DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN


Assalamualaikum & salam sejahtera 




rezeki, tips murah rezeki, rezeki ada di tangan Allah, rezeki ada dimana-mana, rezeki berbisnes, tips jadi bisnes berjaya,


DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN  CCL nak tanya korang semua pernah dengar ayat ni 'dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain ' ? CCL pasti rata - rata mesti pernah dengar .Adat berniaga ni ada untung ruginya tambah - tambah zaman sekarang ni ekonomi serba sedikit gawat , kadang naik turun dalam masa yang sama kita sebagai pembeli dan pengguna CCL nasihatkan kita kena bijak .Ya bijak dari segi memilih barangan / produk , bijak menilai barangan dan sesuatu produk tersebut dan akhir sekali bijak  buat keputusan barang yang korang beli 

Dalam masa yang sama juga , pelbagai soalan yang akan menghantui dalam fikiran para pembeli 
'eh betul ke produk ni boleh bantu masalah yang korang tengah alami sekarang ni '

'urrm kalau tak berkesan macam mana ya ? tak ker rugi berli dengan harga yang mahal tapi tak membuahkan hasil  ' 
pernah kan korang terfikir begitu , ini dipanggil perasaan ragu - ragu 


"Tak nak beli takpe..saya tak paksa.." tapi  jangan la buat ayat macam kat bawah  ni.jangan jadi syaitan yang suka menghasut.

" Ko tak payahla beli dgn dia , aku tahu kat mana dia amik stock , baru berapa ringgit je benda tu , jual kemain mahal !"



rezeki, tips murah rezeki, rezeki ada di tangan Allah, rezeki ada dimana-mana, rezeki berbisnes, tips jadi bisnes berjaya,


Jangan menafikan rezeki orang lain . Jangan sesekali ya . Kalau tak nak membeli , jangan berikan kata-kata  negatif pada orang lain yang berniat ingin adakan urusan urus niaga . Kalau dah membeli sekalipun , jangan merasa menyesal serta merasa rugi kecuali barang tersebut sah-sah peniaga ambik kesempatan, sampai tak munasabah. Kita tak tahu macam mana dia bertungkus-lumus dapatkan stock dan ulang-alik mungkin . Susahkan suami or family dia. Macam mana modal dia keluarkan.

Kita tak tahu dengan untung jualan tu apa yang dia sara . Bersangka baik, sesungguhnya dalam rezeki kita terdapat rezeki org lain. Dan yang pastinya bagi peniaga, setiap jualan mesti ada margin keuntungan yg dia siap markup .
Takkan meniaga jual harga modal tu bukan meniaga tu buat amal jariah 

Sekadar Renungan  bersama. Selamat beramal dan berniaga sama-sama  usaha mencari rezeki...

DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 9:05:00 PTG Rating: 5

6 ulasan:

  1. haah..setuju sangat tu,bukan sepenuhnya rezeki kita

    BalasPadam
  2. Setuju CCl, makin banyak sedekah makin banyak kita dapat kembali..

    BalasPadam
  3. betul tu!tak nak beli takpe..tapi jangan menjatuhkan perniagaan orang lain..good sharing ccl!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.