Jom Lah Clear Almari

 Assalamualaikum dan hai semua 

Jom Lah Clear Almari Masuk je tahun 2026, terus rasa nak clear almari..Bila nampak poster infak pakaian ni lalu di Facebook, memang CCL terus bersemangat. Bukan sebab apa… sebab boleh buat ruang baru dalam almari . Happy sebab apa? Sebab boleh clearkan almari lagi! Lagipun dah masuk tahun 2026 kan. Bukannya saiz badan makin membesar yerrr. Selalunya kalau bulan puasa memang ada je tempat untuk infak pakaian. Tapi kali ni tak sempat tunggu puasa ,awal tahun dah ada program pembelian pakaian terpakai & infak pakaian terpakai. Memang tepat pada masanya!

clear almari, infak pakaian terpakai, sumbangan pakaian terpakai, derma pakaian terpakai, program infak pakaian, pakaian terpakai masih elok

So tunggu apa lagi… inilah masa untuk clear almari. Baju yang masih elok tapi dah tak nak pakai tu, bolehlah kita infakkan kepada golongan yang memerlukan. Ehh rasanya macam tiap-tiap tahun infak pakaian je CCL ni .

clear almari, infak pakaian terpakai, sumbangan pakaian terpakai, derma pakaian terpakai, program infak pakaian, pakaian terpakai masih elok

Baju yang masih elok tapi dah tak pakai tu sayang kalau disimpan lama-lama. Jadi kali ni CCL infakkan beberapa helai baju kurung, t-shirt, seluar jeans dan juga tudung bawal. Adik perempuan CCL pun join sekali ,ada baju yang dah tak padan, terus masuk beg infak.Tak apa lah, janji pakaian masih elok dipakai tak koyak, tak lusuh. Barulah si penerima rasa gembira dan selesa nak pakai.

clear almari, infak pakaian terpakai, sumbangan pakaian terpakai, derma pakaian terpakai, program infak pakaian, pakaian terpakai masih elok

Ni pulak bahagian tudung bawal… yang masih elok-elok belaka. Kesan kerongsang pun sikit sahaja. Orang perempuan dengan tudung memang susah nak berpisah kan ..Asyik nak beli yang baru je, jadi yang dah jarang pakai tu eloklah kita bagi pada yang lebih memerlukan.

Bagus juga program macam ni diadakan. Sekurang-kurangnya dapat galakkan orang ramai untuk sumbangkan pakaian terpakai daripada terus buang ke dalam tong sampah.Baju lama kita, mungkin rezeki baru untuk orang lain ..

Catat Ulasan

0 Ulasan