Selasa, 18 Ogos 2015

IKAN KERAPU MASAK KUKUS/STIM




RESEPI IKAN KERAPU MASAK KUKUS . IKAN KERAPU MASAK STIM



1 ekor ikan (dibersihkan) - Saya guna 2 ekor ikan kerapu 
1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
2-3 biji cili padi (di hiris) – optional
7biji tomato cherry - di belah (Jika gunakan tomato biasa - potong dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
sedikit air
sedikit daun sup (dihiris) dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.

2. Lumurkan ikan dengan garam. Kemudian letak di dalam bekas tadi. Taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.

3. Buka penutup kukusan, masukkan tomato serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.

4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.

5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup / daun bawang

6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

1 ulasan:

  1. Disebabkan dekat umah tak ada tempat nak kukus..so kalau nak baut kena buat masak singgang je..tu pun kegemaran husband

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !