Makan-Makan Sempena Birthday Mama Rania

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Makan-Makan Sempena Birthday Mama Rania Semalam 24 Februari hari lahir mama Rania , memandangkan CCL pun cuti so ada plan balik kampung untuk sambut birthday mama Rania, sebelum ni mama Rania ada request nak buat makan-makan berkelah di mana-mana tempat di Perlis ni  . Extand punya extand last-last makan-makan kat rumah je lah dulu . Nanti plan lain disebabkan abah Rania pun dah start sibuk kerja, dan lain-lain pun kerja . Kelmarin is family time sekaligus kena tarikh sama dengan birthday mama Rania . So sambut sekali lah .. 



Plan buat makan sikit-sikit jer . Antara menu yang ada tengahari kelmarin 
  • Sup tulang & daging
  • Tomyam ayam & bebola
  • Ikan bakar & daging bakar
  • Air asam tomato & ulam jantung pisang
  • Sotong goreng tepung
  • Sirap limau ais
  • Puding marble kastard keladi




Sup tulang daging dan air asam tomato hasil air tangan mak CCL , pagi ahad tu pergi pasar tani dengan mak CCL beli daging tulang dan sotong untuk masak-masak  . Malam ahad tu dah rebus siap-siap tulang dan daging supaya cepat empuk . Pagi isnin tu barulah masukkan bahan-bahan sup . 




Mama Rania pula buatkan tomyam ayam , ikan dan daging bakar sama-sama bakar . Sambil-sambil tu menyempat juga la CCL gorengkan sotong goreng tepung .. settle . 



Puding marble kastard keladi CCL buat dari rumah dan bawa ke rumah mama Rania . 



Sebelum tue, CCL ada nk order kek dan cheese tart, alih-alih kak yang CCL selalu order tu cuti panjang pulak . Nak cari bakers lain rasa memang dah tak sempat sebab lagi beberapa hari sahaja lagi birthday mama Rania . CCL kadang-kadang tu memang last minit juga kan  . Nak beli di kedai kek bagai dikatalah masing-masing memang tak berapa gemar kek yang dipenuhi aising . Lama-lama jadi muak nak makan .. 

Ni kek birthday mama Rania, abah Rania yang belikan ..sedap, dalam tu kek red velvet moist . Luar tu bukan aising tauu tapi memang sedap .

Rasa lega bila boleh buat makan-makan walaupun bukan berkelah di mana-mana tempat , tapi makan-makan kat rumah pun dah cukup cipta kenangan sementara semuanya masih ada .. kadang-kadang kita hanya merancang tapi Allah yang approved kan .. 

Terima kasih Allah , syukur Alhamdulillah.




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. alhamdulilah rezeki daripada Allah yang tidak pernah habis :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah bestnya... Buat di rumah lagi santai sebenarnya, boleh repeat makan sambil tu berborak lama².
    Panda CCL buat puding tu, lawa 👍🏻

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan