Assalamualaikum dan salam sejahtera
The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.
Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.
Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.
Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.
Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Klik banner untuk join
Syarat-syarat:
1. Buat 1 entri bertajuk "Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)" dan letak banner di atas serta backlinkkan ke post ini.
4. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen post ini.
Done! Syarat-syarat yang mudah untuk segmen kali ini. Jemput join semua.
Tarikh tutup penyertaan: 31 Disember 2018 - 11.59 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE DIREVIEW OLEH BLOGGER SHUHADA SAAD Beberapa minggu yang lepas CCL ada join satu segmen yang diberi nama 'SEGMEN BLOG REVIEW 2018' yang dianjurkan oleh blogger Shuhaida Saad , baru hari ni CCL berkesempatan untuk jelajah entri blog SiS Suhaida Saad . Alhamdulillah CCL berterima kasih kepada blogger Shuhaida Saad atas kesudian untuk review blog CCL .
Nak tahu apa yang direview oleh blogger Suhaida Saad mengenai blog CCL ?
Kepada sesiapa yang datang berkunjung pertama kali ke sini dari review beliau, CCL ucapkan terima kasih.Jika tulisan di blog CCL tak dapat memenuhi keperluan korang, maka maafkanlah CCL.CCL galakkan korangtinggalkan komen di sini supaya CCL dapat terus memperbaiki mana-mana yang perlu untuk kebaikan bersama. InsyaAllah CCL sentiasa ziarah rakan - rakan blogger yang singgah diteratak blog CCL
untuk blogger Shuhaida Saad , terima kasih merana anjurkan segmen sebegini , dengan cara ini sekaligus blogger lain juga dapat mengenali blog CikCappuccinoLatte dan blogger lain lebih ramai lagi .
untuk korang yang nak direview oleh blogger Suhaida Saad korang boleh join 'SEGMEN BLOG REVIEW 2018 '
jom kenal - kenal dengan blogger Suhaida Saad
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SENARAI SEMAK / PANDUAN PEMILIHAN PENGASUH DI RUMAH Menurut kenyataan media Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertarikh 23 November 2018, satu senarai semak kualiti pengasuh di rumah telah disediakan sebagai panduan kepada ibu bapa membuat pantauan.
Senarai semak yang berbentuk infografik ini adalah mekanisma yang berbentuk sementara sebelum sistem semakan yang komprehensif yang sedang dibangunkan oleh Kementerian siap sepenuhnya. Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Early Childhood Care and Education (ECCE) dan beberapa doktor pakar juga turut terlibat dalam menghasilkan infografik ini.
Ia menyenaraikan panduan kepada ibu bapa mengenai pemerhatian terhadap respon anak, respon pengasuh, dan tanda penderaan selepas menghantar anak kepada pengasuh.
Manakala, turut dimasukkan, panduan sebelum menghantar anak iaitu persekitaran, peribadi pengasuh, pengalaman pengasuh, keluarga yang tinggal bersama dan perkhidmatan disediakan.
Senarai semak ini adalah seperti di bawah. Ia boleh didapati di laman web kementerian di www.kpwkm.gov.my atau terus klik di SINI.
SISTEM SEMAKAN PENGASUH DIJANGKA TERSEDIA TAHUN DEPAN
Menurut Astro Awani, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa sistem semakan pengasuh berkenaan dijangka dapat dilaksanakan tahun hadapan.
Sistem semakan itu juga bakal menyaksikan kerjasama dengan pihak mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia.
Sementara menunggu sistem saringan dapat digunakan pada tahun hadapan, ini adalah kempen kesedaran yang dapat membantu ibu bapa membuat pemilihan pengasuh dengan lebih berhati-hati.
Sementara itu, ibu bapa dinasihatkan agar lebih peka terhadap isu-isu semasa dan info terkini yang disalurkan kementerian berkenaan.