SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera 




NOVEL, NOVEL TERBARU 2018 , NOVEL RINDU YANG TERLARANG . SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG , RINDU YANG TERLARANG ,KOLEKSI NOVEL


SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG  Cinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . 
"Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!" - Puan Rohana 
Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura . Jangankan hendak berbesan , selisih jalanpun mereka tidak sudi . Masing -masing istiharkan permusuhan tujuh keturunan .
"Kita tetap akan nikah Ain!" Putus Faith , masih yakin .

"Tapi...macam mana ?" Ainnura buntu. Perkahwinan tanpa restu , bukan pilihan terbaik .
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia , tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara diam -diam . Yeah ... nikmat berumahtangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma . Bila rahsia terbongkar , Faith diberi kata dua , cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar ...perpisahan tanpa rela buatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji , namun harapan hanya tinggal harapan .

Beberapa tahun berlalu , walaupun sangat berjaya dalam kerjaya , perasaan Faith tetap kosong dan beku . Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat si jandanya ...
"Orang rindu Ain sangat...."- Faith
"Rindu kita ...rindu terlarang !" -Ainnura
Bersatu semula , sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan , bukanlah satu rancangan yang bijak untuk cari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah , Reza Dato' Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk raih semula cinta Ainnura.

Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka ? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith ? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing -masing?

Brand: KARYA SENI 
PenerbitKARYA SENI
PenulisUMIE NADZIMAH


SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 9:03:00 PTG Rating: 5

13 ulasan:

  1. karya Umi Nadzimah pasti tak mengecewakan..antara penulis novel yang dalam list Umi ni..

    BalasPadam
  2. lama takbaca novel, macam best novel ni

    BalasPadam
  3. Buku baru ye CCL.. Macam menarik sinopsisnya..

    BalasPadam
  4. Wah, menarik novel ni. nanti rajin nak cari la...

    BalasPadam
  5. haihhhh kesiannya nak bersama tapi terhalang dengan ego keluarga

    BalasPadam
  6. dah lama x baca novel.. last rasanya masa sekolah dulu..


    Aerill Hassan

    BalasPadam
  7. amboi drama sgt ceritanya hahaha

    BalasPadam
  8. Novel kisah percintaan jugakkk :) tengok tajuk pun dah wow sangat.. Rindu yang terlarang

    BalasPadam
  9. lama dah tak terjebak dengan novel..kalau tak dulu dpt novel, sehari boleh habis baca..tambah2 kalau jalan citer best...tak jadi kerja lain..

    BalasPadam
  10. novelnya keren bgt sist :)

    BalasPadam
  11. singgah sini done follow!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. rasa macam tak pernah lagi baca novel dari penulis Umie Nadzimah ni. tapi teringin nak baca. memang dalam list novel yang akan dibeli hehe.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.