Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli Sabun Aiskrim Sebelum ni memang kalau nak bersih badan pakai sabun buku . Rasa selesa , walaupun kadang-kadang guna juga shower gel tetapi tetap kena bersih badan guna sabun buku . Kali ni CCL cuba beli sabun aiskrim . U guys pernah dengar tak sabun aiskrim . Ya sabun untuk mandian bukan untuk di makan tau .. no !! Tak boleh makan .
Sabun aiskrim ni tekstur memang sangat lembut . Ambil dalam kuantiti yang mencukupi , sapu pada seluruh tubuh badan dan bilas dengan air .. mudah kan .. teracun untuk cuba sabun aiskrim ni dari mana lagi tak lain tak bukan kalau bukan dari platform Shopee . Tengok live seller tengah ceduk-ceduk sabun aiskrim ni ke dalam balang terus rasa nak cuba ..yang paling best setiap hari flavour sabun aiskrim ni lain-lain tau ..so setiap kali masuk live seller di Mellysha Beauty Rich kena tahan diri laa ..bukan apa sebab CCL dah beli dua flavour, risau terbeli setiap minggu tak sempat nak pakai haa ..
Sabun aiskrim Shea butter & mint . Gabungan tiga warna iaitu purple bau bubblegum, biru dengan bauan honeydew dan juga warna kuning bauan pineapple . Gabungan warna yang cantik . Lulur pada seluruh badan rasa fresh sangat sebab ada mint yang bagi effect cooling pada kulit .
Ni flavour kedua sabun aiskrim gelenggang mint . Flavour merah dengan bauan scandalous . Hitam pula dari charcoals cherry blossom . Wangi melekat pada badan . Gabungan warna yang cantik . Lulur pada seluruh badan rasa fresh sangat sebab ada mint yang bagi effect cooling pada kulit .
Sabun aiskrim ni bukan hanya padai di seluruh tubuh badan sahaja tau , pakai pada kulit wajah pun boleh .. harga pun murah hanya RM11.90 sahaja .
Kalau tanya CCL best ke tidak pakai sabun aiskrim ni , of course best sebab ingredients di dalam sabun ni sangat best . Segar tubuh badan tau .
4 Ulasan
Aduh.. Rasa nak makan pun ada. Serupa ais krim. Hehe
BalasPadamCantiknya.. x pernah jumpa plak. Kalau jumpa sure try gak ni... 😅
BalasPadamLulur pada badan aje tau..jangan termakan plak..nampak sedap dah tu ha serupa aiskrim...jauhkan dari budak2 jugak ye..
BalasPadambestnyaaa sabun ni. da lama teringin nak beli .kityut macam aiskrim! dah boleh imagine bau yang wangi lepas keluar dari toilet
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan