Jumaat, 3 Januari 2014

SUAMI TERHANGAT









Sinopsis :

Menjadi seorang suami dengan memiliki pakej lengkap dari segi rupa paras, kedudukan dan kewangan yang kukuh, jalannya tidaklah mudah bagi Idzmir Damien. Dia yang sudah berkahwin dengan Nurshila dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Felisha, sering menjadi perhatian wanita-wanita lain yang berkeinginan mahu berdampingan dengannya.
Di tempat kerja, Idzmir menjalinkan hubungan sulit dengan Aiza yang memegang jawatan sebagai setiausahanya. Namun, pada waktu yang sama dia begitu menyayangi Nurshila dan anak perempuannya yang dipanggil ‘Uyi’. Setiap kali dia berhadapan dengan Nurshila, setiap kali itulah perasaan bersalah mula beraja di hati.

Tetapi, Idzmir tidak seperti lelaki lain yang lebih menjurus tidak mempedulikan keluarga apabila mempunyai hubungan dengan wanita lain. Sebaliknya, dia lebih cenderung mengutamakan Nurshila dan Puteri Felisha dalam segala hal sehingga kadang-kadang dia mengabaikan Aiza. Cintanya kepada Aiza bukannya tidak ikhlas malah dia berniat mahu menjadikan gadis itu sebagai isteri keduanya.

Namun, siapa sangka. Keadaan menjadi sebaliknya apabila Allah yang lebih berkuasa sudah merencanakan sesuatu. Dijauhkan Idzmir daripada Aiza apabila Nurshila mula menghidu kecurangan suaminya. Di sebabkan perkara itu, Idzmir mengambil keputusan untuk melupakan Aiza dengan menidakkan perasaan cintanya terhadap gadis itu kerana lebih mengutamakan Nurshila dan Uyi.

Pelbagai isu yang cuba diketengahkan penulis di dalam naskhah ini. Berbagai konflik, emosi suka dan duka terkandung di dalamnya. Babak komedi dan romantis tidak dilupakan oleh penulis dan tidak terkecuali adegan thriller juga dimuatkan di dalam karya ini. Boleh dikatakan, kisah ini mengandungi seribu perencah yang boleh membuatkan anda tersenyum, ketawa dan bersedih. Di awal-awal cerita, pembaca akan membenci Idzmir tetapi pada akhirnya.... 


3 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !