Done Submit Order Kuih Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Done Submit Order Kuih Raya Tinggal seminggu lebih sahaja lagi dah nak masuk bulan Ramadan . Tahun ni tak nak jadi macam tahun-tahun lepas, tak nak last minit kaut kuih raya di bazar Aidilfitri.heheehe . Tahun ni pun tak pasti lagi sama asa nak buat kuih raya atau pun tidak . Nak buat pun tunggu lah kalau ada mood rajin kan .. 


So tahun ni decide , tempah kuih raya bagi awal dengan Kak Lia , sebab dua tahun turut-turut juga CCL terlambat submit order kuih raya tempahan kuih raya kak Lia pun ditutup ..tapi..tapii tahun ni awal yer.. mujur kak Lia masih lagi terima tempahan . Memang selalu order kuih raya dengan Kak Lia . Semua sedap-sedap dan beraneka jenis . Musim tak raya pun kak Lia tetap on production kuih raya . Memang mendapat sambutan . 


Senarai kuih raya untuk tahun ni , harga pun tak banyak beza . Kalau naik sedikit tu biasalah barang sekarang ni makin naik . Selain kuih raya, kak Lia juga ada jual kuih tradisional . 

CCL dah submit beberapa jenis kuih raya dan juga kuih tradisional . Anggaran jumlah semua RM250 . Cuma pembayaran sahaja kak Lia minta bayar masa nak ambil kuih raya nanti , makanya CCL terpaksa asingkan siap-siap duit untuk kuih raya masukkan dalam satu sampul asing . Risau takut terguna . 

Lega bila dah settle submit kuih raya ni , cuma kalau ada kuih-kuih yang teringin nak makan tu kena beli juga la kan ..stand by duit sahaja .. penghujung ramadan nanti baru nak cari serunding, lemang dan juga kek .. 

Uguys buat atau beli kuih raya ?? 



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Murah tu dekat mana nak tempah?

    BalasPadam
  2. mampu milik jugak tu...harga semua bawah RM20...beli banyak jenis, jadi banyak juga kuih raya nya...linda memang amik tender buat cornflakes madu tetiap tahun...nanti kita bahagi2 lah untuk adik beradik, mak ayah sekali.

    BalasPadam
  3. Biskut Mazola dan Semperit memang favorite time Raya.

    BalasPadam
  4. Buat yang mudah je. Rajin order tu. Mesti sedap biskutnya.

    BalasPadam
  5. Tengok mood kalau rajin buat. Kalau malas beli je. Selalunya tak banyak jenis takde orang nak makan sangat.

    BalasPadam
  6. Harga mampu milik tu, bawah 20.
    Akk belum submit order tp dah bgtau seller nak order juga

    BalasPadam
  7. Beliiii pastinya kak 😄😄. Kalo buat sendiri, dijamin mubazir semua barang tak menjadi 🤣🤣🤣. Jadi memang lebih bagus beli sajaaa 🤭😅.

    Sayapun ada langganan utk kue2 raya. JD tahun ke tahun selalu beli dengan diorang

    BalasPadam
  8. Tak rasa raya dah nak dekat.
    Saya belum buat tempahan lagi.

    BalasPadam
  9. ni kalau dapat awal sebelum raya, habis awal x ek.. hihihihi.. lady pun dah order (suami lady yg order sebab bininye xde perasaan).

    BalasPadam
  10. Ibu Cuya dah order yang muruku2 ni, kuih raya belum lagi...
    Uish memang belanja besar la kalau nk kuih raya ni

    BalasPadam
  11. Ok.. Memang jadi raya tahun ni.. Hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan