluarkan saja dr oven)

kakakku pergi holiday




waahh..untung kaka yana dapat pergi holiday
kat sarawak,,selama empat hari pulak teu..
jelez bha,,,hehehe

ok. . minggu lepas ny sis ada pergi sarawak..
bos dye bgi holiday empat hari..
bukan dye sorang aje,,3 orang bos dye bawa, , 
hasil sales kedai diorang melebihi target
untuk tahun lepas..
so bos diorang berbesar hati menaja diorang pe g bercuti kt sarawak.tiet fly semuanya ditanggung oleyh bos mereka,just
makan minum jew kita guna dwet poket sendiri.
wah best2. . 

sepanjang my sis kat serawak macam-macam dye citer kt sana
maklum lha yana belum pernah sampai sana lagi,,
hajat untuk bertemu warga sarawak entah bila 
akan sampai kan..
hehe.....mcm2 my sis
citer yana hnya mmpu mndengar. . 

so , ny sis da balik,,nk thu dye bli ape..
wah borong sakan my sis kat sana kn..













dan banyak lagi,,

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2




"Akhirnya Dapur Masterchef Selebriti Malaysia 2 berasap kembali! 19 selebriti terhangat di Malaysia bakal berentap di gelanggang dapur yang penuh drama. Sajian terhangat dan paling glamor akan tersedia untuk santapan anda semua!"

Rancangan masakan realiti yang telah menobatkan Dr. Fazley sebagai juara pada musim yang pertama kini semakin mendapat sambutan yang hebat. Setelah tercetusnya pelbagai konflik dan kontroversi dari rancangan yang melibatkan lebih dari 14 orang artis pada musim yang pertama, tahun lalu.

Kini Saluran Hiburan Melayu Utama Malasyia, Astro Ria terus komited untuk membawakan rancangan  hiburan yang mampu memberikan kepuasan kepada setiap pelanggannya. Rancangan yang mampu memenuhi selera dan kehendak segenap lapisan masyarakat ini terus membawakan lebih ramai pilihan selebriti dengan pelbagai kerenah dan cerita yang tersendiri. Rancangan MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua ini bakal menemui penonton pada setiap hari Sabtu hingga Selasa pada jam 9 malam bermula 20 April 2013 di saluran 104.




Musim kedua ini akan membariskan selebriti-selebriti terkenal seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Sharifah Shahora, Syanie Hisham, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Micheal Ang, Norish Karman, Radhi OAG, Sathiya, Kenchana Devi, Celina Khor, Afiq Muiz, Cat Farish, Yassin Yahya, Aliza Abdullah (Enot), Sabhi Sadhi, Lydiawati, Keroz Nazri, dan Syura.

Masing-masing telah pun ditugaskan untuk bersaing demi mengumpul dana buat badan kebajikan yang mereka wakili. Konsepnya masih sama dengan musim yang pertama di mana, setiap peserta yang tewas di peringkat penyingkiran akan menyumbangkan wang yang telah terkumpul ke badan kebajikan yang mereka wakili. Pertarungan mental dan fizikal ketika menghadapi cabaran ketika di dapur selain dari percubaan untuk menonjolkan bakat dan kebolehan di dalam bidang masakan adalah gelagat yang bakal kita saksikan untuk musim yang kedua ini.

Rancangan ini digunakan sebagai platform untuk terus berhibur dan beramal di samping dapat meringakan beban badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Masih mengekalkan Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu sebagai pengkritik dan juri tetap, rancangan yang akan bersiaran selama 10 minggu ini menambah bilangan epsiodnya dari 26 episod ke 40 episod untuk musim yang terbaru.

Rancangan MasterChef musim kedua ini, Panasonic masih lagi menjadi penaja utama rancangan ini dan stesen radio ERA fm akan bertindak selaku rakan radio rasmi dan Murai.com sebagai portal rasmi. Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan rancangan yang akan memaparkan kemahiran artis-artis kita memasak di dapur sambil beramal dan membantu badan-badan kebajikan yang telah mereka wakili bermula pada 20 April ini, jam 9.00 malam, di ASTRO RIA! 

sebab orang malas nak join giveaway / segmen

entri yg lepas yana ada bagithu
yang sekarang yana dah semakin malas nk join
sebarang contest dalam blog ? 
nak tahu kenapa ?

ok,,ini berdasarkan pengalaman yana sepanjang
join segmen & GA yang ada dalam blog..
memang tak lepas pandang kalau nampak contest
terbaru yg dianjurkan oleyh para blogger. . 
sentiasa mmberi sokongan. . 
mana tahu kalau-kalau ada rezeki  nak menang kn..

nk tahu sebab apa sejak akhir-akhir nieyh 
yana jadi pemalas cikit nk join
semua contest yang ada..nampak segmen baru.. 
fikir banyak kali nak join..

  • syarat banyak
yana faham kalau syarat banyak mesti hadiah pown banyakkan.tapi penganjur bleyh tetapkan syarat . .setakat follow blog dan like fanpage dah la,nieyh termasuk sekali twitter , klik iklan berbagai ,nak kena share gambar-gambar pulak,padahal sponser hadiah hanya barangan blog saja.kalau dua tiga orang sponser aje boleyh lha terima,,nieyh kalau 10 sponser ,,alamak,,,jenuh nak ikut semua..
alhamdulillah setakat yana join contest dalam blog 99% dikatakan mengikut syarat,,

  • kena buat entri
kena buat entri pasal contest tue ? yeah itu tak salah kan..mungkin semua orang boleyh ikut..sekali gus kita dapat promote contest rakan-rakan blogger..

  • tag kepada kawan-kawan
tag kepada kawan-kawan,,kebanyakkan yang yana tengok ,,,selalunya bnyak ada pada segmen .kena tag beberapa orang yg penganjur nak,, perlu ka nak tag semua tue ? lepas tue nak kena inform pada blogger yang kita tag,,sama ada diorang nk join itu terpulang lha kan,tapi berbaloi ke kita tag kat diorang ? sama-sama lha fikir.. :)

  • top refferal
kebanyakkan top refferal nieyh dalam giveaway,,mungkin hanya blogger-blogger yang tertentu boleyh dapat top refferal.selama yana join contest kalau ada top refferal jew,,macam dah dapat agk sape pemenangnya.99% kebanyakkan orang yang sama jew.yana pernah promote satu GA tue,,boleyh dikatakan tiap-tiap hari ,banner GA pown tampal kat blog,,mudah-mudahan boleyh lha dapat top refferal..tapi hampeh jew..sejak-sejak tue sudah malas nak promote berbagai lagi..


  • senarai peserta
kalau peserta-peserta dah join,mesti penganjur akan keluarkan senarai peserta mengikut susunan link blog kan,,so yana begitu alert taw kalau senarai peserta dikeluarkan ,,yana akan check,,kadang-kadang tue pernah jugak link blog yana x tersenarai ,padahal yana join ,so yana inform yg link blog yana xada,,alhamdulillah diorang check2 dan masukkan,bagus lha mcm tue,,kadang-kadang yana tengok,dalam senarai peserta tue sampai ada double link, ,ada yana inform kat dorang cakap kenapa ada dua tiga blog double link.harap diperbetulkan,sampai masa umumkan pemenang try check lgi ,,still double link,,so mohon alert tntg senarai peserta tmbh2 contest yg terlalu banyak peserta join.

  • hadiah yang ditawarkan
ini khas untuk sponser-sponser lha kn..kalau nk jadi sponser dalam satu contest first fikir lha dulu,,sama ada betul-betul ke nak sponser banda tue ,contohnya , jam,baju dan lain-lain lagi.takut nanti tiba masa pemenang tuntut hadiah korang x mampu nak bagi.


  • sikap sponser
to sponser-sponser mohon berlaku jujur lha,pengalaman yana banyak sangat tertipu dengan blogger, dah tuntut hadiah tapi sponser still diam no feedback,egghh,,bengang kalau sponser cenggini,pernah yana menang tudung join satu GA nieyh,dh pm detail kat sponser, sampai sekarang sponser tue diam aje,hello, ,kalau nak sponser tue biar lha betul-betul ,jangan main-main,,geram betul ,,dahah menang tapi hadiah still x dapat,,menang ke dipanggil tue ?


  • contest dibatalkan
contest dibatalkan sebab x cukup peserta, target peserta tinggi pulak tue,dh tue syarat berbagai lagi,kadang-kadang kesian pada orang yg dah join,lepastu dibatalkan ,padahal tarikh tamat lambat lagi,at least kalau nak batal pown bagi tempoh dua hari sebelum tarikh tamat baru lha nak  dibatalkan,ini tak,,baru berapa hari , dh nak dibatal,baik tak payah buat, , so,,korang kena lha rajin promote contest yg korang buat tue,,


  • hanya mahu follower ramai
ok,ini satu hal lagi. . bengang dengan sikap sesetengah blogger nieyh. . mohon blogger-blogger yg buat contest,kalau dh tiba tarikh nk inform pemenang,,tolong lha jangan hilangkan diri,,penat-penat kowt join,,tgk bila dah tiba masa umumkan pemenang si penganjur contest hilangkan diri,,yana pasti kes nieyh bukan yana sorang aje,tapi blogger lain pown mrh jugak kowt.actually ada sorang blogger nieyh,,anjurkan satu GA,,hadiah yg paling awesome tedy bear,syarat yg dia kenakan mcm GA lain pulak,,tpi memeningkan jugak,kena buat banner kesukaan dia,kna buat banner untuk teddy bear,huh,,mcm2 perangai.alih-alih bila tanya pasal pemenang dia cakap pemenang diumumkan secara personal.haishh..lebih baik kau buat GA secara personal,,senangkan..padahal mahukan follower yang banyak,,tpi hadiah entah kenama..jangan hanya menanam tebu dibibir saja


  • entri kreatif
mengenai entri kreatif pulak,,contohnya entri kreatif pasal apa nak baju ke ape-ape ke,,entri kreatif pasal bufday ke kan..mohon si penganjur tolong lha check satu persatu entri,,supaya betul-betul kreatif,kalau 200 peserta yang join maka 200 peserta jugak lha kena terjah entri diorang,,jangan hanya dah terjah 5 org dah jumpa entri kreatif.jgn brsikap mcm tue yea..mohon check bgi hbis mana tahu ada lgi yg lebih kreatif,


so,,apa yang yana ceritakan berdasarkan pengalaman yana selama join contest dalam blog...selepas nieyh tak nak join sangat contest,,hanya contest yang terpilih yana akan join.kalau join dapat hadiah tapi sponser buat x tahu jew buat penat aje join,,xmenang pown x apa kalau macam tue

MALAS NAK JOIN







pepagi hari sudah terasa malasnya.
apa yang malas. . 
mungkin dah malas nak join segmen ,GA,contest . . 
dah dua hari berturut-turut sikap malas nk support
segmen blogger-blogger mula menguasai diri
cewaahhh ayat,,heheh..

hanya segmen -segmen yg terpilih saja yana join..
kepada yang jemput yana join segmen berbagai kt cbox tue..
terima kasih sangat-sangat jemput yana untuk join..
ada sesetengah segmen tue yana dh laporkan diri untuk join..

nak tahu kenapa sekarang yana malas nak join ?
nantikan entri yang akan datang...:)

Video gol highlight Liga Super Kelantan vs PKNS FC 19 April 2013

Selangor PKNS FC berjaya meraih tiga mata selepas menang tipis 2-1 ke atas Kelantan.Pun begitu tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit keenam melalui Ahmad Fakri Saarani


Kelantan vs PKNS FC piala fa 2013 live streaming video gol highlight kelantan vs pkns 19 april 2013


Namun,PKNS berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain import, Roman Chmelo berjaya membolosi gawang Kelantan pada minit ke-51
Pada minit ke-72 Mohd Fauzan Dzulkifli muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan tuan rumah yang berpunca daripada sepakan percuma




Video gol highlight Liga Super Johor Darul Takzim (JDT) vs Pahang 19 April 2013

Pasukan Johor DT terus mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sepanjang mengharungi saingan liga super apabila menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin


pahang vs johor darul takzim live video gol highlight darul takzim jdt vs pahang 19 april 2013


Harimau Selatan tampak garang apabila menguasai permainan keseluruhan babak pertama
Memasuki babak kedua, JDT terus mengasak kubu lawan dan akhirnya, Leonel Nunez berjaya merembat masuk gol pertama, hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46
Asakan demi asakan terus dilakukan oleh skuad Tok Gajah bagi memburu gol penyamaan sehinggakan nyaris membuatkan pemain pertahanan Johor DT, Kamarul Afiq Kamarudin menjaringkan gol sendiri di minit terakhir, namun bernasib baik kerana tandukannya mengenai palang
Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat perlawanan dan kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan Harimau Selatan ke tangga teratas liga setakat ini



Semakan keputusan tawaran Matrikulasi 2013-2014

semak matrikulasi 2013 tarikh semakan keputusan tawaran matrikulasi 2013 2014
Keputusan ke program matrikulasi sesi 2013/2014 dijangka akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM 2012 diumumkan secara rasmi di laman web kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Terdahulu,bagi semakan kemasukan sesi tahun 2012 ia dikeluarkan pada 25 April,Justeru itu tidak mustahil untuk tahun ini dalam lingkungan tarikh dan bulan yang sama
Mengenainya pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun difahamkan tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan
Maklumat lanjut boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja
Dalam pada itu,jika keputusan rasmi dikeluarkan kami akan mengemaskini dan juga pautan aplikasi semakan akan dimasukkan dalam ruangan ini untuk rujukan calon yang ingin membuat semakan secara online (atas talian) nanti