Tips : Halau Semut Dalam Gula

 Assalamualaikum & salam sejahtera


Tips : Halau Semut Dalam Gula


Tips dapur, tips halau semut dalam gula, tips mudah halau semut dalam gula, 4 cara halau semut dalam gula

Semut musuh utama gula ! Hangpa pun mesti pernah alamikan bekas gula dibanjiri sekampung semut . Gula dengan semut berpisah tiadalah katakan . Dimana ada gula disitu semut ada . Tapi kali ni CCL nak kongsikan tips untuk halau dan hindari dari semut. Gula hangpa yang dimasuki semut masih lagi bersih dan boleh digunakan . Cuma kena pastikan semua semut dibuang terlebih dahulu .


Tips dapur, tips halau semut dalam gula, tips mudah halau semut dalam gula, 4 cara halau semut dalam gula

Ada beberapa cara hangpa boleh pillih untuk diguna pakai . 


Cili kering

Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula yang dibanjiri semut, tutup ala kadar untuk bolehkan semut keluar . Jangan risau cili kering ni takkan tinggalkan rasa pedas pun pada gula . 


Asam keping 

Masukkan beberapa keping asam gelugur. Jangan risau asam keping pun takkan buat gula berubah rasa .


Kayu manis & cengkih 

Masukkan salah satu rempah ini ke dalam bekas gula . Dan macam biasa semut akan keluar kerana tak suka bau rempah ratus.


Pisau 

Bunyi agak pelik  , tetapi petua ini telah ramai yang dah guna pakai dan berjaya halau semut . 


Jemur bawah matahari 

Untuk jumlah yang besar hangpa juga boleh guna kaedah jemur bawah matahari . Sebab semutkan tak suka panas so sama juga dengan petua letak bekas gula di tepi dapur . 


Hangpa boleh guna ja mana-mana petua yang mudah untuk diguna pakai. 

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. semut kalau sekor dua yang datang okey je. tapi kalau dah segerombolan datangnya, aisss geram gak. hihi. tq share tips

    BalasPadam
  2. mak saya selalu letak cengkih tu dengan kayu manis tu

    BalasPadam
  3. Tq tq, semua senjata dah ada tu utk berperang dgn semut 😂 lately byk pulak semut merayap di dapur ni, risau pulak kalau masuk dlm bekas gula.

    BalasPadam
  4. yg last tu biasa buat.
    oh blh try letak cili atau kayu manis pasni
    tqq fpr info

    BalasPadam
  5. Setuju semua usaha untuk menghalau semut cuma pisau tu kena buat kajian lebih lanjut. Mungkin sebab pisau itu dah ada bau potongan/ hirisan bahan2 yang akan menyebabkan semut tak suka. Satu lagi mungkin sebab jenis material pisau dari stainless steel menyebabkan semut tak suka.

    BalasPadam
  6. Sis guna tips letak bunga cengkih dan kulit kayu manis, memang jarang sekali semut masuk dalam balang gula sis.. Anyway thanks CCL for the tips..

    BalasPadam
  7. selalu letak tepi dapur...

    BalasPadam
  8. yg pisau tu 1st time dgt..leh cuba ni
    MA letak dlm peti ais terus gula...alhamdulillah, semut x masuk plak.. he he

    BalasPadam
  9. Guna pisau tu paling rare. Terima kasih share. Boleh guna pakai kalau semut tertiba masuk bekas gula tak tutup ketat tiba tiba.

    BalasPadam
  10. yang letak pisau tu, 1st time dengar...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan