MCDONALD"S MEMPERUNTUKKAN RM 3JUTA DALAM PROGRAM "KEMBALI KE SEKOLAH" 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Isu semasa, mcdonalds, program bersama mcdonalds, program mcdonalds kembali ke sekolah,


MCDONALD"S MEMPERUNTUKKAN RM 3JUTA DALAM PROGRAM "KEMBALI KE SEKOLAH" 2019 Pernah lihat tak tabung di atas kaunter McDonald’s? Tabung tu biasanya orang isi dengan syiling sahaja.
Tabung itu sebenarnya sangat banyak membantu ramai orang terutama golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar.

Isu semasa, mcdonalds, program bersama mcdonalds, program mcdonalds kembali ke sekolah,

Tahun ini McDonald’s memperuntukkan RM 3juta untuk membantu 30,000 murid seluruh negara dengan program 'Kembali Ke Sekolah' 2019. 30,000 anak-anak tersenyum ria. 30,000 anak-anak lebih bersemangat dan bermotivasi untuk memulakan sesi persekolahan 2020. 30,000 anak-anak mendapat pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, stoking, dan juga beg sekolah.


Isu semasa, mcdonalds, program bersama mcdonalds, program mcdonalds kembali ke sekolah,

Program ini memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar. Untuk tahun ini, ia baru sahaja dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Jumaat lepas. Program ‘Kembali ke Sekolah’ ini merupakan salah satu daripada inisiatif McDonald’s Malaysia untuk menceriakan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh negara menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang Program Komuniti McDonald’s. 

Bantuan sebegini pasti sangat membantu mengurangkan bebanan keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar.

Kawan-kawan, jika sesekali kalian mengunjungi restoran McDonald’s, ingatlah kutipan tabung di atas kaunter itu sebenarnya dipulangkan kepada golongan yang kurang senang. Rajin-rajinlah menghulur sedikit sebanyak.

Boleh juga nak derma secara online di link ini ya :

Isu semasa, mcdonalds, program bersama mcdonalds, program mcdonalds kembali ke sekolah,



Semoga adik-adik yang menerima sumbangan ini lebih bermotivasi dan bersemangat untuk ke sekolah nanti.

Terima kasih McDonald’s Malaysia yang sering bekerjasama dan komitmen berterusan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam projek-projek CSR sejak dulu lagi. 

Banyak keluarga pasti merasa gembira dengan bantuan ini.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terbaik McDonalds. Thanks for the Info CCL :O

    BalasPadam
  2. Usaha yang bagus dari McDonald.. semoga lebih banyak yang sudi menghulur bantuan buat mereka yang memerlukan..

    BalasPadam
  3. usaha dan niat murni yang bagus untuk membantu mereka yang memerlukan. ringan sikit beban mak ayah untuk persekolah anak anak tahun depan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan