DRAMA RAISHA LAKONAN DIANA DANIELLE & HAFIDZ ROSHDI


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

SINOPSIS DRAMA RAISHA DAN BARISAN PELAKON | Drama baru yang bakal mengisi di slot Lestary di tv3 bertajuk 'Raisha' yang bakal menggantikan drama yang sedang ditayangkan sekarang 'Miss Kapten cikgu Waiz' . Kepada yang masih tertanya-tanya siapa tersju utama drama 'Raisha' ini adalah  lakonan Diana Danielle dan Hafidz Roshdi. Dah lama CCL tak tengok Diana Danielle berlakon , alhamdulillah Diana Danielle dah bergiat aktif dalam bidang seni semula . Diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan terbitan OrangeTree Production.Drama ni jugak bakal beriaran di Slot Lestary di tv3 mulai 21 September 2017


Drama raisha, slot baru lestary, lestary tv3, drama lestary baru raisha,sinopsis drama raisha,senarai pelakon drama raisha,barisan pelakon drama raisha,ost lagu drama raisha,diana danielle belakon,diana danielle dalam slot lestary


Senarai barisan Para Pelakon drama Raisha

Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Abil, Tunku Hanis, Megat Amir, Adam Lee, Rais Hazlin.


Sinopsis drama Raisha

Mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.

Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendaknya, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.

Sifat manja Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen. Berrbekalkan dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial (escort) bersama rakannya Melly. Namun, kebahagiaan yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly.

Bagaimanakah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaiki kehidupannya?


Nak tahu segala persoalannya, jangan lupa tengok drama Raisha .


DRAMA RAISHA LAKONAN DIANA DANIELLE & HAFIDZ ROSHDI DRAMA RAISHA LAKONAN DIANA DANIELLE & HAFIDZ ROSHDI Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 9:29:00 PTG Rating: 5

12 ulasan:

  1. tgk iklan macam bess ceritanya..

    BalasPadam
  2. xtengok la pulak nanti nak try tengok

    BalasPadam
  3. Macam best plk cter nih..kne try tgk nih

    BalasPadam
  4. Best jugak jalan cerita drama ni..
    Harap tak menghampakan..

    BalasPadam
  5. Semalam tertengok drama nie tanpa sengaja. Macam best je drama nie.

    BalasPadam
  6. Mcm menarik je jln cerita dia

    BalasPadam
  7. nak tengo xtertengok-tengok lagi cerita ni..

    BalasPadam
  8. nak tengo xtertengok-tengok lagi cerita ni..

    BalasPadam
  9. Besttt tp annoying namatey watak shida

    BalasPadam
  10. aida jarang dt follow drama bersiri.
    takde masa.
    and kekadang ada masa tapi ijat menguasai remote tv :) ha ha ha...
    kalau astro tu, aida slalu tgk slot yg ulangan bila weekend tau, ccl.

    BalasPadam
  11. Alamak, ni kalau dah start tengok ni mula la terjebak..hehehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.