LANGKAH PENEBUSAN DATA MUDAH ALIH PERCUMA SEPANJANG TEMPOH PKP


Assalamualaikum dan salam sejahtera



INFO, INFORMASI, LANGKAH PENEBUSAN DATA MUDAH ALIH PERCUMA, LANGKAH PENEBUSAN DATA MAXIS MUDAH ALIH SECARA PERCUMA, LANGKAH PENEBUSAN DATA CELCOM MUDAH,ALIH SECARA PERCUMA, LANGKAH,PENEBUSAN DATA DIGI MUDAH ALIH SECARA PERCUMA, LANGKAH PENEBUSAN DATA YADOOO MUDAH ALIH SECARA PERCUMA, LANGKAH PENEBUSAN DATA UMOBILE MUDAH ALUH SECARA PERCUMA


LANGKAH PENEBUSAN DATA MUDAH ALIH PERCUMA SEPANJANG TEMPOH PKP


1. Maxis  – Perlu Ditebus
Setiap Hari Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja (penggunaan di luar waktu yang dinyatakan akan diambil kira daripada data sedia ada).  Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’


2. UMobile –  Daftar & Terima Secara Automatik

UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.

Sama seperti Maxis, data ini hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penggunaan luar julat waktu ini akan diambil daripada pakej data langganan. Bagaimanapun, pelanggan perlu memastikan talian adalah aktif untuk penggunaan data percuma ini. Untuk makluman, penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :

*118*6*7# untuk pengguna prabayar

*118*7*6# untuk pengguna pascabayar


3. Celcom – Penebusan Tidak Diperlukan

Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.

Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,

*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar

*118# untuk pengguna pascabayar


4. Digi – Internet dan Panggilan Percuma

Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari.  Malahan pemberian data percuma ini telah diumumkan oleh Digi lebih awal lagi (sejak 21 Mac) berbanding telko lain.

Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :

Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari

Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.

Selain daripada itu, Digi turut memberikan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, jomstudi. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli akses percuma 1 selama bulan untuk UPSR dan kurikulum SPM di Classroom dengan hanya RM1.


5. YooDo – Tiada Had Penggunaan

Penawaran YooDo nampaknya tampil lebih menarik berbanding yang lain apabila pengguna data percuma ini boleh digunakan tanpa had iaitu bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Data percuma akan dikreditkan ke pelan anda bermula 30 Mac (hari ini) sehingga 14 April 2020 dan sila pastikan talian anda adalah aktif.

Data percuma ini akan ditambah pada baki data sedia ada – sebagai contoh, jika pelan pengguna mempunyai data sebanyak 15GB, ia akan memaparkan‘16GB daripada 15GB’ sejurus menerima data 1GB tersebut. Menariknya lagi, data yang tidak habis digunakan akan dikumpul sehingga pelan anda luput/diperbaharui.


6. Unifi Mobile – Pas Hotspot 999GB

Berita baik lagi! Unifi Mobile kini menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma dan penawaran ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ia tersedia untuk semua pengguna unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).

Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diaktifkan secara automatik. Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.

LANGKAH PENEBUSAN DATA MUDAH ALIH PERCUMA SEPANJANG TEMPOH PKP LANGKAH PENEBUSAN DATA MUDAH ALIH PERCUMA SEPANJANG TEMPOH PKP Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 10:15:00 PG Rating: 5

5 ulasan:

  1. Kiranya untuk Umobile ni, kalau saya memang tengah guna Umo, terus auto dapatlah ye?

    BalasPadam
  2. Belum redeem lagi since duduk rumah guna wifi yang ada je.

    BalasPadam
  3. redeem jangan tak redeem..hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.