LAGU TEMA OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU SLOT AKASIA TV3




Assalamualaikum dan salam sejahtera 

LAGU TEMA OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU SLOT AKASIA TV3 Setiap drama ada lagu temanya tersendiri  . Kalau drama titian cinta ost lagu temanya oleh Asfan Shah  , bagi drama terbaru ini 'lelaki ini pemilik hatiku memilih lagu yang dinyanyikan oleh Wany Hasrita  sebagai OST drama tersebut 


wany hasrita , gambar wany hasrita , biodata wany hasrita , lagu menahan rindu , lirik menahan rindu , lagu ost drama lelaki ini pemilik hatiku , lagu terbaru 2017 ,


lirik lagu Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita 

Sejenak ku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung burung
Menemani hari ku
Menemani sepi ku
Tersiksa angkara menanggung rindu
Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu
Menahan rindu

SEGMEN THANKS YOU 200,000 VISITORS SII NURUL


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



SEGMEN THANKS YOU 200,000 VISITORS SII NURUL  Memandangkan pageviews blogger Sii Nurul dah mencecah 200,000 visitors  maka blogger Sii Nurul adakan satu segmen yang hanya berlangsung 3 hari sahaja bermula 31 Oktober 2017 sehingga 2 November 2017 .  Hadiah yang menanti dua orang pemenang dalam segmen ini berupa wang tunai sebanyak RM20 . Hah ..wang tunai beb !! Jom lah join , untung kalau rezeki uolls dapat RM20 . Syarat pun amat simple just follow blog sii Nurul , like fbpage dan klik dua iklan . Mudah kan . So tunggu apa lagi , segmen 3 hari sahaja . Jom lah join . Klik banner diatas 

SINOPSIS DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU ADAPTASI DARI NOVEL MR.HOT GUY


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



lelaki itu pemilih hatiku , sinopsis drama lelaki itu pemilik hatiku , pelakon drama akasia lelaki ini pemilik hatiku , full episod drama lelaki ini pemilik hatiku


SINOPSIS DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU ADAPTASI DARI NOVEL MR.HOT GUY  Isnin bersamaan 30 Oktober merupakan episod terakhir untuk Titian Cinta slot Drama Akasia . so next day drama baru bakal menggantikan Titian Cinta tersebut . Ok lepas nih dah tak dapat tengok Umayr Haris & Aisy berlakon kan . Drama baru yang bakal mengantikan Titian Cinta tersebut juga salah satu drama yang diadaptasikan dari novel yang berjudul ' Mr Hot Guy ' karya Danisya Rahmat . tapi drama tersebut ditukarkan tajuk kepada 'Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Ermm , sedap sikit tajuk ni . ok drama Lelaki itu pemilik hatiku ini yang diterbitkan oleh  A.Aidaproduction dan sutradara  Zul Huzaimy akan bersiaran pada hari Selasa bersamaan 31 0ktober 2017 selama 32 episod . So kalau jalan ceritani best jangan lupa follow sampai habis . 



lelaki itu pemilih hatiku , sinopsis drama lelaki itu pemilik hatiku , pelakon drama akasia lelaki ini pemilik hatiku , full episod drama lelaki ini pemilik hatiku

Antara pelakon - pelakon yang menjayakan drama 'lelaki ini pemilik hatiku ' Raja Afiq yang memegang watak sebagai Luqman Hakimi , Puteri Aishah  sebagai Nurin Kamila . Syazuwan Hassan membawa watak Aiman  , Julia Farhana Marin sebagai Adrea dan  Natasha Mahyan sebagai Yani . Ini merupakan barisan peneraju utama dalam drama ini , nak tahu lebih lanjut sape lagi yang berlakon jangan lepaskan setiap episod satu sehingga episod 32 drama ni . 



lelaki itu pemilih hatiku , sinopsis drama lelaki itu pemilik hatiku , pelakon drama akasia lelaki ini pemilik hatiku , full episod drama lelaki ini pemilik hatiku


sinopsis drama lelaki ini pemilik hatiku 
Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.
Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. 

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya? sama - sama kita menonton drama Lelaki Ini Pemilik Hatiku 

Lagu OST drama lelaki ini pemilik hatiku

DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN


Assalamualaikum & salam sejahtera 




rezeki, tips murah rezeki, rezeki ada di tangan Allah, rezeki ada dimana-mana, rezeki berbisnes, tips jadi bisnes berjaya,


DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN  CCL nak tanya korang semua pernah dengar ayat ni 'dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain ' ? CCL pasti rata - rata mesti pernah dengar .Adat berniaga ni ada untung ruginya tambah - tambah zaman sekarang ni ekonomi serba sedikit gawat , kadang naik turun dalam masa yang sama kita sebagai pembeli dan pengguna CCL nasihatkan kita kena bijak .Ya bijak dari segi memilih barangan / produk , bijak menilai barangan dan sesuatu produk tersebut dan akhir sekali bijak  buat keputusan barang yang korang beli 

Dalam masa yang sama juga , pelbagai soalan yang akan menghantui dalam fikiran para pembeli 
'eh betul ke produk ni boleh bantu masalah yang korang tengah alami sekarang ni '

'urrm kalau tak berkesan macam mana ya ? tak ker rugi berli dengan harga yang mahal tapi tak membuahkan hasil  ' 
pernah kan korang terfikir begitu , ini dipanggil perasaan ragu - ragu 


"Tak nak beli takpe..saya tak paksa.." tapi  jangan la buat ayat macam kat bawah  ni.jangan jadi syaitan yang suka menghasut.

" Ko tak payahla beli dgn dia , aku tahu kat mana dia amik stock , baru berapa ringgit je benda tu , jual kemain mahal !"



rezeki, tips murah rezeki, rezeki ada di tangan Allah, rezeki ada dimana-mana, rezeki berbisnes, tips jadi bisnes berjaya,


Jangan menafikan rezeki orang lain . Jangan sesekali ya . Kalau tak nak membeli , jangan berikan kata-kata  negatif pada orang lain yang berniat ingin adakan urusan urus niaga . Kalau dah membeli sekalipun , jangan merasa menyesal serta merasa rugi kecuali barang tersebut sah-sah peniaga ambik kesempatan, sampai tak munasabah. Kita tak tahu macam mana dia bertungkus-lumus dapatkan stock dan ulang-alik mungkin . Susahkan suami or family dia. Macam mana modal dia keluarkan.

Kita tak tahu dengan untung jualan tu apa yang dia sara . Bersangka baik, sesungguhnya dalam rezeki kita terdapat rezeki org lain. Dan yang pastinya bagi peniaga, setiap jualan mesti ada margin keuntungan yg dia siap markup .
Takkan meniaga jual harga modal tu bukan meniaga tu buat amal jariah 

Sekadar Renungan  bersama. Selamat beramal dan berniaga sama-sama  usaha mencari rezeki...

CPUV NUFFNANG OKTOBER : PRODUK CETAPHIL BABY & CETAPHIL CLASSIC


Assalamualaikum dan Salam sejahtera 


cetaphil , produk cetaphil , cetaphil baby , review produk ,review produk cetaphil , harga cetaphil di malaysia , cetaphil  produk kecantikkan kulit


CPUV NUFFNANG OKTOBER : PRODUK CETAPHIL BABY & CETAPHIL CLASSIC  Penghujung bulan Oktober Nuffnang masih rancak untuk bagi iklan -iklan untuk blog CCL . Alhamdulillah serba - sedikit dapat jugak kumpul earnings . Sedikit - sedikit lama - lama jadi bukit . Iklan kali ini yang bersiaran di sidebar CCL ialah dari pihak Cetaphil . Cetaphil ini merupakan salah satu produk penjagaan kulit 


cetaphil , produk cetaphil , cetaphil baby , review produk ,review produk cetaphil , harga cetaphil di malaysia , cetaphil  produk kecantikkan kulit


produk Cetaphil Baby 
nampaknya Cetaphil telah mengeluarkan produk terbarunya khas untuk mandian dan juga keperluan bayi  comel . Cetaphil juga salah satu produk penyelamat kulit sensitif bayi.Kulit bayi lebih sensitif daripada kulit orang dewasa. Jadi, sebab itulah kulit bayi perlu dibersih dan dirawat. Memilih produk penjagaan kulit bayi yang selamat sangat penting.Maklumlah produk Cetaphil Baby ini sangat lembut, dan rangkaian produknya yang terbaru ini menghasilkan formula baru di mana bebas dari parabens, mineral oil dan juga pewarna untuk memberikan bayi anda penjagaan kulit yang optimum untuk setiap hari.Semua produk bayi Cetaphil mengandungi calendula organik yang menenangkan, berasal dari bunga marigold. Ekstrak ini telah digunakan selama berabad-abad untuk menenangkan kulit yang sensitif dan jengkel. Menjaga kulit bayi anda lembut, licin, dan melembapkan tidak pernah terasa begitu baik.



cetaphil , produk cetaphil , cetaphil baby , review produk ,review produk cetaphil , harga cetaphil di malaysia , cetaphil  produk kecantikkan kulit


terdapat 9 jenis produk cetaphil yang dirumus khas untuk bayi

  • baby eczema calming wash
  • baby eczema calming lotion
  • baby shooting bar
  • baby ultra shooting lotion with shea butter
  • baby daily lotion
  • baby wash & shampoo
  • baby gentle wash
  • baby diaper cream
  • baby moisturizing oil
untuk maklumat lanjut boleh ke website cetaphil baby

REVIEW BUKU DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA OLEH HELIZA HELMI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Diari seorang mujahidah kembara syria , tips mujahidah , review buku #blogger review ,menjadi seorang mujahidah ,heliza helmi


REVIEW BUKU DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA OLEH HELIZA HELMI Buku ni dah lama sampai ke tangan CCL pada pertengahan bulan september ,.Buku ni CCL menang hasil join ini giveaway yang dianjurkan oleh blogger Aerill Hassan . boleh terjah entri ini http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/giveaway-ogos-2017-by-wwwaerillhassancom.html . Alhamdulillah syukur terpilih menjadi salah sorang pemenang dalam GA tersebut . hadiah yang CCL terima adalah sebuah buku motivasi dan pembakar semangat yang bertajuk ' Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria' . Buku ni selamat sampai ke tangan CCL pada akhir bulan september , sekarang dah bulan Oktober , mak oii !! lama benar ambil masa untuk review buku ni . Selesai baca , baca dengan penuh penghayatan baru boleh review kan .. 


Buku Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria adalah salah sebuah buku yang ditulis sendiri oleh pelakon dan penyanyi Heliza Helmi dan Roziyah Mahamad . Tidak digambarkan apabila berita yang Heliza Helmi diterima sebagai seorang sukarelawan ke Syria bersama Cik Puan Heliza Helmi dan team Aman Palestin . tidak boleh dihuraikan dengan kata - kata , hanya air mata yang memberi jawapan kepada setiap perjalanan mereka . 




Diari seorang mujahidah kembara syria , tips mujahidah , review buku #blogger review ,menjadi seorang mujahidah ,heliza helmi

Alhamdulillah Apa yang menariknya tentang buku ini ialah Heliza Helmi bersama teamnya menceritakan pengalaman beliau ketika menjejaki ke tanah Syria dan Palestin . Heliza Helmi berkongsi perassan sepanjang musafirni Allah memberi pelbagai hikmahnya walaupun mereka diuji , tidak tercalar keimanan , malah makin bertambah lagi ketaqwaan kepada Dia. Travelog ini juga ditulis dengan penuh hikmah bagi memindahkan perasaan Heliza Helmi dan Team Aman Palestin kepada pembaca 

Sinopsis buku Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria 

Manusia ini ada dua jenis. Satu seperti telur dan satu lagi seperti bola tenis. Bayangkan telur dibaling pada batu. Apa yang akan jadi? Ya, telur akan pecah dan isinya akan melekat pada batu. Sekarang, bayangkan pula bola tenis dibaling pada batu. Apa akan jadi? Bola tenis itu akan melantun, betul? Apabila dibaling lagi kuat, bola itu akan melantun lebih tinggi.

Begitulah seperti hidup kita. Batu diumpamakan seperti ujian. Sekiranya jadi seperti telur, apabila diberikan ujian kita akan bersedih, kecewa, ataupun putus asa bersama dengan ujian itu. Namun, sekiranya kita memilih bagi menjadi bola tenis, apabila mendapat satu ujian, kita akan bangkit lagi tinggi. Dan ujian itu adalah bagi menaikkan darjat kita, menjadikan diri kita lebih baik, dan mengampunkan dosa kita sekiranya kita sabar, redha, dan bersangka baik pada Allah s.w.t.

Hayati setiap bait cerita Diari  Seorang Mujahidah Kembara Syria  Rasai seolah-olah kita berada di bumi Syam dan turut sama berjuang menjadi mujahid dan mujahidah !

RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



ketam masak tiga rasa , ketam segar , resepi ketam masak tiga rasa , blog resepi , tips memilih ketam segar , resepi masakan kampung , ketam segar dan manis

RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA  Hai pembaca blog CCL , korang penggemar ketam ? Selalunya korang akan masak apa ketam ni? Kalau dah tak tahu nak masak menu apa  . Apa kata hari ini cuba masak ketam kesukaan korang ini dengan menu tiga rasa . Soal rasa emang meletop dan nak masak pun senang , Yang penting perlukan ketam segar unutk rasa yang lebih sedap dan manis . CCL pasti seisi keluarga akan suka menu tersebut . Menu n juga sesuai untuk hidangan tengah hari dan makan malam  



BAHAN - BAHAN 
2 ekor ketam  dibersihkan
1 biji tomato didadu kecil
1 biji bawang besar didadu kecil
1 pokok daun ketumbar dihiris halu
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng



BAHAN- BAHAN UNTUK  DIKISAR KASAR
3 tangki cili merah
5 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia



CARA MEMASAK
1.Ketam yang telah dibersihkan gaul bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.

2.Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.

3.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.

4.Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.

5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
6.Sedia dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA . 

PETUA HILANGKAN PEPIJAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



 petua hilangkan pepijat , tips hapuskan pepijat , gambar pepijat , apa itu pepijat , tanda -tanda ada pepijat , pepijat bahaya , pepijat pada tilam

PETUA HILANGKAN PEPIJAT  Pernah nampak pepijat ? ala yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu. Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai .Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.



petua hilangkan pepijat , tips hapuskan pepijat , gambar pepijat , apa itu pepijat , tanda -tanda ada pepijat , pepijat bahaya , pepijat pada tilam


Bila dah terkena serangan pepijat ni , kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh. Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan.

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan ‘geram’ dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar. Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.


Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue’. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu. 


korang juga boleh gunakan kulit durian .Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan di situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang ‘lari dari rumah’ sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan akan pening dengan bau durian pun akan lari juga…heheh

Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.

Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda,tapi sekarang dah susah nak cari daun durian belanda , bukan setakat daun , rupa pokok pun dah jarang nampak . 


Daun serai pun boleh menghilangkan serangat pepijat Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil. Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai.


Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua dalam tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah. Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala, 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.


semoga tips - tips yang CCL share dapat membantu korang .



BLOGLIST NOVEMBER 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

BLOGLIST NOVEMBER 2017


Luangkan masa join segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger , segmen kali ni ditaja khas dari blogger Zafirah Nazri . Misi mencari bloglist untuk bulan november . Jom la sama-sama join Ada rezeki terselit blog kesayangan korang dalam bloglist Zafirah Nazri pada bulan november , CCL dah join anda bila lagi ? nak tahu info dan syarat - syarat . jom terjah http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/10/bloglist-november-2017.html

tarikh tamat segmen pada 1 November 2017 

SUPRISE GIFT UNTUK ORANG TERSAYANG MELALUI PERKHIDMATAN PRINTIOCUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,



SUPRISE GIFT UNTUK ORANG TERSAYANG MELALUI PERKHIDMATAN PRINTCIOUS Untuk memberikan kejutan kepada pasangan mahupun suami isteri  korang tak perlu  tunggu hari - hari tertentu ,boleh saja diberikan pada bila - bila masa .Disebabkan  Hari Ulang tahun  tak kisahlah Ulang Tahun Hari Lahir mahupun Ulang Tahun Hari Pernikahan ia merupakan hari yang sangat teristimewa  dalam hidup setiap orang.Saat ini setiap pasangan sah - sah buntu nak suprisekan hadiah untuk sambut hari teristimewa tersebut . Selalu tertanya - tanya hadiah apa yang nak diberikan oleh orang lelaki mahupun orang perempuan pada hari dan tarikh istimewa buat pasangan  . Selalu terfikir nak bagi hadiah yang lebih suprise buat pasangan . tapi bila idea tidak mencurah - curah balik - balik hanya terfikirkan hadiah berupa jam tangan , minyak wangi , kasut , tali leher  .Tahun depan ulang benda yang sama - sama. Ulang sampai mereput . Tak kisah lah  sama ada birthday mahupun anniversary  cuba bagi suprise yang lain sikit untuk tahun ni .Bagaimana perasaan korang kalau orang yang tersayang lalkukan suprise sampai buatkan korang terharu ? mesti seronokkan ? 

so , pada pasangan yang masih ternanti - nanti idea yang belum datang lagi ,sini CCL nak ajak korang semua terokai satu laman website yang bakal merungkai masalah yang boleh kusutkan kepala korang . 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,

apa itu Printcious?
Printcious adalah salah satu syarikat percetakkan online yang bermutu tinggi kualitinya.So korang yang kekangan masa untuk keluar mencari hadiah teristimewa korang wajib terjah laman web https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/wedding  Antara produk yang ditawarkan oleh pihak Printcious ialah seperti barangan peribadi dan barangan company . 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,


barangan yang ditawarkan oleh Printcious 
  • magnet
  • tshirt
  • luggage tag
  • mugs
  • magnets
  • cushion pillow
  • door hangers
  • mousepads
  • photo rocks
  • baby rompers
  • bags
  • keychain
  • button badges
  • approns
  • caps
  • ceramic tiles
  • puzzle pictures
  • mint tees 
  • phone cases
  • costers
  • canvas
  • bag
  • lanyards

untuk info tambahan mengenai barangan yang ditawarkan dalam Printcious beserta design - design yang menarik , korang boleh terjah https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/wedding . Bukan hanya design yang tertera dalam printcious sahaja , apa yang menarik lagi tentang Printcious ini juga merupakan salah satu medium di mana korang boleh mencipta hadiah tersebut . Sebagai contoh kita diberi peluang untuk DIY hadiah tersebut mengikut barangan yang kita pilih kemudian printcious  akan menjalankan proses mencetak lakaran yang korang lakarkan  ke atas barangan yang korang pilih .

sakit kepala untuk mencari hadiah sesuai untuk pasangan yang ideal  , dengan perkhidmatan https://www.printcious.com CCL harap post ini menyelesaikan beberapa masalah korang




“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

MENANG CONTEST DARI BLOGGER POKUCU.COM & SISAWA.COM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru


MENANG CONTEST DARI BLOGGER POKUCU.COM & SISAWA.COM  Sebenarnya ini cerita dua tiga hari yang lepas , hari ni baru sempat CCL luangkan masa untuk tulis entri . Sesekali busy dengan kerja sampaikan blog tak terupdate . Entri kali ni CCL nak kongsi perasaan gembira dengan korang semua . Perasaan gembira sebab apa ? haa .. kalau baca tajuk di atas semestinya korang dah tahu sebab apa CCL gembira sangat- sangat .Alhamdulillah rezeki blog untuk bulan oktober hasil sentiasa support contest yang blogger - blogger adakan , hasil kerajinan untuk join pelbagai segmen , giveaway dan contest  , say syukur alhamdulillah apabila blog CCL dipilih dalam salah satu contest ini



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru

Rasanya ini hadiah yang paling besar . besar ke ? yeah bagi CCL besar untuk blog kesayangan CCL ini .Dua hari lepas Sis Awa owner contest bersama sponser contest tersebut Pokucu dah pun umumkan pemenang bagi contest 'SUPPORT ME ! POKUCU CONTEST' . Alhamdulillah rezeki blog CCL untuk menang . Yang menariknya  pemenang dipilih atas dasar penilaian sponser contest ini iaitu Pokucu 



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru



hadiah apa yang buat CCL gembira sangat tue ? hahh CCL menang full blog makeover ,Alhamdulillah walaupun menang tempat kedua hadiahnya pun berbaloi jugak .Apa yang lebih CCL suka adalah yang bakal makeover blog CCL adalah Sis Awa . Designer blog  , rasanya dah ramai blogger yang kenal dengan Sis Awa dan dah ramai jugak sudah menggunakan perkhidmatan makeover blog dari beliau . Design - design yang Sis Awa keluarkan semestinya sangat - sangat simple , walaupun simple CCL jatuh hati tengok design - design sebab cantik . CCL terfikir juga untuk menggunakan perkhidmatan makeover blog hasil seni dari beliau . fikir - fikirnya ujung tahun ni baru nak merisik hasil kreativiti Sis Awa . So buka tahun baru 2018 blog pun berwajah baru .
Memandangkan CCL  memenangi full makeover blog so rasa-rasanya tak sabar nak kasi Si Awa makeup - makeup apa yang perlu diperbaiki dalm blog CCL  , biar lagi kemas simple dan menarik . 

So sekali lagi big thanks to Pokucu kerana memilih blog CCL sebagai pemenang tempat kedua bukan sahaja penganjur contest , big thanks jugak kepada korang semua yang selalu terjah blog CCL yang suam - suam kuku .Tahniah juga kepada dua lagi rakan blogger yang turut memenangi contest yang sama . keep it blogging . 



SINOPSIS DRAMA MR.HIJAB SLOT IRIS TV3



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



Mr.hijab,drama mr.hijab,sinopsis drama mr.hijab,ost lagu drama mr hijab, pelakon drama mr.hijab , mr.hijab slot iris tv3


SINOPSIS DRAMA MR.HIJAB SLOT IRIS TV3 | 'Abang jual tudung bukan pakai tudung ' & ' Ingat abang tak pandai lilit-lilit tudung ke ' tue salah satu trademark drama terbaru ni . First CCL tengok iklan drama terbaru ni sangkakan itu tajuk drama tersebut rupa-rupanya bukan . drama bersiri bertajuk Mr Hijab untuk slot Iris TV3. Drama ini diarahkan oleh Zafizam. Dibintangi oleh Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Wan Sharmila, Shiqin Kamal, dan ramai lagi. Saksikannya mulai 17 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang di TV3.




Mr.hijab,drama mr.hijab,sinopsis drama mr.hijab,ost lagu drama mr hijab, pelakon drama mr.hijab , mr.hijab slot iris tv3


WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Rem
Nabila Huda sebagai Fazira
Wan Sharmila sebagai Luna
Shiqin Kamal sebagai Bienda
Didie Alias sebagai Datin Lela
Hafiz Hamidun sebagai Syamiel


SINOPSIS MR HIJAB
Mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yang tidak hanya kacak malah sungguh arif dalam penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira (Nabila Huda).Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan untuk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun).

Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik muslimahnya. Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat untuk  untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya. Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya. Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman.  Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yang remeh temeh.

Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi. Sementara itu, Rem yang membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya yang dipanggil Kak Chik untuk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira. Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik pulang dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya.

Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai. Rem mengatur strategi yang lebih hebat lagi untuk emaknya itu. Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yang kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira. Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem.
 


MYLARA SKINCARE



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 



MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

MYLARA SKINCARE  Masih mencari produk yang sesuai?
Apa kata Cuba MYLARA Skincare ini. Nak tahu lebih lanjut mengenai MYLARA Skincare?? Jom Baca entry ini sampai habis..

MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA


Mengenai MYLARA SKINCARE
MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah! MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.


Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi


Kelebihan MYLARA
SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah.


MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.
Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.


MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

Facial Toner (60ml) 
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.
Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering; 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas. - Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.



MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)
Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.
Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.



MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA

Revitalizing Night Cream(7g)
Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.
Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner


MYLARA skincare, produk MYLARA skincare, kebaikkan produk MYLARA skincare,cara penggunaan MYLARA skincare, produk kecantikkan , MYLARA


Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka? 

Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang bakal membuat anda selesa dan yakin menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.

MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skinkhusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan dari alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.

MYLARA SKINCARE memiliki produk dan perkhidmatan yang berasaskan ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberikan hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan juga wanita.


Dekat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?

Boleh juga whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail ke mylaraskincare@gmail.com

Guide dari Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tanya secara terus dekat beliau.. Terbaik perkhidmatan yang diberikan oleh MYLARA Skincare..