Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nasi Kabsah Ustaz Firdaus Firabib Minggu lepas Ustaz Firdaus Firabib ada buat 'Tour Duo Nasi Kabsah X Tehyeish ' selama 4 hari di Perlis . Alang-alang dah turun kat Perlis ni why not la untuk cuba ..
CCL sempat terjah booth Nasi Kabsah ni pada hari pertama diorang bertapak kat sana . Beratur jugak la selama 15minit . Disebabkan first time nak rasa nasi kabsah ni, so tak beli banyak, CCL beli serba satu sahaja .. nasi kabshah ayam RM23 dan nasi kabshah kambing RM25 . Kedua-keduanya sedap .. Portion untuk nasi ni memang banyak boleh la untuk dua orang makan .
Nasi kabsah ayam hadir dengan ayam saiz L yang sangat lembut dan rasa perapan rempah ayam tersebut . Manakala kuah, bukannya kuah gulai, ianya seakan kuah sup campuran rempah perapan ayam tersebut . Totally memang sedap .
Nasi kabsah kambing pula hadir dengan beberapa ketulan daging kambing yang berbaloi dengan harga RM25. Isi kambing yang sangat lembut dan tak berbau kambing . Perapan kambing pun sedap dan ada rasa rempah dan rasa sedikit pedas .
Kedua-dua nasi kabsah ayam dan kambing ni memang sedap dan memang berbaloi dengan harga . Hari terakhir diorang tour dekat sini CCL repeat lagi beli nasi kabsah kambing .
9 Ulasan
Wah nasi negara Arab ke ni? First time dengar
BalasPadamMesti sedap betul ni, repeat beli hehe
BalasPadamMemang sedap sungguh tu sampai CCL repeat beli.
BalasPadamDia buka booth di Pesta Makanan ya?
nti boleh ldy cuba.. ldy makan kalau xde bau kambingnya.. hehehehe..
BalasPadamwaahhh sedapnyaaa nasi arab!
BalasPadamnampak menariks
BalasPadamSedaplah makan kambing yang tak bau kambing!
BalasPadamLauk pauk dia tu nampak sedap...akak jarang makan nasi2 macam ni...
BalasPadamSaya nih kalo masakan timur tengah begini memang suka lah kak. Kabsah, biryani, Mandhi, sedaaaap semua. Tp utk lauknya saya lebih suka kambing hahahahahha. Terkadang yg ayam sering keriiing dagingnya.
BalasPadamTp kalo dpt yg juicy suka juga 👍
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan