Assalamualaikum dan hai semua
Shopee Wrap 2025 : Rekod Membeli-belah di Shopee Tak sangka, bila buka Shopee Wrap, terus terkejut , rupanya dah lebih 10 tahun CCL setia dengan Shopee dan jumlah pesanan pula mencecah 735 orders!.. Patutlah troli Shopee tu sentiasa penuh, kejap kosong lepas bayar, kejap penuh balik.
CCL memang boleh dikategorikan sebagai Real Shopeholic sejak tahun 2016. Bukan jenis shopping setiap hari, tapi bila buka Shopee… susah nak tutup tanpa scroll sampai habis.
Bila tengok Shopee Wrap, baru sedar dalam hampir 10 tahun, CCL dah buat 735 order. Tak hairanlah parcel macam tak pernah putus.735 order dalam 10 tahun bukan setiap hari shopping, dalam 735 order ni bukan barangan CCL sahaja tauu .. ada barang mak adik dan mak saudara CCL juga . Kadang diorang ada minta tolong orderkan barang itu barang ni ..
seronok sebenarnya tengok statistik membeli-belah sendiri, tapi ada satu bahagian yang buat CCL hairan, Shopee kata Sim Card antara barang paling kerap dibeli, sedangkan CCL tak pernah pun beli sim card di Shopee ..
Shopee Wrap, juga ada paparkan kategori t-shirt dan blouse antara yang paling banyak CCL beli. Tak pelik pun sebenarnya, sebab pakaian jenis ni memang praktikal untuk kegunaan harian.
Full stomach, full energy… for Shopee! Memang betul pun. Bukan shopping dalam keadaan kelam-kabut, tapi lebih kepada “me time”..tengok-tengok barang, banding harga, baca review, dan kalau rasa berbaloi… terus checkout. Mungkin sebab tu juga CCL digelar
“the ultimate chill + checkout champion”.
434.5 jam dihabiskan semata-mata layan Shopee Live. Kalau kira-kira, memang banyak masa juga tu…Tapi sebenarnya bukan sekadar tengok kosong. Shopee Live ni jadi tempat CCL survey barang, dengar penjelasan penjual, tengok kualiti kain, saiz sebenar, dan kadang-kadang tunggu harga jatuh live-live sebelum checkout.Ada masa tu buka live sambil buat kerja rumah,ada masa sambil baring sebelum tidur, dan ada juga yang niat “tengok sekejap”…
pembelian paling mahal CCL adalah Tab..
Sepanjang bertahun-tahun ni, jumlah perbelanjaan di Shopee mencecah RM21,107. Bila tengok angka tu, CCL memang terdiam sekejap. Rasa macam terus nak install apps Shopee tu .hehehe . Tapi kalau difikirkan balik ia terkumpul dalam tempoh lama, dan kebanyakannya untuk keperluan. macam CCL katakan, pembelian barang 700 order tu bukan barang CCL seorang jer tau .. ni termasuklah barang-barang adik, mak, mak saudara CCL kadang diorang minta tolong CCL order kan ..
Certified Trendsetter bajet King/Queen. Ingatkan CCL bagi awards banyak beli cadar king or queen .. hehe ..bila baca kat bawah tu baru faham ..Shopee beri gelaran Certified Trendsetter Bajet Queen, satu pengiktirafan untuk pengguna yang bijak guna voucher, Shopee Coins dan diskaun sehingga berjaya checkout dengan harga paling jimat.
Shopee Wrap ni bukan setakat tunjuk angka atau statistik, tapi jadi satu kenangan juga kan , kenangan tabiat dan perjalanan shopping CCL sepanjang hampir 10 tahun ni. Tunggu lagi 10 tahun , agak-agak Shopee Wrap cecah RM40K pulak .. risauuuu










6 Ulasan
waa.... kita lebih kurang je berbelanja di shopee... sy sampai 25k huhu...
BalasPadamHahahaha jangan risau memang shoppe akan buat duit dengan habiskan poket duit kite.
BalasPadam10tahun 20k.. ok lah tu..kikiki
BalasPadamWahh syok bershopping. Alhamdulillah rezeki tak pernah habis
BalasPadamPernah berkali2 dah uninstalled sebab taknak terjebak kononnya. Lepas tu terjebak semula 😆
BalasPadamTak adil lah, shoppe Indonesia tak ada buat macam ini 🤣😅😅. Jadi tak tahu pula history saya memakai shopee ðŸ¤
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan