Sabtu, 1 April 2017

LEMPENG KUAH DURIAN


Assalamualaikum ..

LEMPENG DURIAN ATAU SERABAI DURIAN Kuih tradisi masyarakat Pulau Pinang , lempeng durian atau nama femesnya yang lebih dikenali dengan serabai durian .Mungkin  ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar nama kuih tersebut .Kalau di negeri Perlis Indera Kayangan ini susah sikit nak jumpa gerai-gerai yang jual lempeng durian atau serabai durian ni.Selalunya zaman-zaman dahulu , zaman tok-tok kita yang pandai sediakan lempeng durian atau serabai durian ni .

Rasanya ini kali pertama CCL  berpeluang menikmati kuih asli ini .Lempeng durian atau serabai durian ini hasil air tangan oleh tok sebelah mak CCL .Kalau tak ada tok CCL ..maka rasanya CCL pun tak sempat menikmati makanan  yang tradisional ini. Serabai durian ni bentukknya macam lempeng.. dan dimakan dengan kuah durian .. kat bawah CCL ada share resepi lempeng durian / serabai durian . 



Resepi,lempeng durian,serabai durian,resepi kuih tradisional,resepi kuih melayu asli,resepi kuih melayu,blog resepi,1001 resepi



BAHAN-BAHAN:
  •  2 cawan tepung beras.
  •  1/2 cawan nasi sejuk.
  •  1/2 cawan santan pekat.
  •  1 sudu kecil yis segera.
  • 2 sudu gula.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN SERABAI /LEMPENG:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan nasi dalam blender kisar dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukan juga garam dan tepung beras. Kisar sehingga sebati.
3. Keluarkan dari balang pengisar dan masukkan dalam sebuah bekas dan tuang campuran yis bersama gula tadi. Gaul serata. Peramkan selama beberapa jam ( 2 jam lebih). Jangan terlalu lama, adunan akan masam.
4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Tutup api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.

PENYEDIAAN KUAHNYA:
BAHAN-BAHAN:
– 1 cawan gula perang.
– 1 cawan santan.
– 1/2 cawan air.
– 2 biji telur.
– 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung – bancuh.
– 2 helai daun pandan di simpul.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan gula , air dan telur dan pukul rata.
2. masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini..bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung.
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat..bila sejuk kaya ini alan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.

CARA MENYEDIAKAN SERAWA DURIAN:
BAHAN-BAHAN:
– 2 cawan santan.
– 100 gm isi durian.
– 80 gm gula pasir.
– 1/4 sudu kecil garam.
– 1 helai daun pandan.
– 1 biji putih telur di pukul.

CARA PENYEDIAAN:
1. Sebatikan semua bahan-bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur terkemudian.
2. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Kuah dah tersedia.

20 ulasan:

  1. Wahhh!!! Makanan tradisional macam ni memang best kalau tangan yang buatnya orang-orang yang kita sayang kan? Resepi pun nampak senang bangat tuh..selalu akak buat lempeng biasa ajer, tepung gandum, fresh milk, garam sket, air and telur. HAHAH!

    BalasPadam
    Balasan
    1. @NanaFadhly betul tue .. sebab ni kuih asli ..melayu tradisional ..orang-orang lama memang dah cekap buat ..

      Padam
  2. saya suka serabai kaya! dekat tempat saya (miri) pun banyak org jual ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Eeca Shyaa wahh..serabai kaya pun ada..CCL ingat serabai kuah durian aje.rupanya boleh makan dengan macam-macam.kalau kat perlis ni tak banyak yg jual .huhuu

      Padam
  3. sedapnya serabai .. lama tak makan la,... nampak gaya kena buat la nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Cik Ash : selamat mencuba sis .. CCL pun baru je makan ..

      Padam
  4. Nampak sedap sangat lempeng tu.. Terliur tau Cik CL, hehehe
    Lama tak makan durian, semalam gigih cari tapi takde..
    Mungkin belum ada rezeki, bertabahlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @i am LZ : musim surian dh nk dtg ni ..pokok durian umah ccl pun baru keluar bunga

      Padam
  5. Ohhhh tak pernah makan macamni lagi CCL! and first time dengar ni. boleh suruh mak buat ni nanti haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @seorang syed : ccl pernah dengar banyak kali ..tapi ini first time ccl rasa

      Padam
  6. wahhh.. macam sedap ni.. kena try ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/

    BalasPadam
  7. Dah lama tak makan...nyum2..sedap pekena dengan teh o panas.

    BalasPadam
  8. Asal durian je, dah tahu sedap. Hihi. Hujan2 nie makan terangkat rasanya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Siqah Hussin : menu hi tea ..makan petang-petang bestt

      Padam
  9. Nampak sedap jerk lempeng tu.. ngah2 lapo ni kan...

    BalasPadam
  10. Wah.. Tak pernah try lagi ni. Macam sedap je. Dah la peminat durian!

    BalasPadam
  11. Lapar pulak tengok pagi2 nih..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !