Assalamualaikum dan hai semua
Benda Dah Post Entri kali ini sekadar catatan kecil.. Semalam CCL ada kongsikan satu video ziarah kubur arwah tok di IG Story dan juga Facebook Story. Video ringkas, tanpa banyak kata, cuma sekadar nak luah kenangan dan rasa rindu yang ada..Dalam video tu.. CCL ada tuliskan tarikh genap 6 tahun pemergian arwah tok..Tapi rupa-rupanya tersalah tarikh pula sepatutnya 14 Januari,tapi yang tertulis ialah 16 Januari. CCL hanya perasan selepas adik CCL DM beritahu perkara tu. Benda dah post !
Enam tahun sudah berlalu. Masa terus berjalan, tapi kenangan bersama arwah tok masih tersimpan kemas dalam ingatan. Ada rindu yang tak perlukan tarikh tepat untuk diingati. Cukup sekadar doa yang tak pernah putus..apa pun, niat CCL cuma satu mengingati dan mendoakan arwah tok.
Al-fatihah


0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan