Assalamualaikum dan salam sejahtera
DOSA KE BUAT MAJLIS KAHWIN SECARA SEDERHANA ? Semua orang bila nak kahwin je mesti nak buat cantik - cantik , ada yang sanggup habiskan duit semata-mata nak ikut macam retis - retis kesayangan kahwin. Yea la kahwin kan sekali jer , Bila mentality asal kahwin je mesti kena buat gah-gah macam ala - ala retis kahwin tapi duit sendiri pun habuk aje. Mula la nak buat loan sana sini semata-mata nak nampak cantik depan mata orang ramai , tapi hakikatnya bila dah kahwin merana nak settlekan payment. Tu yang ramai orang buat silap . Dari awal perkahwinan dah nak tanggung hutang nanti dah beranak - pinak pun bayaran tak settle lagi .
Korang nak ker bayar hutang - hutang bertahun - tahun ? kehidupan dan keperluan asas lepas kahwin lagi tinggi , takut nanti rasa terbeban pulak . So jom tengok apa yang korang boleh cut cost untuk majlis kahwin korang nanti .
IKUT KEMAMPUAN
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan korang . Sederhana pun tak apa tak perlu la nak ikut sangat orang lain kahwin . Bukan dia yang bayar pun kita kahwin . Kita yang nak kena bayar semua benda , tak dosa pun kalau majlis tu simple yang paling penting benda wajib korang settlekan dulu .
DEKO SIMPLE
Deko pelamin dan meja makan tak perlu nak letak bunga beribu kuntum , letak sikit pun dah cantik . Tak perlu bunga yang hidup e , sebab bunga hidup ni cost nya lagi mahal. Zaman sekarang arificial flower pun dah nampak macam hidup dan nampak cantik . Nak lagi jimat boleh je diy sendiri , bukan susah sangat pun nak deko ni boleh minta tlong saudara - mara , kawan - kawan tapi kalau korang adakhidmat pemasangan pelamin semestinya ada sedikit extra charge .
SET NIKAH YANG SIMPLE
Set nikah pun dah boleh sewa je tak perlu bayar mahal pun nak nampak cantik masa nikah walaupun nikah di rumah mahupun di masjid.
SEWA DULANG
Dulang hantaran pun tak perlu la nak beli , mahal kot ! Zaman sekarang ni korang boleh sewa , Jimat berganda - ganda . Beli bnuat apa ? nanti dah pakai nak simpan sampaikan tak ada tempat . Beli tu kononnya nak senang la adik - beradik nanti nak pakai . Ha tu silap !! Habis 7 keturunan pakai dulang yang sama dah tak up - to - date . Pakai la korang dulang zaman tok nadak lagi , Sewa bukan mahal dari beli .
BUNGA HANTARAN
Hantaran boleh gubah sendiri je , zaman sekarang dah boleh beli mahupun sewa bunga yang siap deko . Tinggal nak letak aje atas dualng , tak perlu nak membazir duit untuk dekorasi cost yang mahal .
BAJU KAHWIN
Baju tak perlu la nak sampai berpasang- pasang macam orang zaman dulu kahwin. Baju kahwin ni dua atau tiga pasang pun dah cukup . Sepasang untuk akad nikah , sepasang lagi untuk bersanding atau untuk majlis resepsi . ;agi jimat sewa je , kalau nak beli pun make sure baju tu boleh dipakai lagi lepas kahwin . Tak membazir .
KENDURI MAKAN
Kenduri makan pulak tak payah la nak ambil sampai 10 jenis lauk pauk ,macam makan dekat restoran tu , ambil emat hingga lima jenis lauk pauk pun dah mencukupi yang penting kuantiti dapat menampung jumlah tetamu yang datang . Bab kenduri makan ni jangan la nak berkira sangat dan jangan terlebih over sangat kalau terlebih over nanti membazir pulak . Kenduri makan ni korang dapat pahala sebab bagi orang makan . So bajet betul - betul !
KEK KAHWIN
kek kahwin tak perlu bertingkat - tingkat mengunung macam retis kahwin. Yang setingkat pun dah cukup kalau family korang hantu kek ok la jugak . tapi dua hingga itga itngkat pun dah ok sangat . itu pun dah beratus harganya .
DOORGIFT
Doorgift cukuplah setakat kemampuan korang je . Kalau bajet RM1 seorang dan jemputan 1000 orang dah jadi RM 1000 . tu baru barang harga RM1 . So tak perlu la nak tempah yang mahal- mahal sebab nak nampak hebat dan mewah , nanti korang yang merana nak bayar . Bajet ikut kemampuan ok !
KAD JEMPUTAN
Nak jimat tak perlu la trendy , hipster bagai . kad yang korang bagi tue nanti akan masuk tong sampah jugak lepas kenduri , tak ada orang la nak simpan kad korang melainkan korang dan ahli keluarga je , so jangan membazir buat mahal- mahal .
PA SYSTEM
nak jmat tak perlu la nak tempah DJ , Live Band bagai cukup je sewa Pa system dan pasang lagu dekat Laptop macma lagi Maher Zain , Hindustan , Love Song pun dah ok .
HONEYMOON
banyak tempat korang boleh pilih untuk honeymoon . Tak perlu la nak tiru retis - retis berbulan madu sampai ke Maldives sana . Dekat Malaysia ni pun ada banysk tmepat yang menarik . Negara Jiran pun dh ok .
Apa-apa pun rancanglah perkahwinan korang tu mengikut kemampuan , Tak salah pun kalau bersederhana dalam majlis kahwin ni bukn dosa pun buat majlis secara kecil - kecilan . Yang penting korang happy dan tak terbeban .


































