RESEPI : KEK OREO VIRAL KUKUS SEMUDAH TIGA BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



kek oreo , kek oreo viral, kek oreo coklat leleh , kek oreo cheese leleh, resepi kek oreo kukus , resepi kek oreo, kek oreo dua bahan , kongsi resepi, blog resepi , cara mudah buat kek oreo, kek oreo kukus , kek oreo bakar


RESEPI : KEK OREO VIRAL KUKUS SEMUDAH TIGA BAHAN  | Beberapa minggu lepas, menu yang tengah hot di laman-laman sosial media menjadi pilihan penggemar kek, tak lain tak bukan "kek oreo cheese " . CCL juga tak lepas peluang untuk mencuba resepi ni ,. Mulanya macam tak percaya takkan hanya menggunakan dua bahan utama biskut oreo bersama susu dutch lady  boleh menjadi sebiji kek ?? CCL pun mula baca komen-komen banyak yang mengatakan diorang ikut resepi yang diberi alhamdulillah menjadi . 

Disebabkan CCL seorang yang tak berapa pandai nak buat kek, tapi gemar makan kek tercabar jugak bila tengok ramai yang dah berjaya membuat kek mengunakan dua bahan utama ni .Tak lepaskan peluang CCL turut mencuba resepi tersebut, alhamdulillah menjadi, kemain gembira tak terkata tau . Jom follow CCL homemade kek oreo viral yang paling mudah dan ringkas sekali . Yang penting sedap ! 



kek oreo , kek oreo viral, kek oreo coklat leleh , kek oreo cheese leleh, resepi kek oreo kukus , resepi kek oreo, kek oreo dua bahan , kongsi resepi, blog resepi , cara mudah buat kek oreo, kek oreo kukus , kek oreo bakar


BAHAN-BAHAN

♥ 2 peket biskut oreo
♥ susu dutch lady 200ml
♥ mentega 




http://cikcappuccinolatte.blogspot.my


CARA PENYEDIAAN 

1. Sediakan dua peket biskut oreo tak kisahlah perisa vanila ataupun perisa coklat, CCL pilih perisa coklat disebabkan perisa vanila kehabisan stok,

2. Masukkan dua peket biskut oreo ke dalam blender bersama 200ml susu dutch lady . Diingatkan sekali lagi susu dutch lady hanya 200ml sahaja , jangan korang letak sebotol nanti tak menjadi kek oreo korang tu . Blender sehingga sebati 

3. Sapu mentega ataupun butter pada loyang untuk mengelakkan kek tidak melekat pada loyang . Tuangkan bahan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga 30 minit . 

4. Setelah siap, sejukkan sebentar kek tersebut dan boleh letak topping coklat dan hias dengan coklat tabur . 

Selamat mencuba 

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. sedap kek ni try dah buat guna brand lain punya susu coklat hahahahha

    BalasPadam
  2. Senangnya. Kena try ni hehe

    BalasPadam
  3. Sedapnya tengok. Teringin nak buat tapi tak suka sangat kek manis manis, kecuali cheese kek yang mengemukkan! Hahaa

    BalasPadam
  4. senangnya..kena cuba buat ni dengan anak2 mesti diaorang teruja.

    BalasPadam
  5. nampak mcm sedap, nt boleh try

    BalasPadam
  6. wah 3 bahan ja, simple nya...thanks sharing resepi

    BalasPadam
  7. Mai salin resepi kat sini...

    BalasPadam
  8. memang viral abes kek nie.. tp takde mase lg nak buat.. huhu

    BalasPadam
  9. mudah je nak buatnya ye CCL..

    BalasPadam
  10. Aduh melting tenfok kek oreo ni, udahlah suka nau dengan coklat

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, dah cuba buat, sedap juga

    BalasPadam
  12. eh..mcm senang je yeak CCL..nk try, tak ada pengukus pulak kat rumah..

    BalasPadam
  13. Sedapnya, ya ALLAH...nyummm3

    BalasPadam
  14. sedapnyaaa. comel lah kek tuu love!

    BalasPadam
  15. Waahhhh comel pula.. bentuk love lagi.. Tak manis ke CCL? lepas nie nak cuba jugalah

    BalasPadam
  16. Sedapnya. Boleh try nih!

    BalasPadam

  17. Wow, absolutely fantastic blog. I am very glad to have such useful information

    clipping path service

    Photo Editing ServicesGhost Mannequin services

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan