RESEPI : IKAN BAWAL MASAK SOS CILI THAI


Assalamualaikum dan salam sejahtera .



gambar ikan bawal, harga ikan bawal, Ikan bawal goreng, ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan bawal sos cili thai, resepi ikan bawal, resepi ikan bawal goreng, resepi masakan,


RESEPI : IKAN BAWAL MASAK SOS CILI THAI  | Ada antara korang disini penggemar ikan bawal ? CCL salah sorang pengemar ikan bawal , Ikan bawal memang sedap kalau di goreng garing makan panas- panas . Terliur bukan . Selalunya CCL akan goreng garing aje , tapi hari ni CCL nak bagi menu ikan bawal ni menarik sikit .

Follow resepi di bawah


gambar ikan bawal, harga ikan bawal, Ikan bawal goreng, ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan bawal sos cili thai, resepi ikan bawal, resepi ikan bawal goreng, resepi masakan,



BAHAN- BAHAN


  1. ikan bawal
  2. Bawang merah 
  3. Bawang putih
  4. Bawang besar
  5. Sos cili thai 
  6. Garam
  7. Minyak masak
  8. Air
  9. Cili besar
  10. Daun bawang / daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN

1.  Panaskan minyak . Tumis bawang merah bersama bawang putih yang telah ditumbuk sehingga nampak kekuningan .

2. Masukkan sos cili thai dan masukkan sedikit sahaja air agar sos tidak terlalu melekat ketika memasak. Kalau nak lebihkan kuah boleh masukkan lebih sedikit air. 

3. Masukkan sedikit garam secukup rasa , dan masukkan ikan bawal yang telah siap digoreng garing ke dalam kuah bersama bawang besar yang dipotong bulat , cili besar dan masukkan daun bawang ataupun daun ketumbar . 

4. Biar kuah tersebut disaluti pada ikan . Siap dan boleh dihidangkan . 

Anggaran bahan mengikut kuantiti ikan yang digunakan . 

Selamat mencuba . 
RESEPI : IKAN BAWAL MASAK SOS CILI THAI RESEPI : IKAN BAWAL MASAK SOS CILI THAI Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 1:01:00 PTG Rating: 5

12 ulasan:

  1. Kalau tukar ikan, okey kot kan CCL..cara masak simple tapi ikan bawal tu saya tak berapa suka..boleh try resipi ni tapi tukar ikan.. ;)

    BalasPadam
  2. Sedapp.. nak cari calon isteri dulu tolong buat kan :p

    BalasPadam
  3. Sedap ni... Fevret ๐Ÿ˜

    BalasPadam
  4. sedapnyaaa sis! boleh try niii

    BalasPadam
  5. ikan bawal digoreng garing, perghhh... sodap hingga menjilat jari ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
  6. Sedap ikan bawal masak sos cili.. feveret kita org ni..

    BalasPadam
  7. Feveret ni, makan nasi panas panas, cicah sambal belacan fuhhh!

    BalasPadam
  8. alamak sedapnya,,, tapi saya tak makan ikan bawal. nanti nak try ngn ikan kembong lah

    BalasPadam
  9. sedap nampak tu.. kalau guna ikan lain boleh ni.. ingat lagi pesan ma kita yang buat masakan air tangan ni berbeza hihihihi..

    BalasPadam
  10. apa yang sedap sngt niiii. berseleraaaa.. ikan garing2 pulakk. fuhh.. hehe

    BalasPadam
  11. masakan yang mudah tapi sangat sedap dan lazat. GV suka resepi ringkas macam ini. Terbaik kak CCL. :D

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.