REVIEW : " DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO " . SERUM HYALURON PERTAMA DALAM RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT

Assalamualaikum & salam sejahtera 




DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , SHAMPOO DOVE , REVIEW SHAMPOO , REVIEW DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , DOVE ,

REVIEW : " DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO " . SERUM HYALURON PERTAMA DALAM RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT Hyaluronic Acid bagus untuk rambut ? Kalau dulu Hyaluronic Acid hanya tertumpu untuk skincare, tapi sekarang tak lagi. kalau korang nak tahu Dove kini berjaya memperkenalkan kebaikan serum Hyaluron pertama dalam rangkaian produk penjagaan rambut. Syampu Dove Hyaluron Serum  kini wajib menjadi pilihan sebagai produk paling ideal untuk memelihara kulit kepala dan juga rambut.


DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , SHAMPOO DOVE , REVIEW SHAMPOO , REVIEW DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , DOVE ,


Antara fungsi Hyaluronic Acid

- melembapkan

- membantu penghasilan kolagen

- mengekalkan keanjalan

- meningkatkan pertumbuhan & mengembalikan ketebalan rambut 

- rambut menjadi lebih kuat, bersinar dan kuat 


Dove kini mengeluarkan syampu dengan formulasi dirumus khas dengan teknologi serum unik Hyaluron daripada Hyaluronic Acid. Syampu Dove Hyaluron Serum  kini wajib menjadi pilihan sebagai produk paling ideal untuk memelihara kulit kepala dan juga rambut.


Kalau korang nak tahu bagi variasi Dove Hyaluron Serum Purifying, ia dirumus khas dengan kombinasi serum lutsinar Hyaluron + Hydro Complex yang berfungsi membersih secara lembut dan mendalam sambil meningkatkan serta mengunci kelembapan rambut. Ini membolehkan rambut korang terhidrat, sihat, lembut dan subur. Variasi ini sesuai untuk jenis rambut normal atau berminyak.



Syampu serum Hyaluron ni diperkuatkan dengan kekuatan HYALURON, ramuan penjagaan kulit maju, mengisi kelembapan. Syampu Pembersih Serum yang telus ini dengan HYALURON + Hydro complex membersihkan dan membersihkan rambut dan kulit kepala dengan lembut, menambah kelembapan dan keseimbangan rambut anda.



DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , SHAMPOO DOVE , REVIEW SHAMPOO , REVIEW DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , DOVE ,DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , SHAMPOO DOVE , REVIEW SHAMPOO , REVIEW DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , DOVE ,


Bahan-bahan 

Air, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Benzoate, Gliserin, Sodium Chloride, Parfum, Polyquaternium-10, Sodium Hyaluronate, Citric Acid, PPG-9, Disodium EDTA, Benzophenone-4


Cara penggunaan .

Sapukan pada rambut yang basah sehingga naik buih dan bilaskan . 


Feedback selepas menggunakan "Dove Hyaluron serum purifying"


DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , SHAMPOO DOVE , REVIEW SHAMPOO , REVIEW DOVE HYALURON PURIFYING SERUM SHAMPOO , DOVE ,


CCL dah cuba guna syampu ni selama tiga kali . Hasilnya memang sangat best . Apa yang best tentang syampu ni ? Hahh selepas CCL guna, usap-usap syampu ke kepala sampai rata dan berbuih lepas bilas dengan air rambut jadi wangi dan lembut . Selepas rambut kering pun still rasa kelembutan dan lembut . Overall memang sesuai syampu ni sebab hasilkan kesan yang best . 


Haa.. kalau korang nak cari produk penjagaan rambut yang benar-benar memahami keperluan rambut dan dalam masa yang sama memelihara kesihatan kulit kepala. CCL sarankan korang dapatkan rangkaian produk Dove Hyaluron Serum ni je! 


Boleh je dapatkan di online store, drugstore dan supermarket yang berdekatan .

GIVEAWAY MAKCIK BAWANG BY WWW.NIEYLANADIA.COM


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

GIVEAWAY MAKCIK BAWANG BY WWW.NIEYLANADIA.COM Dah lama rasanya tak support Giveaway yang kawan-kawan anjurkan . Hari ni weekands so ada la masa lapang sikit untuk godek-godek blog . Update blog yang dah lama bersawang sikit .

So hangpa yang mana tak join lagi Giveaway ni. Silakan join tarikh tutup sehingga 30 Oktober 2020 . Klik banner kat bawah tu .Sempat lagi ni . 



Syarat-syarat yang diletakkan pun sangat-sangat mudah . 

Mana tahu kalau dapat sebalang bawang goreng crispy macam gambar kat bawah ni . Boleh laa hidangkan bersama menu apa-apa kan . 


So tunggu apa lagi . Jom join .

REVIEW : OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM WANGI SEAKAN BUAH EPAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera .



JOM DOUBLE CLEANSING MENGGUNAKAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM . WANGI SEAKAN BUAH EPAL Pernah dengar tak pasal "double clensing", pastinya ramai yang dah tahu kan . Kalau yang tak tahu meh CCL kongsikan . Double cleansing ni salah satu langkah cuci muka sebanyak dua kali . Satu dengan "oil based product" and then satu lagi "water based product". Cuci muka dua kali ni lagi yakin bersih tu, daripada pakai wet tissue . 


Dulu CCL takut juga nak pakai oil cleanser ni memandangkan skin CCL stage combination to oil . Takut nanti skin lagi bertambah berminyak . Orang cakap kalau tak cuba kita takkan tahu, so CCL cuba. First oil cleanser  yang CCL cuba dari Ferrarossa . Kalau sesiapa belum baca boleh baca di sini . Oil Cleanser dia memang paduu weii . Lepas pakai oil cleanser  kulit muka lagi bersih, serius tak tipu . 


So hari tu ada join live MUA  terkenal MUA Bellaz dan MUA Bella Park .Penangan live diorang laa CCL terjebak nak try oil cleanser yang baru memandangkan oil cleanser yang CCL tengah pakai sekarang ni dah nak habis . So kita cuba produk baru.


PACKAGING OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM


Taraaa ! Ni haa Oil Cleanser by Haya Rahim, penangan tengok live MUA Bellaz & MUA Bella Park . Tengok dari segi packaging dia bertemankan Hijau. Cantik , Founder Haya Rahim suka warna hijau kot .Packaging dia sekali kotak . Botol oil cleanser jenis pump . Hahh best ! . Oil cleanser by Haya Rahim ni 30ML sahaja dengan harga RM39 . Harga mampu milik .


INGREDIENTS YANG TERDAPAT DALAM OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM 



1. Sweet almond oil

2. Carica papaya oil 

3. Rosa carica (rosehip oil)

4. Mineral oil

5. Alovera oil 

6. Calendula oil 

7. Sunflower oil 


KEISTIMEWAAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM 



1. Sebagai moisturiser boleh digunakan pada bibir.

2. kulit wajah nampak lebih glowing.

3. Memudarkan bekas jeragat dan jerawat.

4. Membaikpulih radang kemerahan kulit .

5. Kulit lebih anjal dan lembut . 

6. Tidak mengeringkan kulit wajah.

7. Anti - aging. 

8. Mencerahkan kulit 

9. Mudah menanggalkan sisa mekap di muka .


CARA PENGGUNAAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM 

Berapa banyak korang perlu guna oil cleanser ni ? Hah tak banyak pun, kalau CCL pakai cukup la hanya 2 pump sahaja. Cukup untuk cover satu muka , ratakan gosok-gosok sikit InsyaAllah dah cukup . Lepas cuci guna oil cleanser boleh lap dengan tisu dan terus cuci muka dengan water based cleanser . 



FEEDBACK LEPAS GUNA OIL CLEANSER HAYA RAHIM 



First CCL dah bagitau terjebak untuk cuba oil cleanser by Haya Rahim ni sebabknya penangan tengok live MUA terkenal . Reviewnyaa oil cleanser ni bau wangi . Tertarik nak mencuba jugak . Sebab sebelum ni selalu pakai oil cleanser tak ada bau wangi . Lepas cuba oil cleanser by Haya Rahim ni seriusss bila dah apply kat muka .ratakan semua urut-urut bau wangi . Wanginya macam bau buah epal .wangi sangat-sangat . Setelah 2 minggu pakai oil cleanser setakat ni alhamdulillah tak ada kesan negative pada kulit muka . Muka rasa bersih sangat-sangat dan kulit muka rasa lembab dan lembut . Paling penting guna oil cleanser ni senang nak remove mekap-mekap . 


Ohh lupa nak share Founder Haya Rahim bukan keluarkan oil cleanser je taw . Ada milk cleanser dan cool moisturiser jugak . But CCL  baru cuba oil cleanser . Wangii sangat tau . 


Nak dapatkan Skincare by Haya Rahim 

Facebook : 

https://www.facebook.com/haya.rahim.75

Instagram : 

@haya_rahim

@hayabeautyhq


TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK MASING-MASING

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0, KEMASKINI BPN 2.0, CARA PERMOHONAN BPN 2.0, CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BPN 2.0, PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN, BANTUAN PRIHATIN


TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK MASING-MASING  Ramai yang mulai tertanya-tanya status pembayaran BPN 2.0 kerana pengguna BSN telah mulai menerima pembayaran bermula 19 Oktober lagi. Berikut adalah senarai tarikh pembayaran yang akan dibuat ke bank masing-masing (akaun bank yang korang daftarkan semasa memohon BPN 2.0):


Bank Simpanan Nasional 

Tarikh: Bermula 19 Oktober 2020

Kategori: Bujang & Isi Rumah

Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak


 CIMB

Tarikh: Bermula 26 Oktober 2020

Kategori: Bujang & Isi Rumah

Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak


Maybank

Tarikh: Bermula 26 Oktober 2020

Kategori: Bujang & Isi Rumah

Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak


 Public Bank

Tarikh: Bermula 26 Oktober 2020

Kategori: Bujang & Isi Rumah

Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak


Bank Islam

Tarikh: Bermula 26 Oktober 2020

Kategori: Bujang & Isi Rumah

Kawasan : Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak


Pembayaran ini adalah merupakan Fasa 1. Fasa 2 akan dimulakan bayaran pada bulan Januari 2020.

CIK B BERLAKON MENERUSI DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lelaki lingkungan cinta, drama lelaki lingkungan cinta, drama adaptasi novel, sinopsis drama lelaki lingkungan cinta , novel lelaki lingkungan cinta, cik b berlakon drama,



CIK B BERLAKON MENERUSI DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA Sejak kebelakangan ini, trend drama adaptasi novel menjadi pilihan utama pengarah drama dan saluran TV tempatan. Oleh kerana satu-satu novel itu mungkin sudah ada pengikutnya tersendiri, maka keterujaan untuk menonton drama itu lebih tinggi berbanding skrip yang dihasilkan khas untuk drama atau filem.

Sudah tentu pengalaman membaca novel itu tidak akan sama dengan pengalaman menonton kisah yang sama dalam skrin.

Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Naim Daniel sebagai Adib manakala Shasa Abedul memegang watak sebagai Esya, drama ini juga menampilkan Cik B yang turut berlakon . Apa yang akan berlaku dalam Drama bersiri 13 episod ini merupakan arahan Emi Suffian dan terbitan dibawah Zeel Production Sdn Bhd ? Sama-sama kita nantikan 



“Awak ni garang sangat. Awak tahu tak saya ada hilang barang?’
“Hilang barang? Eh! Saya tak curi apa-apa pun.”
“Eh betullah. Awak tu dah curi hati saya!”
“Benarlah kata orang. Kalau mahu saling mencintai, kita harus mengunyah erti derita terlebih dahulu. Harus faham erti air mata. Bukankah cinta itu adalah saling menerima?”

Lelaki Linkungan Cinta ini adalah karya Lily Haslina Nasir bersama Karya Seni. Karya ini melalui tiga fasa dalam kehidupan Adib dan Esya.

Di sekolah, Adib terkenal dengan imej budak jahat. Dalam menjalani hidup sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Adib dan rakan menghidupkan suasana dengan kelakuan yang tidak mengikut peraturan. Di samping itu, dia juga sempat mengganggu Esya, rakan sekelasnya menyebabkan Esya membencinya.
terhibur membaca gelagat Adib dan gengnya.😆

Di universiti, jalan hidup Adib bertembung lagi dengan Esya. Kali ini. ada rasa yang berputik.
Tanpa membuang masa, Adib melamar Esya dan mereka berkahwin ketika masih bergelar pelajar.Pada ketika ini, dugaan mula datang bertimpa-timpa menguji cinta Adib dan Esya. 

Mesej-mesej yang sarat dengan kehidupan banyak disuntik dalam fasa ini.CCL kira ini adalah bacaan ringan tetapi sebenarnya ia adalah novel dewasa yang banyak mempamerkan tentang kehidupan dan cabaran dan bagaimana hidup berpaksikan Tuhan bisa menyelamatkan sesiapa jua daripada terjerumus dalam perangkap dan tipu muslihat manusia.


Drama Lelaki Lingkungan Cinta akan disiarkan melalui slot Lestary , mulai 21 Oktober 2020 . Disiarkan pada hari Rabu sehingga Jumaat jam 9 malam di Tv3