Assalamualaikum dan salam sejahtera
Genap Setahun Pemergian Arwah Tok
Tarikh keramat 18 Mac 2024 dan hari ni genap setahun pemergian arwah tok CCL . Rasa macam baru sahaja arwah tok pergi meninggalkan kami semua . Tupp..tupp dah cukup setahun .. Allahuakbar rindu rasanya celoteh arwah tok semasa beliau masih ada di muka bumi .
Rindu tak terungkap . Hanya ada kenangan yang masih diingat , gambar untuk ditatap sebagai pengubat kerinduan . Hanya tinggal pusara berbatu nisan sebagai rumah baru arwah tok .
Salam Ramadan tok , semoga arwah tok gembira di taman syurga , moga Allah ampunkan segala dosa-dosa tok semasa di dunia ..
Al-Fatihah
0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan