Reward Lepas Briskwalk Beli Tauhu Crispy Tepi Jalan

 Assalamualaikum dan hai semua 

Reward Lepas Briskwalk Beli Tauhu Crispy Tepi Jalan Lepas selesai briskwalk yang tak cecah 10KM tu kan rehat lah sekejap layan sosial media ,sambil-sambil bincang kehidupan masing-masing . Planning aktiviti apa untuk esok dan seterusnya .kadang dalam hidup kena ada juga planning tu kan berjaya atau tidak itu tolak tepi dulu .. macam CCL planning nk briswalk 10km tapi tak kesampaian.. ok tolak tepi kita set hari lain pulak ..

Lepas duduk berehat kejap di pondok rehat yang disediakan ,hilang penat kaki berjalan , boleh laa nak balik rumah .on the way nak balik rumah tu  ternampak laa satu khemah kecil tepi jalan ada tergantung banner 'tauhu crispy' . rasanya baru buka sebab sebelum ni lalu memang tak nampak ..CCL singgah !! Pantang nampak makanan yang lain sikit kan terus nak cuba !!

Tauhu crispy, tauhu goreng crispy, tauhu goreng sambal kicap, tauhu crispy sambal kicap, resepi tauhu crispy

Terus keluar dari kereta dan terus jalan ke khemah jualan tauhu Crispy dengar penerangan dari abang tauhu crispy tu .. ada dua set, set RM10 dan set RM15 .ada beberapa perisa dan free sambal kicap . Masa ni terlupa nak snap gambar sebab fone dalam kereta.

Disebabkan first time nak cuba tauhu crispy CCL beli set RM10 .Tauhu crispy CCL pilih perisa hot and spicy . so tauhu yang dah siap goreng garing tu ditambah kan serbuk hot spicy dan gaul rata .Masuk kereta je, sempat “rasa-rasa” dulu satu dua ketul. Memang sedap dan rangup, panas, dengan pedas manja . Sampai rumah baru cuba makan sekali dengan sambal kicap. Bagi CCL, sambal kicap tu kurang sikit kick dia. Rasa kicap lebih menonjol dari rasa cili. Tapi tauhu dia masih crunchy, itu yang penting!

Nak repeat lagi ? Nak repeat dengan perisa lain .. tapi tak nak sambal kicap ..heehee


Catat Ulasan

0 Ulasan