Khamis, 23 Mei 2013

MAKSUD 'Peace'

‘Peace’, satu simbol yang selalu diekspresikan ketika bergambar. Boleh dikatakan ia antara ‘pose’ wajib bagi setiap orang kalau kehabisan idea untuk bergaya ketika  merakam gambar. Simbol ini bukan seperti ‘trend’ yang datang dan pergi tetapi ia kekal hingga kini walaupun pelbagai generasi sudah dilalui.

Tanpa mengira peringkat umur, lambang ‘peace’ boleh dianggap seperti legasi sejak turun temurun. Ia ibarat tabiat semula jadi yang wujud dalam diri setiap manusia. Adakah anda tergolong antara mereka? Jika dilihat kembali, anak kecil yang berumur empat dan lima tahun juga tahu membuat gaya ‘peace’ ketika bergambar. Mungkin diajar ibu bapa dan mungkin juga terpengaruh dengan orang sekeliling. 


Maksud ‘Peace’

Meskipun ia merebak menjadi budaya kekal namun sejauh mana kita faham mengenai lambang ‘peace’ ini. Makna sebenar ‘peace’ merujuk kepada Wikipedia, ia adalah lambang perdamaian. Sepanjang sejarah dunia, beberapa simbol sudah digunakan namun dikatakan lambang merpati, ranting pokok zaitun dan lambang melucutkan senjata nuklear adalah antara yang terkenal digunakan. Tanda lain yang sering digunakan sebagai lambang perdamaian termasuklah tanda V (V sign) yang bermaksud kemenangan (victory). 
Simbol keamanan pada mulanya digunakan sebagai simbol pelucutan 
senjata nuklear oleh gerakan anti-perang. Direka Gerald Holtom, pada 21 Februari 1958, simbol ini adalah kombinasi isyarat bendera untuk huruf N dan D. Ia juga singkatan dalam bahasa Inggeris untuk perkataan ‘Nuclear Disarmament’ atau pelucutan senjata nuklear.

Jika dibandingkan pengisian maksud keamanan dalam diri setiap manusia agak rumit. Setiap peringkat umur mempunyai tahap peredaran sejarah yang berbeza. Semakin lama dia hidup, semakin mendalam inti pati maksud ‘aman’ yang dia tahu. Walaupun begitu, makna sebenar simbol ‘peace’ ini tidak akan pernah berubah sejak berabad lama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !