RESEPI : IKAN KERISI GORENG SAMBAL KANTAN



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


ikan kerisi masak sambal kantan, masakan kampung, menu berbuka puasa, menu makan harian, resepi, resepi sambal bunga kantan, resepkan kerisi,




IKAN KERISI GORENG SAMBAL KANTAN


BAHAN


➡ 5ekor Ikan Kerisi (ikan lain pun boleh)

Lumur garam & kunyit kepas tu goreng je macam biasa. Ketepikan dulu.

Untuk sambalnya:

➡ 2 kuntum Bunga Kantan-hiris halus
➡ 3sb Cili Kisar
➡ 2bj Bawang Besar 
➡ (1bj untuk kisar ..1bj lagi potong bulat)
➡ 2ulas Bawang Putih
➡ 1in Halia
➡ 1kpg Asam Keping
➡ Belacan
➡ Garam
➡ Gula Melaka


CARA PENYEDIAAN 


1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Tumiskan bahan kisar bersama cili kisar. Masukkan sedikit belacan dan asam keping. Tumis sehingga garing.


2. Masukkan bunga kantan. Tambah sedikit air dan masak sehingga bunga kantan lembut.


3. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat, garam dan gula melaka. Masak sehingga bawang layu. 


4.Seiimbangkan rasanya. Kemudian bolehlah diangkat dan curahkan atas ikan yang dah digoreng tadi. 


Selamat mencuba


Resepi credit to: thesisterproject


RESEPI : IKAN KERISI GORENG SAMBAL KANTAN RESEPI : IKAN KERISI GORENG SAMBAL KANTAN Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 12:46:00 PTG Rating: 5

12 ulasan:

  1. Nampak senang je..nak cuba la nanti...

    BalasPadam
  2. woahh my fevret ikannn . Dapnyaaa

    BalasPadam
  3. terliur. tolong tolong nak cuba resepi ni kalau ada masa nanti. hee

    BalasPadam
  4. Fuhhh tgok gmbr pun da dpt ase sedapp. Hehe
    Thanks 4 the recipe

    BalasPadam
  5. Sedapnya. Resepinya pun simple. Boleh cuba lepas ni

    BalasPadam
  6. Wah.. Senang je ni. Nnti boleh try

    BalasPadam
  7. Owh bunga kantan boleh dijadikan sambal rupanya. Qiya baru tau. Boleh la cuba nanti

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.